Cikgu Saedin berjalan ke arah keretanya yang terletak di tempat letak kenderaan pada waktu malam. Dia baru sahaja selesai membeli barang dapur di kedai runcit. Suasana malam yang sunyi pada malam Jumaat ini kelihatan sangat seram. Tambahan pula dengan kepercayaan orang Melayu tentang kemunculan hantu pada malam Jumaat.
"Woi! Lari woi! Call boss. Call boss. Tak guna punya budak."
Cikgu Saedin terkejut mendengar suara seorang lelaki yang kedengaran tergesa-gesa. Dia segera melihat ke arah suara tersebut. Terdapat tiga orang lelaki sedang melarikan diri dari sebuah kawasan lorong yang samar-samar cerah. "Ada orang bergaduh ke? Bukan urusan aku."
"Ish. Habis koyak baju t-shirt aku. Kalau abang nampak ni mesti kena bebel nanti. Tak guna punya musuh." Bebel seorang remaja lelaki sambil berjalan keluar dari kawasan lorong tersebut. Langkahnya terus menuju ke arah tempat letak kenderaan yang menjadi tempat letak basikalnya.
"Safuan?"
Safuan melihat ke arah orang tersebut. "Cikgu Saedin? Tak sangka jumpa dekat sini."
"Safuan buat apa malam-malam dekat sini?"
"Beli topup dengan bayar duit barang Lazada dekat 7E tadi." Jawabnya dengan jujur.
"Dah tu buat apa pula dekat lorong tadi tu?"
"Cikgu nampak?"
"Kalau nak cikgu buat-buat tak nampak. Boleh je."
Safuan ketawa. "Ada lalat pasal tadi. Dah lama hidup agaknya. Lebih baik cikgu balik cepat. Malam ni malam Jumaat. Ada hantu."
"Janganlah sebut benda tu malam-malam. Dah la cikgu duduk rumah seorang diri."
"La. Cikgu single lagi rupanya." Safuan tersengih-sengih.
"Salah ke?"
"Tak salah. Cuma..."
"Woi, budak! Berani kau belasah member-member aku. Kau fikir kau kuat sangat? Susah sangat ke kau beritahu abang kau ada dekat mana? Kitaorang bukan nak cari pasal dengan kau. Kitaorang cari abang kau. Abang kau dah banyak menyusahkan kerja kitaorang." Tengking suara garau milik seorang lelaki yang bersenjatakan kayu. Dia berjalan menghampiri Safuan dan Cikgu Saedin bersama-sama rakan-rakannya.
Safuan berdiri di hadapan cikgunya lalu berkata. "Kau nak abang aku. Kau kena lawan aku dulu. Jangan harap aku bagi abang aku mudah-mudah je dekat korang. Abang aku tak pernah kacau orang kalau orang tak kacau dia. Kenapa korang tak pergi cari dia sendiri?"
"Kitaorang dah cari dia. Tapi tak pernah jumpa dia. Kalau kau tak nak beritahu, tak apa. Biar kitaorang persembahkan dekat dia mayat kau. Aku rasa dia mesti muncul sendiri." Kata lelaki itu lagi.
Safuan ketawa. "Cakap besar. Malangnya nasib aku jumpa lalat macam korang ni."
"Lalat kau cakap!" Lelaki itu mula berang dan mahu menyerang Safuan.
"Cikgu. Masuk dalam kereta. Jangan tunggu dekat sini." Arah Safuan sambil mengelak serangan tersebut.
Cikgu Saedin membuka pintu kereta dan memasukkan barang-barang di dalam keretanya. "Cikgu call abang kamu. Tak akan cikgu nak tinggalkan kamu dalam bahaya macam ni."
"Jangan call abang. Ini urusan saya dengan mereka. Tugas saya ialah untuk menjaga abang saya." Tegasnya terhadap cikgunya sendiri.
"Tak akan aku nak tengok je dia macam ni?" Soalnya kepada diri sendiri sambil melihat perlawanan Safuan dari dalam keretanya.
Cikgu Saedin mengeluarkan telefonnya untuk menelefon seseorang. "Nak call polis ke?"
Bunyi satu das tembakan telah memeranjatkan Cikgu Saedin. Dia segera melihat ke arah Safuan. Safuan tidak mengalami sebarang kecederaan. Cikgu Saedin pula masih buntu terhadap keputusan yang sepatutnya dia lakukan pada saat-saat genting seperti ini. "Apa patut aku buat?"
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...