1

8.6K 398 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Lapan tahun yang lalu

SEWAKTU pulang dari sekolah, umi memintaku supaya menghantarkan lauk ke rumah Mak Zainab. Kedudukan rumah Mak Zainab antara rumahku hanya selang tiga rumah sahaja. Seperti kebiasaannya aku akan memberi salam pada di pintu belakang rumah iaitu pintu yang bertentangan dengan ruang dapur. Tetapi hari ini aku akan melalui pintu depan sahaja kerana ingin melihat anak ayam yang baru sahaja menetas telurnya tempoh hari.

Mak Zainab minat menternak ayam kampung sejak dahulu lagi. Jikalau tidak mengerjakan tanah di belakang rumah untuk bercucuk tanam, pasti dia akan menyibukkan diri membersihkan reban ayam yang dibina di halaman rumah ini.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini hasilnya amat menjadi-jadi. Anak ayam belaan Mak Zainab memang datang dari baka yang baik. Permintaan bekalan ayam kampung untuk dijual di pasar tani juga semakin tinggi pada masa kini. Sejak ketiadaan Pak Zafar, Mak Zainab sudah tidak kekok menguruskan urusan rumah tangga secara bersendirian lagi. Dalam kata yang sebenar, hidup Mak Zainab diibaratkan gantung tidak bertali.

Kata umi, Pak Zafar meninggalkan Mak Zainab tanpa menitipkan sebarang pesan dan kata-kata. Tiada juga tanda-tanda lelaki itu meninggalkan dirinya. Entah mana silapnya Mak Zainab, selama dua puluh tahun menyulam kasih bersama Pak Zafar, Pak Zafar hilang tanpa dapat dijejaki keberadaannya hingga kini. Ada yang mengatakan Pak Zafar melarikan diri ke luar negara kerana mempunyai banyak hutang yang belum dilangsaikan di syarikatnya bekerja. Kerja Pak Zafar sebagai pengurus hartanah di ibu kota menuntutnya selalu berjauhan dengan keluarga.

Oleh itu, apabila Mak Zainab dimaklumkan bahawa Pak Zafar telah melarikan wang syarikat hampir mencecah ribuan ringgit, sungguh dia berasa malu dan terhina. Pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling dan orang kampung seringkali menerobos gegendang telingannya tanpa rela.

Pada sewaktu itu aku dan Amran masih kecil. Kami masih belum memahami apa berlaku pada saat itu. Yang aku ingat, Mak Zainab seringkali datang ke rumahku dan menangis sambil mengadu sesuatu kepada umi. Jikalau aku memahami keadaan Mak Zainab pada ketika itu, pasti aku akan menghapuskan segala kesedihannya dengan menggembirakan hati tuanya.

"Assalamualaikum," ucapan salam diberikan di hadapan daun pintu rumah Mak Zainab yang terpelohong. Pada sewaktu itu tiada kelibat sesiapa yang dilihat olehku pada ketika ini melainkan kelibat Si Tompok kucing peliharaan Amran.

"Meow." Tompok mengiau sambil menggeselkan tubuhnya yang berbulu ke arahku.

"Ish Tompok ni, janganlah ganggu Cik Ara. Cik Ara gelilah dengan awak," bebelku seraya menghalau Tompok dari terus menggeselkan badannya ke kakiku.

Seakan faham dengan permintaanku, Tompok terus berlari menuju ke rumah Wak Man yang terletak bersebelahan dengan rumah Mak Zainab.

Pada waktu itu, keadaan seakan sunyi sepi sahaja. Maklumlah, pada hujung minggu begini pasti ada sahaja kenduri-kendara yang perlu dihadiri oleh orang kampung untuk menyumbangkan bantuan sama ada dalam bentuk wang mahupun tenaga kerja. Begitulah masyarakat komuniti di FELDA. Semangat kemasyarakatan masih dapat dilihat ke hari ni apabila majlis berkampung dan rewang masih lagi digiatkan sehingga kini.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now