BAB 40

183 20 12
                                    

Tiga bulan telah berlalu sejak Syam menghantar manuskrip novelnya kepada Ramadhan untuk kali kedua selepas melakukan pembetulan terakhir. Kini, novel tersebut telah diterbitkan oleh syarikat bapanya, A'm St. Holding untuk kali pertamanya. Syam mula rasa teruja tatkala dia memegang sebuah novel miliknya yang telah dicetak sebanyak 10 naskah untuk dia promosi buku tersebut.

"Aku rasa macam mimpi. Cover pun cantik. Aku tak pernah rasa happy macam ni. Buku pertama aku dah publish. Papa kata aku kena promosi buku ni dulu sebelum papa buat promosi. Dekat wattpad aku hari tu. Aku ada masukkan 10 bab awal untuk persiapan promosi. Tak sangka ada yang baca. 3k untuk 10 bab. Siap ada yang suruh sambung dalam tu tapi aku dah buat buku jadi... Suruh deorang beli buku je la. Aku kena promosi dekat FB, Instagram dengan twitter aku sekali. Banyaknya kerja nak buat ni." Katanya dengan teruja sambil meletakkan kembali novel tersebut di atas meja.

Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi menandakan notifikasi diterima daripada YouTube berkaitan dengan maklumat atau video terkini berdasarkan siaran yang telah dilanggannya sebelum ini. Syam segera mencapai telefonnya dia atas meja yang berada di hadapannya itu. Skrin kekunci diseret ke kanan. Kemudian, dia menarik tetingkap pada bahagian atas skrin untuk melihat notifikasi tersebut.

"Wow... AGENDA update lagu baru la. Dah lama tak update. Masa aku tengok nama channel ni dulu aku rasa syarikat Bray tu syarikat lagu ke? Ya la. Tu nama syarikat ayah dia. Tapi rasanya orang ni tak ada kaitan kot dengan syarikat tu. Sebab AGENDA je tak ada CORP. Tapi best juga lagu dia. Sesuai untuk orang yang nak berjaga tengah malam macam aku." Syam ketawa sendirian sambil menekan video tersebut.

Sementara itu, di rumah Bray pula. Bray sedang bersandar pada kerusi dan menghela nafas lega. "Penatnya. Akhirnya, siap juga tiga lagu. Tiga lagu tiga pads apps berbeza. Well... Saja je nak try semua pads apps tu."

Kemudian, pandangannya dialihkan ke arah sebuah buku matematik. "Malasnya nak buat. Dah pukul 5:30 petang dah ni. Aku rasa aku buka buku tu lepas subuh tadi tapi terjumpa pula benda best. Sorry la buku. Kau tak menarik hari ni."

Dicapainya sebuah kertas A4 yang sudah dikepit pada papan kertas. Itu merupakan kertas yang digunakan untuk menulis not muzik yang digunakan berdasarkan papan kekunci  Real Pads. "Aku rasa lagu tu macam pelik bunyinya tapi dalam lagu tu penyanyi bukan seorang. Tu la yang aku nak beritahu dalam lagu tu."

"Kalau la not aku ni masuk soalan exam math

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau la not aku ni masuk soalan exam math... Agaknya berapa jawapannya? Banyak soalan darab, bahagi dengan pecahan. Soalan KBAT ni. Uish... Pandainya aku buat soalan. Dah la nama soalan pun seram, Night Slayer." Papan kertas tersebut diletakkan kembali di atas meja selepas buku teks matematik ditutup. Buku itu kemudiannya diambil dan diletakkan di atas papan kertas itu.

"Ya la. Cakap pasal Night Slayer... Hari ni aku tak buka Wattpad lagi. Layan Wattpad dulu. Kot-kot Saya_Noob_Je sambung cerita DARK HUNTER : FIRST STAGE tu. Dah lama dia tak update. Tengah best baca tapi sampai bab 10 je." Bray kembali memberi fokus kepada komputer riba yang berada di hadapannya. Tab baru ditekan dan wattpad web dibuka.

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now