BAB 23

156 24 0
                                    

Suara burung-burung menyanyi-nyanyi di hadapan tingkap bilik seorang jejaka pada waktu pagi hujung minggu yang cerah ini. Bau haruman lavenda di dalam biliknya dihidu sedalam-dalamnya sebelum nafas dihembuskan dan matanya dibuka perlahan-lahan. Siling berwarna putih itu dilihat olehnya. Kemudian, tangan kirinya diangkat dan dilihat. Tangan itu digenggam dan dibuka sebelum pandangannya kembali ke arah siling.

"Mimpi?"

Dia duduk di atas katil dan tumbang semula sambil memegang pinggang belakangnya. "Sakit. Bukan mimpi. Aku memang dah belasah orang. Tapi kenapa?"

Dia menirap dia atas katil. Kepalanya dialas pada bantal golek. "RaSIS gaduh dengan orang lagi? Tapi kenapa aku rasa macam mimpi? Memori RaSIS?"

"Syam."

"Ya, mama." Sahut Syam yang masih menirap.

"Pukul 9 pagi ni Syam ada temu janji dengan Dr. Syamila. Nanti Dr. Syamila datang." Beritahu si ibu yang berada di hadapan pintu bilik anaknya.

"Aik? Temu janji bukan Isnin depan ke?" Fikirnya.

"Okay, mama." Syam duduk di atas katil seketika sebelum dia turun dari katil.

Dia berdiri. Kemudian, kepalanya terasa pening dan terduduk kembali di atas katil. "Eh?"

Syam cuba berdiri sekali lagi walaupun kakinya mula terasa berat dan kekebasan. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu bilik mandi. "Sikit lagi."

*

Afiq sedang menonton beberapa video yang telah dihantar oleh Nevy kepadanya sebelum ini. Sudah dua kali dia melihat video tersebut pada hari ini. Dia masih tidak berpuas hati melihat video perlawanan antara remaja misteri itu dengan musuh-musuh yang berada di dalam rumah tersebut.

"Siapa budak tu? di lawan dengan pisau. Tangkas berlawan macam dah biasa lawan dengan musuh dewasa. Aku tak pernah tahu Safuan ada kawan macam tu." Fikirnya sambil menonton rakaman tersebut.

"Abang Afiq. Sarapan dah siap."

Afiq melihat ke arah Safuan yang berjalan dari dapur menuju ke ruang tamu. Dia pantas menutup video tersebut dan menanggalkan earphone dari telinganya. "Safuan masak apa?"

"Masak nasi goreng dengan sayur campur." Jawab adiknya.

"Lebih baik aku makan nasi goreng je daripada sayur campur. Selama aku hidup dengan dia. Nasi goreng dia je nampak normal berbanding makanan lain yang dia masak." Monolognya yang merujuk kepada masakan Safuan yang agak menyeramkan untuk dimakan.

Afiq bangun dari sofa. "Jom makan."

"Abang pergi la makan dulu. Safun nak masuk bilik kejap." Katanya lalu berjalan ke arah biliknya yang terletak di sebelah ruang tamu.

"Okay." Langkahnya terus menuju ke arah dapur dengan beberapa persoalan dalam mindanya. Persoalan tentang remaja misteri itu.

*

Donat coklat dikunyah sambil membaca buku perniagaan. Buku itu tiada kaitan dengan pelajar tingkatan tiga kerana buku itu hanya buku ilmiah yang dibaca oleh seorang bakal pewaris syarikat sejak usianya masih muda. Bukan hanya buku itu sahaja. Terdapat beberapa buah buku lain yang berkaitan dengan perniagaan seperti Rahsia Dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah kejayaan, Blue Ocean Strategy, Guerrilla Marketing, The Psychology of Selling dan sebagainya.

"Tuan Badri. Ada surat." Sepucuk surat diletakkan di atas meja makan.

Bray menutup buku bertajuk  Blue Ocean Strategy yang ditulis oleh W. Chan Kim dan Renee Mauborgne sebelum dia mencapai sepucuk surat yang berada di atas meja tersebut. "Dah makan?"

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now