Flashback...
"Adam,kau still nakkan Hani ke?" Tanya Ina
"Of course aku nak dia balik.Aku dah janji dengan dia masa aku last sekolah dekat sini dulu yang aku nak berubah just untuk dia.Kenapa,kau tak suka ke?" Tanya Adam perlahan
Ina rasa bersalah."Haihh mana ada aku tak suka.Aku lagi suka tau korang jadi sweet macam dulu".
Adam tersenyum lega"Ooo habistu kenapa?Apa korang borak tadi?Hani cakap apa pasal aku?"tanya Adam bertubi tubi.
Lalu Ina menceritakan perbualannya dengan Hani tadi.Adam hanya menjadi pendengar setia.
"Kau nak pujuk dia balik ke?" Duga Ina.
"Mestilah!Aku sayang dia lagi tau". Kata Adam sungguh sungguh.
" Well,goodluck brother.Aku tau kau boleh pikat dia.Jangan bagi dia kecewa lagi.Kawan aku tu.".Kata Ina memberi peringatan
Adam tersenyum senang
End flashback....Adam termenung sendirian di dalam surau itu.Kata kata Ina tadi terngiang ngiang di kepalanya.'Hmmm macamana aku nak pikat dia eh,hati dia dah keras.Confirm susah dia Nak terima aku'.kata hatinya.Adam berfikir sejenak.Terlalu susah baginya kerana Hani telah banyak berubah.Tentu minat dia juga sudah lain.
'Tapi,firasat aku kuat cakap yang dia still sayang aku.Sebab Ina kenal dia.Dia pun tak nafikan tu.Ok now,fikir betul betul,Adam.Apa plan kau sekarang'tanya Adam pada diri sendiri sambil menepuk nepuk pehanya.Nazri yang pandang dia pon pelik.Gila ke apa dia ni.
"Woi,Adam.Kau kenapa ni?Dah buang tebiat?" Tanya Nazri sambil mencekak pinggang dan duduk bersila di hadapan Adam
Adam yang tersentak terus mati lamunannya.Dia mengeluh seketika sebelum menjawab."Haihhh wei.Kau boleh tak tolong bagi pendapat dekat Aku macamana nak pikat balik hati Hani tu?"rayu Adam
Nazri beriak terkejut"Dam,kau biar betul.Kau macam tak biasa je ngorat perempuan.Aku tengok Hani lembut je".kata Nazri dengan jawapannya yang lebih kepada menyakitkan hati.
Adam menepuk dahi."Haih kau ni.Kau dah lupa ke apa aku buat dekat dia dulu tu.Sebab perangai aku tu la aku hilang dia.Lagi satu,kau nampak je dia lembut.Hati dia keras dohh.Dah tertutup dah pintu hati dia untuk lelaki".
Nazri mengangkat kening."Habistu,terbuka untuk perempuan lak ke".
Adam memandangnya tajam.Dia menumbuk perlahan perut Nazri."Weiii kau memang tak membantu lah.Kau apahal nak cakap dia macamtu.Kau tak kenal dia lagi lah.Aku dah lama dengan dia.Aku kenal dia.Aku still sayang dia,kau paham tak!!?"bentak Adam geram.Sungguh dia marah dengan Nazri kerana berkata yang bukan bukan tentang kesayangannya itu.
Nazri mula kecut.Dia tahu Adam memarahinya sungguh sungguh sampai merah muka dia.Nazri mula serba salah."Sorry bro,aku tak sengaja.Aku tau kau still sayang dia".kata Nazri perlahan."Ha kau nak dengar tak cadangan aku?"
Adam mulai reda.Dia mengangkat kepala.
Selepas mereka habis berbincang,terdengar azan maghrib berkumandang lalu mereka pun solat berjemaah
Haaa korang rasa apa plan Adam dengan Nazri tu.Hehehe Jangan lupa check out the next part....
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Ficção AdolescenteMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...