Pada petang itu,Hani dan Adam pulang ke asrama dengan parents masing masing supaya tak de sesiapa syak tentang Mereka.Hani termenung di katilnya.'Hmmm macamana aku nak explain dekat diorang eh?No no.Aku tak boleh bagitau diorang.' Kata Hani di dalam hati.
Sepanjang malam itu,Hani hanya beriak seperti tiada apa apa yang berlaku.Ada kalanya dia termenung sendirian memikirkan rakan rakannya
Keesokan harinya,Hani bergerak ke sekolah bersama rakan rakannya dengan keluhan.Dia berfikir macamana dia nak hadap Adam di kelas nanti.Dahlah dia banyak kali tahan malu nak goda Adam.
"Hani,are you okay?Anything to share?" Tanya Adira pelik.Hani hanya tersenyum kelat lalu menggeleng.Rakan rakannya pula hanya mengangguk.Mereka tahu Hani menipu.
Hani berasa tidak tenang sepanjang perhimpunan rasmi itu.Adam yang dari tadi merenungnya pelik tidak diendahkan.
Tiba pada giliran Cikgu Rosli untuk berucap.Hani pelik kerana biasanya Cikgu Rosli tidak akan berucap semasa perhimpunan rasmi.
"Ok perhatian murid semua,tadi ada seorang pelajar request dekat cikgu untuk dia berucap pada pagi ini.Dia hendak menyampaikan sesuatu untuk kita termasuk cikgu cikgu semua.Jadi,saya mempersilakan Adam dari kelas saya untuk sampaikan ucapannya.Silakan". Pelawa Cikgu Rosli
Hani mengangkat mukanya.Adam sempat memandang nya sekilas lalu terus menapak ke tempat berucap.
" Assalamualaikum semua.Maaf saya terpaksa menyibuk untuk berucap harini.Tapi saya terpaksa sebab ini ada berkaitan dengan kita semua.Jadi,straight to the point, saya nak beritahu anda semua yang saya telah pun berkahwin dengan seseorang yang sebaya saya dari sekolah ini".kata Adam tanpa segan silu
Kesemua guru dan pelajar terkejut.Ada yang membuntang mata memandang Adam.Ada yang berhora horeyy pulak tu.Nasib baik takda yang pengsan
Hani memandang Adam tajam.Dia membulatkan matanya.'Arhh apa bende la mamat ni.Jangan dia panggil aku sudah'.
Pandangan Hani terhenti ke arah Hani."Jadi,saya nak kenalkan isteri saya,Nur Najwa Hanani.Dari kelas 5 Arif,same with me".
Serentak itu,semua mata tertumpu ke arah Hani yang sedang meraup mukanya.Hani perlahan lahan mengangkat mukanya.'Ahhh masak aku.Parah macamni.Ishhh malu laaa'.
Hani tersenyum nipis lantas meraup semula mukanya.
"Jadi,saya nak mintak pada semua tolong jangan kacau isteri saya.Because she's mine.Dan cikgu cikgu,saya mohon restui hubungan kami.Saya tidak boleh beritahu sebabnya kenapa.Dan to all my friends and Hani's friends.Kami minta maaf sebab tak beritahu awal awal.Please don't hate us.So,that's all.Jangan kecam kami ye.Sekian and thank you".
Adam turun ke pentas dan memandang sekilas ke arah Hani.Jelas,muka isterinya itu sedang merah akibat menahan marah ataupun malu ataupun boleh jadi both.
Cikgu Rosli hanya tersenyum." Jadi,Itulah ye,semua.Cikgu nak tambah yang sebenarnya cikgu tahu tentang perkahwinan mereka lebih awal kerana cikgu dan bapa Hanani berkawan baik.Jadi,cikgu pun mohon jangan kecam diorang ye.Kepada Adam dan Hanani,cikgu dah pun beritahu guru guru semua.Mereka merestui hubungan kamu berdua asalkan kamu berdua jaga batas.Jangan sampai orang lain berkata buruk tentang kamu berdua.Jadi,perhimpunan kita dah tamat.Semua boleh balik kelas masing masing.Kepada kelas 5 Arif.Kejap lagi saya masuk lambat sedikit.Jadi,ketua dan penolong kelas,tolong jaga kelas sampai saya masuk".
Hani terus melulu ke arah tandas.Rakan rakan yang memanggilnya hanya dibiarkan.
Adam tidak lepas memandang Hani.Dia tahu Hani amat marah padanya kerana membocorkan rahsia mereka.Tapi dia akan beritahu perkara sebenar nanti.'Hani,please don't hate me again'.Adam mengeluh lalu dia mula menapak ke arah kelas.
TBC...
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Genç KurguMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...