Hani melangkah perlahan ke arah kelasnya dengan keluhan kecil
Sampai sahaja Hani di kelas,terus kelasnya itu senyap.Semua mata tertumpu ke arahnya.Hani mengeluh berat lantas bertapak ke tempat duduk nya.Mujur saja Adam sudah memberi laluan kepada Hani.Kalau tidak,mahu sakit dadanya akibat ditolak oleh Hani.
Hani tidak berkata banyak dan terus merenung ke luar jendela.Ehh hehehe macam pernah dengar je lirik lagu tu.Okeh sambung sambung.
Rasa bersalah mula terbit dalam diri Adam.Dia memegang lembut baju di lengan Hani.Adam terkejut kerana Hani tidak menepisnya.Malah dia hanya membiarkan.Walhal dia tahu Hani cuma tak nak bertekak dengannya.
"Hani,kau marah aku ke?" Adam cuba memujuk.Namun hampa apabila pandangan Hani masih pada tingkap.
Adam berasa tercabar apabila Hani tidak mengendahkannya.Tanpa memikir perasaan Hani,Adam menarik kasar lengan Hani yang berlapik untuk menghadapnya
Hani tergamam.Dia tidak sangka Adam sanggup menariknya kasar.Dia menepis tangan Adam yang masih mencengkam lengannya.Kini dia dan Adam menghadap satu sama lain."Heyy lepaslah.Sakit kau tau tak?"bentak Hani
Adam hanya beriak biasa.Tidak terkesan langsung dengan bentakan Hani itu.Saat Hani mula berpaling semula,Adam terus mencengkam semula lengan Hani lebih kasar tanpa berfikir panjang menyebabkan Hani mengaduh kesakitan.
"Auch.Sakitlah!!Apa cengkam cengkam ni". Hani cuba menepis tangan Adam tetapi hampa apabila cengkaman Adam semakin kuat di lengannya.Hani hampir menitiskan air matanya
" Hani!Look at me!Aku tanya kau ni!Kau marah aku ke?Apa susah sangat nak jawab?!"tanya Adam kasar dan menyebabkan Hani tersentak.Sampai hati Adam menengkingnya
Hani semakin lemah."Adam,please lepaskan aku.Sakit.."Hani berkata lemah.Dia merasakan kudratnya semakin lemah dan lengannya semakin longlai dicengkam oleh tangan gedabak Adam.Setitis air mata mula mengalir di pipinya
Adam yang terasa serba salah lantas melepaskan tangannya dari lengan Hani.Dia baru sedar yang dia telah bertindak kasar kepada Hani yang sememangnya tidak bersalah itu.
Adam meraup mukanya.Semakin bersalah dirinya apabila melihat Hani tersandar di dinding memegang bahu dan lengannya yang sakit.'Arhh apa kau dah buat ni,Adam.Kau marah dia padahal dia tak bersalah.Ahhh kau bodoh,Adam'.Adam memarahi diri sendiri
Adam memegang lembut lengan Hani.Hani yang masih berjuraian air mata menepis kasar tangan Adam."Adam,sampai hati kau marah aku.Aku penat lah.Dah banyak aku membazir air mata sebab kau.Sumpah,aku penat".Hani mengeluh perlahan
Adam tersentak apabila Hani mengungkit kisah lalu.Semua tu disebabkannya.Hani tidak seperti Hani yang dulu
"Kau jahat,Adam.Kau jahat!Kau dah buat aku malu lepastu kau marah marah aku.Aku benci kau!" Ucap Hani geram sambil memukul lembut dada Adam.Kesakitan lengannya membuatkan dia tidak mampu memukul Adam dengan lebih kuat.
Hani tersandar pada bahu Adam.Rakan rakan mereka memandang Hani simpati.Tetapi Mereka tidak mampu menolong.Mereka amat takut apabila Hani mengamuk.Tambahan pula,mereka sudah tidak lama nampak Hani marah seteruk begitu.
Hani memejamkan matanya apabila dia penat memarahi Adam.Kepalanya masih lagi di bahu Adam.Perlahan lahan dia bersandar di dinding dan mengelap air mata nya
Adam berasa kasihan.Tetapi dia hanya membiarkan Hani marah kepada nya untuk meluahkan perasaan marahnya.Walaupun sakit dupukul Hani di dada,dia masih menahan.Dia tahu lagi sakit hati isterinya itu daripadanya.
Hani tidak mampu lagi membuka matanya.Dia melentokkan kepalanya di atas meja dan berpaling dari wajah Adam.Akibat terlalu penat,dia tertidur.
TBC...
YOU ARE READING
Playboy Itu Suami Aku(100% Complete)
Teen FictionMengisahkan tentang pelajar f5 yang agak hot gak laaa kat sekolah tu Nur Najwa Hanani,anaknya kepada encik Halim.Seorang gadis yang lawa,bahkan pula pandai,ramai kaum Adam minat kat die ni.Tapi sayang,hatinya keras sekeras keras batu seremban...