Hani masih berkurung di biliknya.Rajuknya dengan Adam masih bersisa.Dia mengerling ke arah jam.
"Ahhh nak masak.Dah lambat ni.Hmm rasanya Adam tengah buat apa eh kat bawah?"
Hani perlahan lahan membuka pintu lalu turun ke bawah.Terkejut dia melihat Adam sudah tiada di ruang tamu.
Hani memerhati sepucuk surat yang berada di atas meja.
Hani,aku keluar kejap dengan Pak Mat ye.Jangan merajuk lagi sayang.Love you
-Your Hubby
Hani mencari kelibat Pak Mat.Tiada.Kereta juga tiada."Ceh,pergi mana pulak mamat ni.Cari perempuan lain ke.Hmm lantak dia lah.
Hani berlalu ke dapur untuk memasak makanan tengahari.
Adam masuk perlahan lahan ke dalam rumah.Dia terdengar bunyi di dapur.Tentu Hani sedang memasak.Dia mengatur langkahnya ke dapur.Plastik yang berada di tangannya diletakkan di atas sofa
Adam memeluk Hani dari belakang.Hani hanya senyap.Tidak juga menolak.Dia tahu itu Adam kerana bau wangian pada badannya.
"Sayang,masak apa tu?" Tanya Adam lembut.Dia mendaratkan dagunya di atas bahu Hani
"Ni ha tengah masak kayu campur batu.Khas untuk kau". Jawab Hani dingin
Adam tergelak kecil." Pandai bergurau eh?"
Hani beriak biasa.Tidak tergelak dan tidak juga marah.Adam ni pun,soalan bodoh ditanya nya.Dah terang terang Hani tengah gaul asam pedas dalam periuk tu.Lagi mau tanya ka.
"Hani,dah siap dah tu kan?Jom kita lepak kat depan".Adam terus menarik tangan Hani lalu menutup api.Hani hanya menurut walaupun dia masih merajuk
" Meh duduk sini".Pelawa Adam.
Hani mengeluh seketika sebelum melabuhkan punggung di sebelah Adam.

YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Roman pour AdolescentsMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...