RaSIS mengintai seseorang disebalik langsir rumah di ruang. Sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan rumahnya. RaSIS melihat ke arah seseorang yang berada di tempat duduk penumpang belakang. Orang itu tersenyum ketika melihat rumah tersebut sebelum kereta itu berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.
"Game start, ha? I'm waiting for you at here." Kata RaSIS yang mula berasa ghairah untuk berlawan dengan musuhnya itu.
"RaSIS. Aku dah call ketua bodyguard aku. Dia setuju dengan rancangan kau. Deorang akan berkumpul dekat sini untuk back up. Kau pun kena beritahu family kau pasal ni." Kata Bray sambil menyimpan kembali telefon pintar miliknya ke dalam poket seluarnya.
"Nanti aku beritahu." Kata RASIS. Dia berjalan ke arah Bray dan duduk di sebelah kanan Bray di atas sofa yang sama.
Bray menjauhkan diri daripada RASIS. Safuan pula sedang menaip mesej kepada abangnya untuk memberitahu bahawa dia akan bermalam di rumah Syam.
"Jom masuk bilik. Rehat kat dalam bilik. Janganlah takut sangat dengan aku. Sedih la macam ni." RaSIS cuba memujuk Bray selepas dia membuatkan Bray takut kepada dirinya.
"Okay. Aku masuk bilik sendiri. Kau jangan ikut." Bray berdiri. Dia jalan perlahan-lahan menuju ke arah tangga untuk ke bilik RaSIS.
"Safuan."
"Ya." Sahut Safuan seraya melihat ke arah Syam.
"Pergi tolong Bray. Aku malas la tengok muka dia kalau dia layan aku macam ni." RaSIS merajuk.
"Kau merajuk ke?" Soal Safuan kepada RaSIS.
"Tak ada sebab aku nak merajuk. Pergilah cepat. Nanti jatuh tangga pula dia tu." Katanya dengan berlagak seperti bos. Dia baring di atas sofa.
"Ya la. Ya la." Safuan berdiri dari sofa dan berjalan ke arah Bray.
Bray dapat mendengar kata-kata RaSIS dengan jelas kerana RASIS sengaja berkata sedemikian. Tujuannya, dia mahu Bray mendengar isi hatinya dan perasaannya tatkala dirinya dilayan sedemikian.
"Dia marah dekat aku ke?" Bray mengajukan soalan tersebut kepada Safuan.
"Entahlah." Jawab Safuan sambil membantu Bray menapak naik anak tangga menuju ke bilik sahabat mereka.
RaSIS memejamkan matanya. "Nak beritahu papa ke? Mesti papa risau kalau tahu nanti. Kalau aku beritahu abang. Dia mesti balik rumah terus. Buat masa ni tak payah beritahu lagi kot. Tunggu deorang serang sebab tak tahu bila masa deorang akan datang. Stand by je la."
Loceng pagar berbunyi. RaSIS segera bangun dari sofa dan menuju ke arah tingkap. Dia mengintai seseorang disebalik langsir sebelum dia menekan satu suis pada dinding di sebelah kanan pintu rumah. Pada masa yang sama, pintu pagar rumah dibuka secara automatik. Kemudian, RaSIS membuka pintu rumahnya seraya pintu pagar ditutup perlahan-lahan selepas dua orang manusia melepasi pintu pagar tersebut.
"Assalamualaikum." Kata mereka berdua hampir serentak.
"Waalaikumsalam. Masuklah." RASIS berdiri di tepi pintu dan mempersilakan tetamunya masuk ke dalam rumah.
"Tuan Badri mana?" Soal Masran kepada RaSIS.
"Ada dalam bilik saya. Dia demam. Tapi tadi dia dah mandi dan makan ubat. Suhu badan dia pun dah turun." Jelas RaSIS kepada mereka.
"Macam mana boleh demam? Sebelum dia keluar tadi, saya tengok dia sihat je." Farhin mempersoalkannya.
RaSIS menutup pintu rumah dan berjalan ke arah kawasan dapur. "Saya tak tahu. Tadi dia tiba-tiba pengsan. Mesti dia tak nak beritahu kalau dia sakit pun sebab dia tak nak orang lain risau. Duduklah dulu. Saya buat air."
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...