Sudah beberapa hari Hani tidak makan di asrama.Dia hanya bersedih dan tidak seceria dulu."Hani,jomlah makan.Kau dah berapa hari dah tak makan.Nanti kau sakit".pujuk Adira
Hani menggeleng."Tak nak.Aku takda selera.Korang pergilah makan".
Ina mengambil tempat di sebelah Hani."Hani,tak mau macam ni.Kau tak lapar ke?Kitorang takut kau kena gastrik".Hani hanya menggeleng menandakan dia tidak lapar
Rakan rakannya mengeluh.Mereka penat memujuk Hani.Hani tetap berkeras kepala.Tetapi mereka berusaha untuk melihat Hani yang dulu.
"Hani,dah dah la tu merajuk.Adam tu suami kau tau.Aku bukan nak bela dia,tapi kau isteri dia,Kau tak patut tengking tengking dia macamtu.Mesti dia malu dengan budak kelas kita.Kau pun nampak kan dia dah berubah?" Tanya Lily
Hani mengangguk. "Dah,tapi lepas aku tau benda sebenar,aku tak boleh terima dia.Hati aku sakit sebab dia tipu aku.Dia tak ikhlas dengan aku".
"Tapi,Hani.Dia dah berubah.Dia pun cakap dia dah Takde niat nak buat semua tu sejak kau layan dia baik 3 tahun lepas.Semua tu sebelum korang kahwin.Kitorang tau dia ikhlas,Hani.Kau pun patut tahu sebab kau isteri dia.Kau yang duduk serumah dengan dia.Dia layan kau baik,kan?" Tanya Dija
Hani mengangguk."Ya,dia layan aku baik.Tapi aku tak tau lah.Hati aku still tak boleh nak terima dia.Setiap kali fikir pasal dia,aku terkenang kisah dulu.Aku jadi takut dengan dia".
Qis menggeleng."No,Hani.Please buang ego kau.Kau dah hina dia macam macam.Kau dah ucap yang kau benci dia and kau menyesal terima dia.But kitorang tau,semua tu bukan niat kau.Kau tengah marah masatu,perasaan tu yang kawal kau.Am I right?"
Hani mengangguk.Mereka lega apabila Hani sedikit sedar kesalahan dia.
Adira memaut bahu Hani."Hani,slowly maafkan dia.Aku tau kau tak nak nak tengok Dia sedih,tak nak tengok dia sakit macam dulu.Cuba buang kenangan tu.Accept him again".
Hani hanya mengangguk.Tiba tiba dia berasa pening.Dia hendak bangkit tetapi kudratnya yang tidak kuat membuatkan dia rebah ke lantai
"Hani!" Sayup sayup kedengaran namanya dipanggil tetapi dia mula tidak sedarkan diri dan matanya tertutup rapat
Adam dan rakan rakannya bergegas ke hospital apabila diberitahu oleh wardennya.Dia menaiki kereta yang dipandu oleh wardennya ke hospital
Sampai sahaja di hospital,Adam melihat rakan rakan Hani sedang menunggu di luar bilik rawatan
"Hani,Hani mana?!"
Qis menenangkan Adam."Adam,sabar.Doktor tengah rawat Hani lagi".
Adam meraup mukanya lalu duduk di atas kerusi.Warden menenangkannya.Adam tenang seketika
"Emmm,siapa suami Puan Hanani?"
Adam pantas bangun dan melangkah ke arah doktor lelaki tersebut."Saya,doktor.Macamana isteri saya,doktor?"
Doktor itu tersenyum."Alhamdulillah puan tak apa apa.Tekanan darah dia rendah.Mungkin sebab stress.Encik boleh tengok isteri encik tetapi dia masih tidak sedar kan diri.Jadi saya sarankan untuk isteri encik rehat secukupnya,ya?Dan jangan bagi dia stress".kata doktor itu
Adam dan yang lain mengeluh lega."Alhamdulillah,terima kasih doktor".
Doktor itu mengangguk lalu melangkah pergi.Adam bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melihat isterinya.
"Adam,pergi lah tengok Hani.Kitorang tunggu luar". Kata Cikgu Mira
Adam mengangguk lalu melangkah ke arah Hani.Hani yang terbaring itu dipandang sayu.Adam duduk di atas kerusi bersebelahan katil Hani
Adam meraih tangan Hani.Dia amat merindui jari jemari lembut isterinya itu." Nini,bangun sayang.Ris minta maaf sebab dah buat Nini sakit.Ris juga nak minta maaf sebab menipu Nini selama ni.Bukan niat Ris,tapi Ris takut.Kalau Nini tahu perkara sebenar,Nini sanggup ke terima Ris.Percayalah cakap Ris,Ris dah tak berniat langsung nak balas dendam dekat Nini.Ris buang sikap pembuli tu lepas Nini layan Ris baik 3 tahun lepas.Sejak tu Ris mula sayang Nini.Please..Ris tak berniat langsung buat semua tu".Akhirnya,air mata lelaki milik Adam jatuh juga membasahi pipinya.Adam mengucup tangan Hani yang bertaut dengannya.
Adam menyeka air matanya."Nini,nak tau tak?Nini seorang yang kuat.Dulu,Nini layankan aja Ris ni.Sampai sekarang,Nini still layan Ris baik walaupun Ris dah buat pasal dekat Nini bertahun tahun.Ris bangga dapat isteri macam Nini.Nini,Nini tau tak esok hari apa?Esok birthday Ris lah,sayang.Nini jangan lupa tau.Sebagai hadiah,Ris nak Nini dah sedar bila Ris lawat Nini esok.Please,tunaikan.Ris tau berat untuk Nini,but I really need you,dear.Ris rindu Nini.So much.Rindu nak bergurau,nak mengusik,nak goda Nini,paling penting nak mengada ngada dengan Nini".Adam tergelak kecil walaupun air matanya masih mengalir
"Nini,Nini jaga diri elok elok tau.Ris janji esok Ris lawat Nini lagi.Cepat sedar ye,sayang.I miss you so much.Ris nak jaga Nini macamana Nini jaga Ris dulu.Ris balik dulu ye,sayang".
Adam bangkit.Kepala Hani dicium lembut." Nini,Ris janji takkan buat Nini kecewa lagi.I love you,sayang.
Tanpa Adam sedar air matanya jatuh ke tangan Hani yang sedikit terdedah."Adam mencium lembut dahi Hani sebelum melangkah keluar.
Secara tiba tiba air mata membasahi pipi Hani tanpa Adam sedari.Hani mula sedar kata kata Adam tadi sungguh benar dan ikhlas bunyinya
'Ris,Nini minta maaf.Nini dah sedar kesilapan Nini.I love you too,Ris!'kata Hani di dalam hati dengan mata yang masih tertutup.Air mata hanya dibiarkan mengalir.
To be continued....
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
أدب المراهقينMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...