Safuan mengeluarkan sepucuk surat yang diletakkan di dalam laci mejanya. Ketika ini dia baru sahaja sampai di dalam kelas selepas loceng pertama berbunyi. Hanya dia sendirian di dalam kelas tersebut. Rakan-rakannya pula sudah bergerak ke makmal sains selepas perhimpunan. Dia lewat ke makmal kerana semua pengawas diminta untuk berkumpul selepas perhimpunan pagi pada setiap hari Isnin.
Lipatan surat tersebut dibuka lalu dibaca olehnya. "Assalammualaikum. Boleh saya jumpa awak dekat belakang blok C masa rehat?Daripada Kamariah."
"Kenapa dia nak jumpa aku? Tak akan la surat cinta lagi? Rasa bersalah pula sebab aku selalu rejek orang." Surat kembali dilipat dan diletakkan kembali ke tempat asal.
Buku sains tingkatan tiga dan kotak pensel dikeluarkan dari beg. Pada masa yang sama, dia merasakan dirinya diperhati oleh seseorang dari tingkap kelas yang menghala ke arah hutan nipis di belakang sekolahnya.
"Stalker?"
*
Safuan berhenti mengekori Bray dan Syam menuju ke arah kantin sekolah ketika waktu rehat. Dia sedang memikirkan sesuatu sebelum dia menukar arah. Bray dan Syam pula tidak perasani tentang pemergian Safuan yang tadinya mengekori mereka dari belakang. Safuan meneruskan langkahnya menuju ke arah belakang blok C berdasarkan surat yang diterima olehnya pada awal pagi tadi.
Dia bersandar pada dinding bangunan tersebut sebaik sahaja dia tiba di situ. Kedua-dua lengannya disilangkan pada dada selepas dia melihat ke arah jam tangan pada pergelangan tangan kirinya. "Lima minit sebelum aku pergi dari sini."
"Safuan."
Safuan melihat ke arah seorang pelajar perempuan yang berdiri di hadapannya dalam keadaan tercungap-cungap kerana keletihan. Dia segera menghampiri pelajar perempuan tersebut. "Siti. Kenapa? Macam mana kau tahu aku dekat sini?"
Siti mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum dia menjawab soalan Safuan. "Aku nampak kau jalan sini tadi. Safuan! Kau ada masalah besar."
"Masa apa pula?"
"Ada polis nak jumpa kau dekat bilik guru. Tadi aku terdengar perbualan antara pengetua dengan polis tu masa aku hantar buku dekat bilik guru. Mereka cakap pasal abang kau dekat hospital. Lebih baik kau pergi bilik guru sekarang." Lapor rakan sekelasnya kepada Safuan.
Safuan terkejut apabila mendapat tahu tentang berita buruk itu. "Thanks, Siti. Aku pergi sekarang." Katanya sambil berlari ke arah blok A di mana terletaknya bilik guru.
Siti menghela nafa lega selepas memberitahu hal tersebut. Dia terus mengatur langkah menuju ke arah kantin tetapi langkahnya terhenti apabila seorang pelajar perempuan muncul di sebalik dinding blok C. Kamariah memberi pandangan tidak berpuas hati terhadap Siti tetapi Siti hanya mengabaikannya dan meneruskan perjalananya. Mereka berselisihan.
"Sia-sia je kalau kau kejar dia. Dia tak akan pandang kau. Putus asa je la. Safuan tak sesuai dengan kau." Kata Siti ketika mereka berselisihan.
Kamariah menggenggam buku lima kerana dia geram terhadap kata-kata tersebut. "Belum cuba belum tahu." Kata Kamariah yang merupakan kembar kepada Siti tetapi mereka berada di dalam kelas yang berbeza. Kamariah berada dalam kelas kedua dan Siti berada dalam kelas pertama.
*
Afiq membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya lampu di dalam wad tersebut membuatkan matanya terasa pedih. Mata dipejam kembali untuk beberapa saat sebelum dibuka kembali. Dilihatnya ke arah sekeliling wad tersebut. Hanya dia sahaja di dalam wad itu. Kemudian, dia lihat pula ke arah tangan kiri yang berwayar itu. Cecair yang digantung kemas dilihatnya dengan teliti sebelum dia mengeluh.
YOU ARE READING
A.K.U : ALTER
Misterio / SuspensoSyam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia realiti Syam dan tiga alter lagi berada di sebalik kebenaran. Dr, Syamila juga tidak mengetahui tentang kewujudan tiga alter tersebut kerana me...