Syam tersedar dari lena. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Tekaknya pula terasa loya lalu dia segera bangun dari katil dan berlari ke arah bilik mandi di dalam biliknya. Lariannya pantas menuju ke arah mangkuk tandas apabila pintu bilik mandi dibuka. Dia muntah di dalam mangkuk tandas tersebut. Habis semua makanan dikeluarkan dari perutnya. Tuil pada tangki tandas ditarik.
"Aku mimpi aku makan mata orang. Mimpi gila apa ni? Ngeri." Dia tersandar pada dinding di sebelah kanan tandas tersebut sebelum dia mengatur langkah menuju ke arah singki untuk berkumur.
Sementara itu, Bray pula sedang berlain permainan video secara atas talian iaitu Mobile Lagend walaupun dia masih lagi demam akibat dipermainkan oleh RaSIS dan aksi makan mata di hadapannya. Perasaan ngeri terhadap RaSIS sejak kejadian dua hari yang lalu bukan hanya dirasai oleh Bray sahaja. Safuan, Masran dan Farhin juga mula menjauhkan diri daripada RaSIS. RaSIS pula hanya mengabaikan mereka dan pulang ke rumah sendiri dengan berjalan kaki.
"Kalau la Syam tahu pasal RaSIS tu... Aku rasa dia mesti meroyan. Silap-silap kena masuk wad mental terus. Wad mental... Arjuna tu macam mana pula? Masran dah bawa Arjuna pergi hospital lepas kejadian tu. Tapi keesokannya pula, Arjuna cuba bunuh diri. Bukan sekali. Banyak kali sampai doktor terpaksa berbincang dengan daddy dia untuk masukkan dia dalam wad mental. Apa yang daddy dia akan buat kalau dia tahu pasal hal ni? Sigma Inc akan berperang dengan AGENDA Corp ke?" Bray berfikir sambil bermain permainan video tersebut.
Riak wajah Bray mula berubah bengang apabila dia melihat tiga bar hijau pada skrin telefonnya kelihatan jelas tatkala dia sedang menembak core musuh di dalam permainan tersebut. "Defeat." Kata sistem permainan itu.
"What the hack? Apa hal tekan benda hijau tu? Tak nampak ke aku tengah tembak core tu? Sikit lagi dah nak siap. Boleh pula korang tekan hijau. Sah newbie noob tak guna. Dah la main rank." Jerit Bray yang sangat panas hati terhadap para permain tersebut.
Dia memulakan permainan sekali lagi. Kali in dia tiada mood untuk bermain dalam rank kerana telah berhadapan dengan kekalahan. Dia memilih untuk bermain dalam versi klasik. Masa ditunggu selama beberapa saat sebelum semua permain menyertai permainan tersebut.
"Eh? Ada Gusion la. Wah~ Dah lama aku nak beli Gusion tapi orang kata dia lembik. Banyak kali aku fikir nak beli. Jom aku cuba main dulu. Tengok macam mana fungsi dia. Tapi aku paling menyampah kalau main Fanny. Selalu salah terbang pergi korbankan diri depan tiang tu. Jealous pula tengok orang pro main Fanny. Huhuhu..." Watak permain Gusion ditekan. Segala kelengkapan yang diperlukan telah dimasukkan sebelum permainan bermula.
"Fizikal atau assasin? Fizikal je la kot. Level 17 dah pun. Assassin baru level7 sebab aku bukan selalu guna pun."
Tiba-tiba, tanpa diduga. Telefon Bray auto log out dan terpadam sendiri. Mata Bray terkelip-kelip melihat telefon pintar tersebut sebelum dia mencapak telefon itu di atas bantalnya. "Bateri tak ada pula. Haih. Selalu je masa aku tengah teruja sangat mesti jadi macam ni. Kena tunggu masa pula kalau nak main lagi sebab sah-sah kena warning. Kena cari phone lain dulu."
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Mystery / ThrillerSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...