Hani menapak laju ke arah kelasnya.Dia terkejut apabila Adam sudah terduduk akibat penangan tamparan Azim itu.Lantas Hani mendekati mereka.Namun...
Pang!!
Hani memegang pipinya yang perit ditampar Azim.Niatnya adalah untuk menghentikan pergaduhan itu.Dia lantas menghalang Azim dari menampar Adam.Tetapi tamparan itu terkena pada Hani
Adam dan Azim tergamam.Hani masih memegang pipinya.Dia tidak berasa hendak nangis.Tetapi dia berasa marah melihat Adam diperlakukan sebegitu teruk
"Hoi,Sakitlah.Bongok!" Jerkah Hani dan sekaligus seisi kelas itu senyap.Adam yang terduduk itu tidak lepas memandang Hani
"Apa masalah kau ni,Azim.Dari dulu ada je tak puas hati dengan Adam ni.Kalau rasa jeles sangat dengan dia,pigi pindah sekolah lain la.Ke nak aku bentang karpet merah dekat pagar sekolah tu?" Tanya Hani.Hampir tergelak rakan rakannya tetapi mereka menahan kerana takutkan Hani.
Azim mula rasa bersalah"Awak,awak.Saya mintak maaf.Saya tak sengaja".
Hani semakin bengang.Lain yang ditanya,lain yang dijawab mamat ni.Hadehh."Hoi unta,aku tak tanya pasal kau lempang aku tu.Aku tanya pasal Adam.And one more thing.Geli la aku berawak awak ni.Aishh sebelum kau jadi arwah kat sini,baik kau berambus sekarang.Buat perangai playboy kau tu dekat perempuan malang yang lain.Kau Jangan nak naikkan lagi darah aku kat sini!!".Arah Hani kasar
Azim mengeluh."Ok aku boleh pergi.Tapi aku nak ajar kau sikit Hani.Perangai playboy laki kau ni takkan hilang.Dia tak ikhlas dengan kau Hani.Jangan Jangan dia simpan perempuan lain belakang kau".
Pang!!
Sebuah tamparan dihadiahkan oleh Hani khas pada pipi Azim."Haaa aku dah cakap,jangan naikkan darah aku.Aku kenal la laki aku ni.Aku tau dia dah berubah.Perangai kau pun dah lagi teruk dari dia.Eh semak la pale otak aku!!Daripada kau ajar aku benda bukan bukan macamtu,baik kau ajar aku add math bab 2.Tu pun kalau kau tahu la.Haihh aku dah geram tahap gaban ni,Azim.Baik kau blah sekarang!!"Hani beri amaran keras.
Azim merengus kasar lalu terus melangkah keluar dari kelas itu.
Hani mengeluh perlahan.Dia menoleh ke arah Adam.Lantas dia menghulurkan tangannnya.Adam berasa sedikit terkejut tetapi dia tetap menyambut huluran itu lalu dia berusaha untuk bangun dengan bantuan Hani.
Hani membawa Adam ke tempat duduknya.Rakan rakannya yang lain mula membuat kerja sendiri."Adam,kau okay tak?"Hani bertanya lembut
Adam mengangguk lemah."Aku okay.Thanks Hani".
"Hmm". Hani menjawab ringkas.Dia mengeluarkan tisu dari dalam poketnya setelah melihat darah mula mengalir dari bibir Adam.Baru dia hendak membersihkan bibir Adam.Iman menghulurkan satu plastik ais kepada nya.Hani menyambut huluran itu dan berterima kasih kepada Iman.Iman mengangguk dan berlalu ke tempat duduknya.
Hani meletakkan plastik ais itu di tepinya lalu menyambung tugasannya.Dia menarik lembut dagu Adam untuk menghadapnya." Meh sini.Aku nak bersihkan bibir kau".kata Hani
Adam tersentak apabila Hani menarik lembut dagunya.Namun dia hanya menurut.Adam tidak lepas memandang wajah Hani yang sedang khusyuk mengelap lembut bibirnya.Yang peliknya dia tidak rasa sakit langsung.Pandai betul Hani buat.
TBC....
![](https://img.wattpad.com/cover/222550295-288-k713292.jpg)
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Genç KurguMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...