Darah menitis dari pedang milik seseorang. Dia baru sahaja lepas membunuh 15 orang musuh yang dihantar oleh seseorang untuk mendapatkan semula sesuatu yang dicuri olehnya. Selama ini dia bekerja untuk menyara hidupnya sendiri di ibu kota yang besar ini tanpa meminta wang daripada ibu bapanya. Dia juga memiliki perkerjaan tetap selain daripada kerja sambilannya pada waktu malam. Kadang kala kerja itu dimulakan pada waktu petang sekiranya hari cuti umum seperti Sabtu dan Ahad.
Kebiasaannya dia hanya melarikan diri untuk mengelak daripada berlawan dengan pihak musuh kerana bilangan musuhnya sangat ramai. Pada masa yang sama, dia juga takut kepada dirinya walaupun dia memiliki senjata untuk mempertahankan dirinya. Tambahan pula, tugasnya bukan tugas yang mudah. Dia perlu memecah masuk kawasan musuh untuk mendapatkan maklumat yang diminta oleh pelanggannya. Dia menerima apa-apa sahaja jenis misi tanpa bertanya tujuan pelanggannya memerlukan maklumat tersebut.
Dirinya dikenali sebagai Night Messenger yang mencuri maklumat atau barang daripada markas targetnya tanpa sesiapa mampu menduga. Tetapi disebabkan sekuriti yang ketat. Kadang kala mereka dapat menjejaknya tetapi tidak pernah dapat menangkapnya. Terdapat juga sesetengah kongsi gelap yang agak gerun untuk berhadapan dengannya kerana kisah silamnya walaupun ramai di antara mereka tahu bahawa dia tidak akan berlawan dan hanya melarikan diri. Tetapi ada trigger yang akan membuatkan dirinya berlawan sehingga tidak ingat dunia. Dia akan berlawan sehingga puas. Tiada manusia yang hidup dan mampu berdiri di hadapannya. Dia sangat takut terhadap dirinya yang sedemikian.
Erzen atau Er-Zen bukan nama sebenarnya. Itu hanyalah nama samaran yang membawa maksud 'Guardian' dan 'Good'. Diambil daripada dua bahasa yang berbeza dan menjadi satu. Dia juga memiliki pistol dan pedang yang mempunyai lambang tersendiri kepada dirinya, iaitu kepantasan dan ketajaman. Sepantas pergerakkannya dan setajam pengelihatannya. Pakaiannya yang hitam melambangkan kegelapan malam dan corak tengkorak pada bandana dan topengnya pula melambangkan kematian.
Pedang dilibaskan ke sisi sebelum dimasukkan kembali ke dalam sarung pedang. Dia pula tersandar pada dinding dan tercungap-cungap mengambil nafas. "Tak guna. Boleh pula main selisih-selisih dengan bahu aku sampai berdarah. Kan tak pasal-pasal semua mampus. Sedih. Sedih. Aku tak suka bau darah. Aku nak balik." Dia menggelengkan kepalanya dan berlari dari situ.
*
"Night Messenger?" Soal Inspektor Firdaus kepada Hafizul ketika mereka berdua sedang makan malam di kedai mamak selepas selesai kerja.
"Ya. Kawan saya ada cerita. Baru-baru ni Night Messenger ada pecah masuk bilik bos dia. Orang tu curi maklumat dalam laptop bos dia. Tapi masa dia dengan kawan-kawan dia nak kejar orang tu. Bos dia kata jangan kejar."
"Eh? Kenapa pula jangan kejar? Sepatutnya kejar la. Tangkap dia. Kawan kamu tu sekuriti, kan?"
"Ya. Kawan yang saya ajak makan sekali minggu lepas." Jawabnya.
"Tapi apa sebab tak bagi kejar? Tu mesti maklumat penting. Tapi kalau tak kejar. Tak penting la. kan?"
"Tu maklumat penting. Maklumat projek baru untuk perbentangan keesokkan harinya. Kawan saya kata. Ada sebab yang buatkan bos dia tak bagi kejar. Sebabnya ialah Night Messenger tu bahaya. Dia tu bekas yakuzan dekat Jepun dulu. Lepas tu dia dipergunakan oleh kumpulan tu. Maksudnya, satu kumpulan tu khianati dia dan hantar dia kepada musuh untuk dibunuh. Tapi akhirnya kedua-dua kumpulan tu mati. Dia terus pindah ke Malaysia. Tapi tak tahu la kalau dia dia jadi warga Malaysia atau tak. Sebab dia tu lahir di Jepun. Tak ada yang tahu pasal keluarga dia." Jelas Hafizul kepada Inspektor Firdaus.
"Bahaya. Cukup bahaya. Sebab dia seorang lawan dengan ramai musuh. Semuanya mati. Dia memang bahaya." Kata Inspektor Firdaus selepas meneguk kopi susu.
"Tapi bos kawan saya cakap. Night Messenger tu hanya melarikan diri tanpa berlawan. Sebab sebelum ni dia pernah berhadapan dengan orang tu. Night Messenger tu hanya akan berlawan kalau ada orang mula serang dia dan buatkan dia cedera. Semuanya akan mati. Bos kawan saya nasib dia baik sebab dia sempat menyorok." Jelasnya lagi.
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...