BAB 17

159 23 0
                                    

Issac memerhati suasana kota raya yang mewah ini melalui tingkap kereta milik Dato' Azmi. Dia langsung tidak teruja melihat suasana di luar rumahnya. Malah, dia memilih untuk mengalihkan pandangannya kembali ke arah Raz yang sudah terlena sambil beralaskan bahu kirinya. Dia berasa kurang selesa tetapi dia langsung tidak berkata apa-apa. Mendiamksn diri dan biarkan sahaja sedemikian.

"Senyap je Raz hari ni. Biasanya dia yang banyak bercerita dalam kereta ni. Tak payah papa pasang radio." Tegur si bapa kepada anaknya yang sudah terlena diculik mimpi indah.

Si ibu melihat ke arah anak-anak mereka yang berada di tempat duduk belakang mereka." La. Dah tidur rupanya. Patutlah senyap. Syam tak tidur?" Dilihatnya pula ke arah Issac yang memerhati jalan raya yang sesak itu.

"Tak mengantuk." Jawabnya.

"tidurlah dulu, Syam. Lambat lagi sampai ni. Trafik jem pula masa-masa macam ni." Kata Dato' Azmi kepada anaknya.

"Trafik jem sebab saya lambat ke?" Soal Issac yang kelihatan serius.

Dato' Azmi melihat ke arah cermin pandang belakang untuk melihat wajah anaknya itu. "Tak. Syam tak salah. KL memang selalu macam ni kalau dah tengah hari. Kita gerak tadi pukul 9 lebih. Kira awal dah tu. Kalau pukul 10. Lagi panjang." Jelas bapanya.

"Oh."

Raz terjaga daripada lena. Dia mengalihkan kepalanya dari bahu kiri Issac lalu dia menguap. "Papa. Dah sampai ke?"

"Belum. Lagi 30 minit kot. Raz tidurlah dulu. Nanti papa panggil kalau dah sampai. Tengok. Mama pun dah tersengguk-sengguk." Ditahannya kepala si isteri yang hampir terhantuk pada cermin tingkap menggunakan tangan kirinya.

Datin Baizura terjut lalu membuka matanya."Sorry. Terlena."

Dato' Azmi melepaskan kepala isterinya dan kembali fokus kepada pemanduan nya apabila tiba giliran kereta tersebut untuk melepasi lampu trafik yang sudah bertukar menjadi hijau. "Tak apa, sayang. Tidur elok-elok. Abang tahu sayang penat." Butang radio ditekan dan siaran diselaraskan sehingga mendapat siaran Radio FM.

Manakala, Raz pula sudah terlentok ke arah bahu kiri Issac. Issac terkejut kerana dia sedang mengelamun sambil melihat deretan kenderaan di luar tingkap kereta itu. Kemudian, dia melihat ke arah Raz dengan perasaan geram sebab menjadikan bahunya sebagai bantal. Mahu sahaja dia menolak kepala itu tetapi entah kenapa di hatinya rasa tidak mampu berbuat sedemikian. Maka, dia hanya menghela nafas keluhan dan kembali melihat ke arah luar tingkap.

"Aku tak faham. Kenapa dia baik sangat dengan aku? Kenapa dia tanya macam-macam pasal pisau dia jumpa tu tadi? Kenapa dia larang aku buat semua tu depan mama dan papa? Apa motif dia? Dia nak Syam hidup? Tapi Abang Ash tak nak Syam hidup. Perlu ke Syam hidup? Perlu ke aku hidup?" Fikir Issac lalu memejamkan matanya.

*

Issac mengekor Raz ke mana sahaja Raz pergi kerana tangannya sentiasa ditarik oleh Raz sejak mereka tiba di majlis perkahwinan pekerja Dato' Azmi. Issac mula berasa tidak bebas dan ada sahaja muka Raz di mana-mana. Hal ini berlaku kerana Raz berasa sangat risau terhadap keselamatan adiknya itu. Tambahan pula, dia sudah syak adiknya akan cuba membunuh diri kalau ditinggalkan sendirian lagi seperti pada pagi tadi.

"Nak pergi tandas. Abang makan la dulu." Kata Issac yang sudah selesai makan.

Raz cepat-cepat minum air dan sapu mulutnya dengan tisu yang berada di atas meja. "Abang teman."

Dia memandang Raz dengan pandangan yang tidak berpuas hati. "Orang nak pergi tandas pun dia nak ikut. Tak malu. Nak mengintai la tu." Sengaja dia berkata sedemikian dan Raz dapat mendengarnya dengan jelas walaupun perlahan.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now