BAB 41

146 17 1
                                    

Bray menanggalkan headphone berwarna hitam lalu diletakkan di atas bantal selepas dia selesai membuat lagu atau muzik baru untuk siaran YouTube miliknya yang dibuat hanya untuk suka-suka. Kemudian, dia melihat ke arah telefon pintar miliknya yang berkelip-kelip lampu hijau. Skrin kekunci diseret ke kanan selepas butang on ditekan pada sisi kanan telefon tersebut. Whatsapp ditekan lalu mesej daripada bapanya dibaca.

Papa : Kejap lagi ada pembantu rumah baru datang. Kawan baik-baik, ya.

Bray : Papa mimpi apa ambil pembantu rumah? Mama tak marah ke?

Papa : Mama yang ambil la. Bukan papa.

Bray : Selama ni Bray masak sendiri tak ada masalah pun. Buat apa ada pembantu rumah? Pakaian pun Bray basuh sendiri.

Papa : Bray kemas rumah?

Bray : Tak. Bray kemas bilik sendiri. Ala~ Rumah kita bukan ada budak-budak buat sepah pun. Lain la kalau papa bagi adik.

Papa : Papa ada meeting ni. Nanti borak lagi. Bye.

"Ceh. Mengelak lagi." Aplikasi tersebut ditutup.

Kemudian, dia beralih pula kepada rutin hariannya. "Yes. I'm coming ML. Who will be my hero today? Tadi aku perasan ada banyak hero free."

Perlawanan pertama bakal bermula tidak lama lagi apabila semua permain sudah menyertai permainan tersebut. Bray melihat satu persatu hero yang memiliki tanda berwarna hijau, 'percuma'. "Granger. Safuan selalu main Granger. Best ke? Try la."

Watak hero tersebut dipilih olehnya. Persiapan dilakukan seperti biasa. Dia tidak pernah menukar caranya mempersiapkan setiap hero yang dimainkannya kecuali watak-watak hero tersebut. Cara dia bermain juga sentiasa sama. Hanya manusia yang pernah satu kumpulan dengan dia atau pernah berlawan dengan dia yang tahu cara Bray bermain dalam Mobile Lagends.

Bray menggunakan teknik H.A.T, iaitu Hide, Attack & Tower. Sentiasa memberi arahan ala-ala dirinya seorang ketua dan bergerak solo kecuali dia memang rasa dia sangat lemah terhadap beberapa hero seperti Franco, X.Borg, Aldous dan Wanwan.

Permainan baru sahaja bermula dalam beberapa minit dan dia terlihat Franco muncul di bahagian laluan atas. Maka, dia pun menjerit. "No! No! No! Kenapa kau dekat sini? Warghhh! Tolong aku!" Pada masa yang sama Granger sedang menari-nari mengelak 'hook' milik Franco.

Namun, niatnya untuk melarikan diri terbantut apabila dia rasa seronok pula bermain elak-elak 'hook' milik Franco. "Kill Franco sekali. Boleh kot. Granger ni test je bukan untuk win pun. First time main." Kata Bray yang ketawa setiap kali Franco gagal menariknya.

Tetapi tidak semudah itu untuk dia berhadapan dengan Franco kerana pada akhirnya Franco berjaya membalas dendam atas satu pembunuhan terhadap Granger selepas Franco dibunuh oleh rakan pasukan Bray beberapa minit sebelum kejadian.

"Mampus. Franco too dangerous. Kalah la team aku sebab aku dah mampus. Sorry, geng. Granger baru je keluar dari sekolah tadika tadi. Tengah happy main tembak-tembak tiba-tiba Cikgu Franco tangkap." Bebelnya dan membuka satu lagi permainan seterusnya.

Perlawanan kedua masih menggunakan Granger untuk menguji tahap kehebatan dirinya mengendalikan hero tersebut untuk hari pertama.

"Target aku hari ni ialah jadi gila kejap main tembak-tembak. Selalu aku serius je main asyik nak kejar kill. Hari ni biar orang kejar aku. Yes. Orang kejar aku, Aku lari. Lari dalam diam. Silent walk~ Lalalalalalala~lala lala~Lalalalalalala~lala lala~" Katanya dengan perasaan gembira.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now