SELURUH tubuh seakan dihempap dengan batu besar pada ketika ini. Aku dapat merasakan cairan ubat sudah pun mengalir di setiap pembuluh darah. Telinga disapa suara gemerisik mengalunkan kalamullah tepat di telingaku. Terselit sedu-sedan dalam bacaan tersebut.
Aku cuba membuka mata dengan perlahan-lahan. Meskipun terasa pedih, aku gagahi jua. Akhirnya, putaran kipas siling yang berputar dengan laju terlebih dahulu dilihat.
"Alhamdulillah, anak umi dah sedar."
Suara umi yang terlebih dahulu menyambutku setelah sedar dari lena yang panjang. Kemudian, aku mendengar bunyi derapan tapak kaki diatur keluar dari ruang yang didudukiku. Aku tidak tahu berapa lama aku terbaring di sini. Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku padaku kali terakhir.
"Cik Izara, cik ada terasa sakit di mana-mana?"
Soalan yang terlontar dari seorang lelaki yang kurasakan seorang doktor mematikan hasratku untuk mengingati kembali perkara terakhir yang berlaku. Aku memerhatikan figura lelaki yang memakai kot makmal berwarna putih. Terdapat juga stateskop tergantung di lehernya. Dan mataku kini jatuh pada tag namanya.
Dr. Luqman Hakim.
"Cik Izara Sofea?" panggilnya lagi apabila aku masih belum memberikan jawapan untuk pertanyaannya tadi.
"Saya... saya tak pasti apa yang saya rasa..." luahku tanpa perasaan. Benar, setelah apa yang menimpaku sejak dua menjak ini, segala rasa bergabung dan kini sudah pun tersemat di dalam jiwaku. Rasa takut, gementar, panik dan cemas pernah mengisi ruang dada dan kini membunuhku dalam senyap. Tetapi kini, rasa itu sudah pun digantikan dengan satu perasaan yang lain iaitu trauma.
"Cuba Cik Izara jelaskan satu pesatu apa yang terlintas di fikiran, ataupun kalau sakit tunjukkan sahaja di mana," arah Doktor Luqman Hakim seraya tersenyum ke arahku. Dia masih lagi memujukku.
"Saya sakit di sini," ucapku tanpa perasaan.
Tangan kananku yang sudah pun disalurkan dengan tiub yang menyalur air dan ubat sudah pun dilekapkan tepat pada jantungku. Sakit pada leher tidak sesakit jantungku pada ketika ini kerana bandage sudah pun dipasang pada batang leher untuk menyokong kepalaku.
"Boleh jelaskan macam mana rasanya?" Sekali lagi suara doktor itu menyentuh gegendang telinga.
Aku menarik nafas lambat-lambat. Setiap kali aku menarik nafas, aku berharap agar rasa sakit itu dapat disedut, dan apabila aku menghembus nafas aku seakan mengharapkan rasa itu keluar dari tubuhku. Malangnya, ia bukan mudah.
"Saya... saya rasa saya manusia yang paling malang. Masa saya belajar di New York, saya nak beli makanan sahaja pun , tapi ada juga manusia yang cuba cederakan saya. Dia dakap erat tubuh saya dan tolak saya ke lorong gelap. Kejadian kedua, masa saya masih MC, roomate saya bawakan saya sebakul coklat. Dalam coklat tu ada nota yang berbaur ugutan. Kejadian ketiga, malam pelancaran hasil rekaan terbaru saya, saya menerima sejambak bunga ros, ada sekeping kad diselit dekat situ. Saya ambil, dalam kad tu tertulis..."
YOU ARE READING
Mr. VS Miss Designer (C)
RomanceAIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perfesyenan selama tiga tahun di universiti fesyen yang terkenal di kota New...