Hani dan Adam merenung satu sama lain.Hari ini mereka rehat bersama kerana hendak berbincang sesuatu
"Tak puas lagi tengok muka hensem Ris ni?" Tanya Adam
Hani mencebik."Tengok muka Ris dah terlebih puas dah.Tak puas hati pasal tadi je?"
"It's okay,tanya jelah"
"Hmmm betul ke Ris kenal Hani dari sekolah rendah?"
Adam mengeluh."Nini,Ris rasa Nini dah patut tahu perkara sebenar".
Terkejut Hani mendengarnya."Ok cuba Nini imbas balik masa kita mula mula jumpa masa form 1".
Hani mula mengimbas
Flashback.....
"Hai,assalamualaikum". Satu suara menegur gadis tersebut.Dia berpaling lalu tersenyum.
" Hai,Waalaikumussalam.
Awak tingkatan berapa?"tanya gadis itu"Sebaya awak.Nama awak siapa?"
"Nama saya Nur Najwa Hanani.Awak?"
"Oh,nama saya Muhd Adam Harris". Gadis itu terkaku seketika.'Adam Harris,kenapa macam pernah dengar nama dia?Tapi kat mana ya?'tanya gadis itu di dalam hati
Adam melambai lambai di hadapan Hani membuatkan gadis itu tersedar dari lamunan." Awak,awak okey?"
Hani hanya mengangguk
"Boleh tak Saya panggil awak Nini?"
Hani mengangguk."Boleh,takda sesiapa lagi yang panggil saya macamtu selain Hani.So saya tak kisah pun".
Budak lelaki itu tersenyum."Ok terima kasih.Awak boleh panggil saya Ris.Awak kelas mana,Nini?"
"Nini kelas 1Arif.Ris?"
"Wah,untungnya,kelas kita sama". Kata Adam gembira.Begitu juga dengan Hani
Sejak itu,mereka mulai rapat.Hani tidak sedar langsung yang Adam mengenalinya.Dan dia tidak tahu niat sebenar Adam.Rahsia itu masih tersimpan kemas di poket Adam sehingga mereka menjadi cinta monyet.Adam hendak menceritakan perkara sebenar tetapi tidak kesampaian apabila dia dan Hani bergaduh besar semasa di tingkatan 2.Akibat peristiwa itu,Adam berpindah sekolah.
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Novela JuvenilMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...