Adam melangkah ke kelas dengan serba salah.Dia lihat Hani masih termenung ke luar tingkap.'Haduihh bini aku ke.Hensem sangat ke tingkap tu sampai tak nak tenung langsung muka aku ni'.desis Adam.Dia menggeleng kepala perlahan sebelum pergi ke tempat duduk nya.
Sepanjang kelas berlangsung hingga waktu balik.Hani dan Adam tak bertegur langsung.Hani tu macam dah benci sangat dekat Adam.Padahal pura pura je tu.Hoho
Pada waktu prep petang,Adam berfikir bagaimana dia hendak memujuk Hani.Tiba tiba dia mendapat idea.Dia memetik jarinya
Adam tersenyum sinis.' Haaa aku tau.Hani suka orang buat lawak dekat dia.Apa kata aku buat macamtu esok?Mesti tergelak gelak dia.
Keesokan harinya,Adam menapak ke kelas dengan perasaan gembira.Hani memandang nya sekilas.'Apahal laki aku ni.Dah buang tebiat ke apa'.kata Hani di dalam Hati.Mana taknya,hilang macho Adam bila dia berjalan tersengih sengih macamtu.Macam orang sewel dah.
Kelas bahasa Inggeris berjalan seperti biasa.Adam membuat pelbagai lawak masa kelas BI tu.Tapi lain yang dirancang,lain yang jadi.Dia nakkan Hani yang gelak.Tapi rakan rakan sekelasnya dengan cikgu sekali yang tergelak.Adam mula kehabisan idea.
Kelas matematik adalah selepas kelas bahasa inggeris.Tetapi Cikgu Rosli tidak masuk ke kelas untuk sejam pada hari itu.Dan dia memerintahkan Hani dan Lily untuk membantunya di bilik guru.
Sepanjang waktu matematik itu,Adam memikirkan rancangannya.Sedang dia berfikir pula,seseorang masuk ke kelas itu lalu menolak kasar pintu kelas itu.
"Sapa Adam Harris?Kau heret dia ke depan aku sekarang!"jerkah lelaki itu.Ishh dahlah tak bagi salam.Nak jerit jerit pula kat kelas orang.
Adam beriak biasa.Bukan dia tak kenal lelaki tu.Adam bangun dari tempat duduk nya lalu membetulkan kolar bajunya." Tak payah heret,aku boleh jalan sendiri".kata Adam tenang lalu kakinya mula melangkah ke hadapan lelaki itu."Apa kau Nak?"Tanya Adam.Rakan sekelasnya mula menyaksikan adegan itu.
"Kau tak guna!Kau tau Tak?Masa kau takda,aku lelaki paling femes kat sekolah ni tau.Tapi lepas kau datang,ramai perempuan yang melekat kat kau!" Bentak lelaki itu geram
Adam hanya tersenyum senang sambil menyilangkan tangannya di dada."Nak buat macamana,bro.Dah aku ni hensem and ditakdirkan aku pindah tak lama.Now I'm back!Kau tak rindu aku ke,Azim?"tanya Adam tenang
Azim membuat muka meluat."Pegi mampos dengan rindu kau tu.And kau jangan ingat aku tak kenal kau,Adam.Kau playboy nombor satu dekat sekolah ni.And now you're married with Hani.Aku tau dia lawa.Tapi,entah entah dia perempuan pakai buang kau je."kata Azim selamba.
Adam sudah tidak dapat menahan sabarnya.Terus sahaja dia menumbuk pipi Azim dan membuatkan lelaki itu tersandar di dinding. Azim sudah hilang sabar.Dia menumbuk semula pipi Adam kasar.Adegan tumbuk menumbuk itu berterusan sehingga pelajar kelas 5 Arif itu mulai risau.Mereka menggelabah.Nak bagitau cikgu,takut satu kelas didenda.
Dija mula menggelabah.Dia menoleh ke arah Iman di sebelahnya."Iman,tolong wei.Panggil Hani dekat bilik guru.Cepat weiii!!"suruh Dija.
Iman mengangguk lantas melarikan diri ke bilik guru memanggil Hani.Nasib baik dia tak tersungkur depan kelas tu.
Hani yang sedang menolong cikgu Rosli itu tersentak apabila seseorang memanggilnya.Hampir melatah dibuatnya begitu juga dengan Lily.
Iman menerpa ke arah Hani dengan nafasnya yang tercungap cungap."Wei.Kau apahal ni,Iman?"tanya Hani cemas.
Iman mengambil nafas seketika."Hani,tolong weiii.Adam.Dia gaduh dengan Azim dekat kelas kita.Cepat wei!!Muka Adam dah habis lebam tu"
Hani dan Lily tersentak.Cikgu Rosli pula sudah terkejut."Hani,Lily.Kamu pergi selesaikan dulu.Nanti cikgu datang ke kelas kamu.Iman,ambik duit ni pergi beli ais dekat kantin".Iman mengambil huluran duit tersebut lantas pergi ke kantin.
Setelah mendapat izin dari Cikgu Rosli,Hani terus menarik tangan Lily untuk ke kelas.Di dalam hati dia berdoa semoga Adam tidak cedera teruk.
TBC...
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Novela JuvenilMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...