"Aku sedang mencari seseorang yang menarik. Kau tahu maksud aku, kan?" Kata suara seorang lelaki melalui panggilan telefon kepada Zay.
Zay terdiam seketika dan tersenyum. Kemudian, dia berkata. "Nampak gayanya kau dah kembali."
"Dia dah tahu aku dah contact kau sejak dia tinggalkan kau di Malaysia?" Tanya suara seorang lelaki yang berusia anggaran 30-an.
"Dia tak tahu sebab aku tak beritahu dia. Apa yang kau nak kali ni?" Soal Zay dengan perasaan agak marah apabila lelaki itu berkata tentang kes kematian ahli keluarganya beberapa tahun yang lalu. Dalangnya ialah seseorang yang berhubung dengannya ketika ini.
"Datang kepada aku. Aku akan biarkan ayah kau hidup kalau kau datang kepada aku. Kau nak lindungi dia, kan? Hanya aku yang boleh tolong ayah kau atau dia akan mati dalam masa seminggu."
"Kenapa kau racun ayah aku? Apa yang kau nak sebenarnya?"
"Aku hanya mahu ambil kembali anak aku."
"Aku bukan anak kau, pembunuh!" Zay menengking lelaki itu.
"Dia yang mula dulu. Dia dah ambil anak aku daripada aku." Katanya dengan baik.
"Aku tak tahu siapa kau dan aku bukan anak kau."
"Percayalah. Aku ayah kandung kau."
Zay terkejut apabila pintu biliknya diketuk dan namanya dipanggil. Panggilan segera ditamatkan olehnya. "Ya. Ada apa ayah?" Dia segera menuju ke arah pintu dan pintu dibuka.
"Ayah nak keluar kejap jumpa kawan. Zay makan la dulu tengah hari nanti. Ayah mungkin balik lambat." Jelas Adiel kepada anaknya.
"Okay. Zay pun nak pergi jumpa Syam kejap lagi. Ajak pergi gym."
"Hati-hati dekat luar ya. Jaga Syam baik-baik. Ayah dia kata, Syam tu tak biasa dengan keadaan luar. Risau pula kalau dia kena buli dekat luar nanti."
"Tak apa. Zay ada. Jangan risau." Katanya dengan yakin.
*
RaSIS menyedut pepsi sambil menjeling ke arah Zay sedang makan ayam KFC. Zay pula berasa tidak selesa terhadap jelingan tersebut. Mahu sahaja dia bertanya alasan jelingan tersebut diberi kepadanya.
Cawan pepsi yang telah kosong diletakkan di atas meja. "Kau bukan stalker, kan?"
"Ha?" Zay terpinga-pinga mendengar soalan RaSIS.
"Well... Kau selalu je perhatikan aku. Kau buat aku rasa semacam je bila dengan kau. Rasa kau ni tak normal." Biacaranya tanpa berlapik.
"Apa maksud kau?" Soal Zay pula selepas menelan isi ayam KFC di dalam mulutnya.
RaSIS melihat ke arah lain. "Abaikan soalan aku."
"Aku sebenarnya tak faham maksud kau."
RaSIS melihat semula ke arah Zay. "Maksud aku, cara kau perhatikan aku dan boleh cerita semua benda aku buat dengan teliti. Tu namanya stalker. Dah la hari tu aku kata tak payah datang rumah, kau datang juga. Seramlah ada kawan macam kau ni. Jangan kata kau suka aku dah la."
Zay terdiam dan wajahnya berona merah. "Ke... kenapa kau fikir sampai macam tu? Aku nak kawan je. Aku suka kau pun sebagai kawan je. Tak lebih-lebih la. Haram."
RaSIS mencapai seketul kepak ayam KFC di dalam kotak makanan. "Jadi betullah Dr. Syamila cakap. Kau nak kawan je. Okay. Aku terima. Kalau lebih-lebih. Aku sendiri akan RIP kau."
"RIP?" Zay terkejut terhadap kata-kata RaSIS yang kedengaran serius itu.
"Yes. Rest in peace."
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Misterio / SuspensoSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...