Bray berjalan ke arah basikal yang ditempatkan di tepi lorong kedai runcit selepas dia selesai membeli makanan ringan untuk dibawa ke rumah Syam. Langkahnya berhenti tidak jauh dari basikalnya sambil melihat ke arah seorang remaja lelaki yang kelihatan sebaya dengannya. Masing-masing memberi pandangan serius sebelum mereka mula berbicara.
"Long time no see you, Bray." Remaja lelaki itu berjalan menghampiri Bray.
Bray pula masih berdiri di situ. "Yes. How are you, Arjuna?" Soalnya dengan senyuman yang dipaksa.
"I'm fine. Lucky day for me because I meet you at here." Dia berdiri sangat dekat dengan Bray.
"Bad day for me because I meet you at here."
"Let play a game."
"What game?"
Dagu Bray disentuh oleh remaja itu menggunakan tangan kanannya lalu berkata. "Kill someone. Kalau kau berjaya bunuh orang tu. Aku akan bebaskan kau. Kalau kau tak berjaya bunuh orang tu. Aku akan cuba culik kau sampai aku dapat kau."
Bray menepis tangan Arjuna. "Dirty game as always. Kau memang tahu aku tak boleh bunuh orang. Kau sengaja buat game tu." Bray berasa tidak berpuas hati terhadap permainan yang diberitahu oleh Arjuna.
"Macam mana? Kebebasan kau atau nyawa orang lain?"
"Apa syarat game tu?"
"Syaratnya ialah kau tak boleh minta tolong sesiapa. Kau kena buat sendiri. Kau tak boleh tipu aku sebab aku akan hantar orang untuk perhatikan kau. Macam mana?"
"Siapa target kau?" Soalnya dengan serius.
Arjuna mengaluarkan sekeping gambar dari dalam poket baju kemeja berwarna hitam yang dipakai olehnya. Gambar tersebut ditunjukkan kepada Bray. Bray tergamam melihat gambar seseorang yang menjadi sasaran dalam permainan tersebut.
"Kau memang sengaja." Perasaan marah semakin membara.
"Kenapa? Kau tak boleh buat ke? Jangan risau. Kalau kau tak boleh buat. Aku akan tolong buatkan untuk kau." Dia ketawa selepas berkata sedemikian.
Bray menggenggam leher baju kemeja milik Arjuna. "Aku tak akan benarkan. Apa sebab kau target dia dalam game kau?"
"Sebab? Hmmm... Sebab dia nampak menarik. Aku suka tengok kau terseksa, Bray. Oh, ya. Atau kau nak aku tambah satu lagi target? Nama dia, Safuan Kamaruddin."
Bray melepaskan tumbukan tepat pada wajah Arjuna tetapi Arjuna berjaya menahan tumbukan tersebut. "Kau tak akan menang lawan aku. Dan aku rasa kau perasan sejak awal tadi. Aku bukan sendirian. Sebab tu kau langsung tak bergerak tadi."
"Ya. Aku tahu kau dah letak dua sniper dekat kawasan ni." Bicara hati Bray.
Bray menarik tangan kanannya lalu melepaskan leher baju kemeja milik Arjuna. "Aku tak akan benarkan kau sentuh kawan-kawan aku."
"Kau nak lindungi mereka dan korbankan kebebasan kau? Maksudnya kau lagi suka aku kejar kau dan culik kau banyak kali. Kau lari. Tapi kali ni kalau aku dah culik kau. Mustahil kau boleh lari lagi. Sebab daddy aku dah upah orang hebat untuk tangkap kau dan jaga kau."
"Sigma Inc. Papa langsung tak tahu pasal ni. Ni masalah aku. Sigma Inc dengan AGENDA CORP langsung tak ada kaitan. Cuma si Arjuna depan aku ni je macam sial nak cari masalah dengan aku sejak sekolah rendah lagi. Aku pun tak tahu apa dia nak sebenarnya. Asyik buat game pelik-pelik." Monolognya.
Arjuna berjalan berselisihan dengan Bray. "Game will start now until tomorrow night, 10 p.m." Katanya sambil berlalu pergi meninggalkan Bray di situ.
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...