Zay bersin dan terus tertekup wajahnya pada bantal yang berada di atas katil. Ketika ini dia sedang membaca buku sambil menirap. Buku yang dibacanya itu ialah sebuah novel berbahasa Inggeris bertajuk First Person Plural : My Life As A Multiple. Novel tersebut ditulis oleh Cameron West dan diterbitkan pada tahun 1999. Itu ialah novel yang dibeli oleh ibunya sebagai hadiah hari lahirnya seminggu sebelum ibunya meninggal dunia.
Ibu Zay merupakan seorang doktor psikiatri di sebuah hospital kerajaan sebelum ibunya berkahwin dengan bapanya. Selepas berkahwin, si ibu berhenti bekerja dan menjadi pensyarah dalam bidang psikologi di sebuah universiti yang terletak di Kanada. Zay juga sebenarnya lahir di Kanada dan berpindah ke Itali pada usia 7 tahun. Kemudian, berpindah ke United Kingdom pada usia 8 tahun.
Pada usia 9 tahun pula dia ditinggalkan di Malaysia bersama-sama datuknya. Hanya enam bulan sahaja dia tinggal bersama-sama datuknya kerana datuknya meninggal dua bulan selepas ibu, kakak, abang dan adik-adiknya meninggal. Bapanya pula kembali ke UK selepas lima bulan di Malaysia kerana dia masih ada urusan di sana. Hal ini menyebabkan Zay tinggal sendirian di rumah dan ditemani oleh pembantu rumah yang sudah lama bekerja di rumah milik datuknya.
"Aku baca sebelum ni aku tak faham pun. Sekarang ni aku rasa macam aku dah faham sikit." Katanya lalu menutup novel tersebut selepas selesai membacanya dalam masa beberapa jam.
Zay ketawa sendirian. "Ibu beli buku ni untuk aku sebab aku pernah kata aku nak jadi doktor macam ibu muda-muda dulu. Tapi otak aku masih tak mampu hadam buku yang aku pinjam daripada Abang Nash semalam. Mustahil untuk aku capai cita-cita budak-budak masa dulu."
Dia baring di atas katil. "Apa khabar ayah dekat sana? UK~ Jauh." Suaranya kedengaran sedih.
Zay memejamkan matanya sebelum dia mengiring ke kanan dan mencapai bantal golek. Bantal golek dipeluk lalu dia menangis.
"Damn!" Jeritnya sekuat hati.
Jelas sekali dirinya sangat sedih terhadap kehilangan ahli keluarganya. Tambahan pula dalam keadaan ayahnya sedemikian dan berada jauh dari Malaysia.
*
Nash terkejut mendengar jeritan Zay yang berada di dalam bilik sebelah. Bukan dia sahaja yang terkejut. Seseorang yang berada dalam Skype juga terkejut mendengar suara Zay menjerit.
"Zay okay ke tu?"
"Entahlah. Dia macam stress je. Mungkin dia risau pasal Tuan Adiel." Jawab Nash.
"Nash. Minggu depan Tuan Adiel nak balik Malaysia."
"Eh? Macam mana dengan rawatan dekat sana?
Orang itu diam seketika sebelum berkata. "Tak ada harapan. Ubat tu tak mampu bertahan lama. Juga ada risiko. Racun yang musuh beri tu susah cari penawar. Tapi buat masa sekarang ni doktor hanya mampu perlahankan proses penyebaran racun tu dalam badan."
"Encik Naqib tak boleh tolong cari doktor atau saintis lain ke untuk buat ubat tu?" Soal Nash kepada orang tersebut.
"Saya dah cari. Masih tak ada harapan. Adiel pun kata tak perlu lepas dapat tahu pasal tu. Sebab tu dia nak balik Malaysia minggu depan. Mungkin..."
Masing-masing tertunduk dan mendiamkan diri dalam suasana sayu itu.
"Zay mesti tak akan puas hati kalau dapat tahu pasal ni. Saya rasa dia perlu tahu semua benda yang dah berlaku dalam keluarga dia dan syarikat Tuan Adiel. Hanya dia pewaris yang ada." Kata Nash sebelum dia kembali melihat ke arah orang tersebut yang berada pada skrin komputer riba di hadapannya. Komputer riba tersebut berada di atas meja.
"Ya. Tapi lebih baik Adiel yang jelaskan semuanya sendiri. Mesti ada banyak soalan-soalan yang mustahil untuk kita jawab."
Nash bersandar pada kerusi lalu dia mensisirkan rambutnya ke belakang menggunakan jari-jemari tangan kanannya. "Ya. Zay tu bijak. Banyak soalan KBAT yang mustahil kita tahu jawapannya. Saya pun biasanya terdiam bila hadap soalan KBAT dia tu."
Naqib ketawa perlahan. "Macam Adiel masa muda-muda dulu."
"Eh? Zay macam Tuan Adiel masa muda? Oh, lupa pula Encik Naqib ni sahabat Tuan Adiel sejak sekolah rendah." Dia menggaru kepalanya sehingga rambutnya berserabut.
"Kamu pun cuba la belajar panggil ayah ke papa ke abah ke... Well... Adiel kan ayah angkat kamu. Tak rasa nak bermanja ke? Bela dari kecil." Sakat Naqib seperti biasa setiap kali dia bertemu dengan Nash.
Nash pula sudah menggaru pipi kanannya sambil melihat ke arah lain. "Errr..."
"Kecil-kecil dulu comel sangat panggil daddy daddy. Dah masuk sekolah menengah terus jadi lain." Dia tahan ketawa ketika berkata sedemikian.
"Ja-janganlah ungkit." Nash sudah berona merah wajahnya kerana berasa malu terhadap kata-kata Naqib.
Akhirnya, Naqib ketawa.
*
"Bray. Papa dah balik ke?" Soal seorang ibu yang baru sahaja bangun dari tidur. Dia berjalan ke arah anaknya yang berada di ruang tamu.
"Papa dah balik 30 minit lepas. Mama pergilah mandi. Balik kerja tadi tak mandi. Baju pun tak tukar." Kata Bray. Dia sedang bermain Xbox 360 di ruang tamu.
Si ibu duduk di atas sofa bersebelahan dengan Bray. Dia memeluk anaknya dengan sengaja. "Mandikan mama. Mengantuklah."
Bray terdiam kaku seketika. "B-Bray dah besarlah. Mana boleh mandi sama-sama. Mama mandilah dengan papa." Katanya tanpa perasaan.
Pelukan dilepaskan. "Besar? Mama tengok kecil je." Si ibu menunding jari telunjuk ke arah 'sesuatu' kepunyaan anak lelakinya sambil tersengih-sengih nakal.
Bray turut melihat ke arah sesuatu yang ditujuk oleh ibunya itu. Dia segera mencapai bantal sofa lalu tutup pada bahagian celah kangkangnya. Pada masa yang sama, 'GAME OVER'.
"PAPA! Makwe papa kacau baby nak main game. Cepatlah tolong. Makwe papa tak mandi lagi ni." Bray menjerit-jerit di ruang tamu.
Si ibu pula ketawa melihat gelagat anak tunggalnya itu. "Baby ni pun tak mandi lagi."
"Bray dah mandi." Tegasnya.
"Ala~ Baby Rayyan. Jom la."
"Mama. Tu nama anak orang lain la." Dia menjauhkan dirinya daripada ibunya.
"Hmph. Makcik Bray tu tiba-tiba je letak nama anak Rayyan sama macam nama mama nak bagi pada Bray. Last-last pilih nama papa bagi." Kritik si ibu terhadap masa silam ketika memberi nama kepada Bray pada suatu ketika dahulu.
"The end, nama panggilan aku jadi Bray. Ya. B-Ray bermaksud Baby Rayyan. Aduhai mama aku orang ni." Bicara hati Bray.
Si ibu berdiri lalu berjalan ke arah tangga untuk menuju ke biliknya. "Papa ni diam je. Dalam bilik pun tak ada tadi."
"Library kot." Kata Bray sambil memulakan permainan sekali lagi.
Sementara itu, En. Ramlee sedang lena diulik mimpi indah di dalam tab mandi selepas 10 minit dia berendam air suam. Hilang rasa penat malah lebih kepada rasa selesa pada ketika ini. Tambahan pula bilik mandi di dalam rumah itu ada tiga. dua bilik mandi berada di dalam biliknya dan anak tunggalnya. Manakala, satu lagi bilik mandi berada di kawasan dapur. Kebiasaannya dia akan menggunakan bilik mandi di kawasan dapur jika dia mahu berendam air suam selepas penat bekerja.
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...