Zay datang ke rumah Syam seperti yang telah dijanjikan oleh RaSIS pada hari sebelumnya. Dia juga telah memberitahu ayahnya untuk pergi ke rumah Syam. Hal ini membuatkan ayahnya berasa terharu dan turut datang ke rumah Syam pada petang itu. Namun, ayahnya berada di ruang tamu bersama-sama Dato' Azmi. Dato' Azmi pula tidak bekerja pada hari ini kerana dia mengambil cuti untuk membawa Syam bertemu dengan doktor psikiatri yang telah memantau situasi Syam selepas kes penculikan pada usia 10 tahun yang lalu.
"Papa. Kami masuk bilik dulu. Budak-budak dengan budak-budak. Orang dewasa dengan orang dewasa. Adil." Kata RaSIS sebelum dia menapak naik anak tangga menuju ke arah biliknya bersama-sama dengan Zay.
"Elok-elok dengan kawan tu. Jangan ganas-ganas sangat." Pesan Dato' Azmi kepada anaknya dan dia sangat mengenali diri seseorang yang berada di dalam jasad anaknya itu.
"Jangan risau. Zay selamat." Sahut RaSIS selepas membuka pintu biliknya dan masuk ke dalam bilik bersama-sama dengan Zay.
"Jemputlah duduk. Saya buatkan minuman. Nak kopi atau teh?"
Adiel segera duduk di atas sofa. "Kopi. Boleh letak susu banyak?"
"Boleh. Minum manis juga, ya. Sama la." Dato' Azmi ketawa kecil lalu berjalan ke arah kawasan dapur untuk membancuh kopi,
*
RaSIS duduk di atas katil dan Zay duduk di atas sebuah kerusi yang terletak berhampiran meja bacaan. Kerusi tersebut dipusing menghala ke arah RaSIS.
"Soalan pertama. Apa yang kau dengar hari tu?" RaSIS mula mengajukan soalan kepada Zay.
"Aku dengar kau sebuat nama RaSIS dan Qashmir. Kau ada kata Qashmir beri ceramah panjang dekat kau semalam." Jawabnya sambil mengingati kembali kejadian di dalam kubikel tandas pada pagi semalam.
"Soalan kedua. Apa yang kau nak tahu pasal aku? Kau boleh ajukan soalan sampai kau puas."
"Boleh aku soalan sampai puas? Betul ni?" Soalnya dengan perasaan teruja.
"Ya."
"Okay. Nama kau RaSIS kan?"
"Ya."
"Siapa Qashmir?"
"Kembar aku. Dia sebabkan dia lebih bijak daripada aku dan suka beri ceramah percuma. Aku anggap dia sebagai abang aku. Oh ya. Yang kena belasah hari tu, Qashmir."
"Syam mana?"
"Tidur."
"Tidur?"
"Tidur."
Zay diam seketika sebelum dia mengajukan soalan seterusnya. "Kau ni siapa sebenarnya?"
"Aku? Aku primary protector dalam sistem DID Syam. Dalam dunia mental dikenali sebagai alter bagi pesakit Dissociative Identity Disorder atau DID. Tugas aku ialah untuk lindungi badan Syam. Syam ni lembik dan penakut."
"Macam mana kau boleh wujud?"
"Panjang ceritanya. Tapi sebelum aku cerita. Kau kena janji sesuatu dengan aku."
"Janji apa?"
"Ni rahsia kita berdua. Kewujudan Qashmir pun adalah rahsia. Dia tak nak sesiapa tahu pasal dia termasuk doktor yang jaga kitaorang. Keluarga Syam pun tak tahu pasal Qashmir." Kata RaSIS dengan pandangan yang serius.
"Kenapa keluarga dia tak tahu?"
"Sebab Qashmir kata belum tiba masanya untuk sesiapa tahu pasal dia. Dia akan beritahu sendiri suatu hari nanti. Aku hanya ikut permintaan dia."
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...