BAB 1

318 28 10
                                    

Syam dibawa masuk ke dalam sebuah kelas di sebuah sekolah baru. Dia telah dipindahkan ke sekolah ini ketika darjah lima selepas hebohnya kes pergaduhan antara Syam Syahrul Azmi dan beberapa orang pelajar sekolah rendah di sekolah lamanya. Ini bukan sekolah kedua tetapi sekolah kelima selepas beberapa kali berpindah kerana kes yang sama.

Syam diberi tempat duduk selepas memperkenalkan dirinya di dalam kelas 5 Elit. Tempat duduknya pula terletak di bahagian paling belakang di dalam kelas itu. Dia duduk sendirian kerana bilangan pelajar di dalam kelas tersebut seramai 25 orang sahaja.

*

Syam mengelap wajahnya menggunakan sapu tisu lalu dibuang tisu tersebut ke dalam tong sampah di sebelah kanannya. Selepas itu, dia membelek-belek wajahnya. Disentuhnya kesan calar pada dahi kiri sebelum ditutup kesan calar itu menggunakan rambut pada bahagian hadapan. Rambut pada bahagian hadapan dirapikan sedikit.

"Kesan luka bulan lepas tak hilang lagi. Minggu lepas aku dah sapu ubat. Ni mesti Syam tak sapu ubat. Habis rosak muka aku." Katanya sebelum berjalan pergi dari singki yang bercermin di ruangan tandas pelajar lelaki. Dia sebenarnya ialah RaSIS.

Pada ketika ini, Syam tidak yakin untuk berhadapan dengan hari pertama persekolahannya selepas mendengar cerita daripada beberapa rakan sekelasnya tentang sekolah tersebut sebelum waktu rehat tadi. Hal ini telah menyebabkan dirinya takut untuk berhadapan dengan hari pertamanya di sekolah ini. Maka, RaSIS mengambil alih jasadnya dan menyamar menjadi Syam walaupun personaliti mereka jauh berbeza.

Selepas selesai urusannya itu, dia mahu keluar dari tandas lelaki tetapi niatnya terbantut apabila dia melihat tiga orang pelajar lelaki masuk ke dalam tandas lelaki. RaSIS memberi laluan kepada mereka untuk masuk tetapi ada sesuatu yang mencurigakan pada pandangan RaSIS.

"Woi, budak. Apa pandang-pandang? Nak kena belasah ke? Nak keluar tu keluar je la." Tengking seorang pelajar lelaki yang lebih tinggi daripada RaSIS.

RaSIS segera keluar dari situ. "Bukan urusan aku."

Langkahnya terus menuju ke arah kantin sekolah tetapi dia berhenti seketika di laluan antara tandas lelaki dan kantin. Kepalanya digaru dan dia mengeluh. "Tch! Apa aku fikir ni? Arghhh! Bukan urusan aku tapi..."

*

"Terima kasih sebab dah selamatkan aku." Kata pelajar lelaki yang dia pernah jumpa di tandas lelaki tadi.

Ketika ini mereka berdua sedang makan roti di sebuah kerusi panjang yang terletak di bawah pokok pelam. Pokok pelam tersebut berada tidak jauh dari kawasan kantin sekolah.

"Sama-sama. Kau tu kenapa lembik sangat? Badan je sado. Kenapa tak lawan semula? Ikut je kena heret masuk jamban." RaSIS membebel.

"Aku jaga nama baik aku dan rekod disiplin. Lagi pun, sebelum ni aku pernah kena sabotaj. Deorang pernah mengadu pada cikgu masa cikgu disiplin terjumpa aku bergaduh dengan deorang. Disebabkan fizikal aku macam ni. Cikgu terima bulat-bulat yang aku mulakan pergaduhan tu dan buli deorang. Lepas kes tu. Aku..."

"Oh. Memang tak adil. Lepas ni nama aku pun kena juga. Hari pertama buat hal. Tapi badan aku kecil je. Aku tak rasa cikgu syak. Mana-mana sekolah sama je." Kata RaSIS selepas menghabiskan air kotak berperisa Milo.

"Hari pertama?"

"Ya. Aku student baru dalam sekolah ni. Kita tak berkenalan lagi. Nama aku, Ra... Syam. Nama aku Syam Syahrul Azmi. Darjah 5 kelas Elit."

"Aku, Huzairi Naim. Panggil Zay je. Aku darjah 6 kelas Elit."

"Oh. Senior rupanya." Kata RaSIS sambil melihat ke arah Zay. "Kau pergi gym ke?"

"Ya. Biasanya hari Sabtu dan Ahad. Kenapa? Nak join ke?" Soalnya yang kelihatan teruja.

"Boleh juga. Duduk rumah pun bosan. Tapi mustahil aku dapat keluar rumah seorang diri."

"Kalau macam tu. Aku ambil kau dekat rumah kau. Naik basikal. Kau ada basikal?"

"Hmmm..." RaSIS memerhati Zay lalu berkata. "Kau ni macam tak ada kawan ke? Teruja semacam je."

Zay terdiam.

*

"Selamat pulang, Zay." Sambut seorang lelaki berusia 26 tahun di ruang tamu sebuah rumah mewah.

"Abang Nash? Bila abang balik?" Dia segera berlari ke arah manusia yang berada di atas sofa ruang tamu itu sebaik sahaja dia mendengar suara teguran tersebut.

Beg sandang dicampak di atas sofa yang terletak di sebelah kanan sofa tersebut. Kemudian. Zay duduk di sebelah kiri beg sandang miliknya. "Abang Nash balik sini sebab rindukan saya, ke?"

Nash meletakkan surat khabar yang dipegang olehnya tadi di atas meja bertentangan dengannya. "Rindu? Mungkin. Tapi lebih kepada diminta pulang untuk jaga Zay di sini."

"Macam mana dengan kerja Abang Nash di Filipina?"

"Kawan uruskan hal di sana. Hal di sini lagi penting." Jawabnya.

"Maksud Abang Nash?" Zay terpinga-pinga kerana masih tidak dapat menghadam maksud pandangan serius itu kepadanya.

"Zay pun tahu Tuan Adiel ada ramai musuh di luar sana, kan?" Soal Nash kepada Zay.

"Ya." Jawabnya sambil menundukkan pandangannya ke arah kedua-dua tapak tangannya.

Nash berdiri lalu menghampiri Zay. Bahu kanan Zay ditepuk olehnya. "Zay ialah waris terakhir keluarga ini. Dah besar nanti. Zay akan faham situasi sebenar keluarga ni." Katanya kepada Zay sebelum dia pergi dari situ.

Zay pantas menarik tangan kanan Nash yang memegang kepalanya tadi. Pandangan serius diberikan kepada Nash. Nash pula segera melihat ke arah Zay yang masih berada di atas sofa tersebut.

"Apa yang dah berlaku kepada ayah?" Soalnya kepada Nash.

"Tuan Adiel mungkin tak akan hidup lama. Musuh dah serang dari dalam syarikat. Sekarang ni, Tuan Adiel berada di hospital UK. Pihak hospital akan berusaha untuk membantu Tuan Adiel semampu yang boleh. Encik Naqib pun ada di sana."

Zay merentap tangan Nash. Dia kelihatan marah. "Kenapa saya tak tahu apa-apa pun? Kenapa tak beritahu saya awal-awal? Dah berapa lama ayah dalam hospital?"

"Dua hari. Tuan Adiel tak nak Zay risau sebab tu..."

"Sebab tak nak saya balik ke sana?" Soal Zay dengan serius.

Zay berdiri lalu berlari menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat dua. Dia sudah merajuk dan berasa sedih terhadap kejadian tersebut. Sudahlah bapanya itu mengalami cubaan membunuh dan hampir terbunuh pada masa tersebut. Tidak pula sesiapa memberitahunya tentang keadaan bapanya di United Kingdom itu. Segalanya mahu dirahsiakan daripadanya. Sama seperti kes kematian ibu, abang, kakak dan adik-adiknya. Dia hanya tahu apabila jenazah dibawa pulang ke rumah mereka atau rumah datuknya. Tiada sesiapa yang menjelaskan sebab kematian tersebut kepadanya kerana dia hanyalah budak-budak.

"Dia dah merajuk lagi, Tuan Adiel. Apa patut saya buat sekarang ni?" Monolognya lalu kembali duduk di atas sofa.

*

RaSIS duduk bersila di atas katil sebelum dia tumbang. Dia masih belum mandi sejak pulang dari sekolah rendah. Kemudian, kakinya dilunjurkan. Butang baju uniform sekolah dibuka sepenuhnya. Setelah selesai membuka butang, bantal golek dicapai lalu dipeluknya. Mata dipejamkan.

"Penatnya."

Tanpa diduga, telefon pintar miliknya berdering. RaSIS segera membuka mata dan mencapai telefon tersebut di bawah bantal yang menjadi alas kepalanya. Panggilan segera dijawab selepas melihat nama si pemanggil.

"Hello?"

"Hello, Syam. Kau dah sampai rumah ke?"

"Dah sampai. Baru je sampai tadi. Kau nak apa?"

"Aku nak ajak kau teman aku beli barang sukan. Kasut sukan dengan bola keranjang dah rosak."

"Ajaklah Safuan. Aku penat. Nak tidur. Bye." Panggilan segera ditamatkan. Telefon diletakkan di atas katil. 

A.K.U : ALTERWhere stories live. Discover now