45

3.7K 212 6
                                    



DARI tadi aku memasungkan mata ke arah satu figura tubuh yang bertuksedo berwarna krim itu. Tali leher yang berwarna merah garang dipenuhi motif dedaun maple berwarna oren lembut kelihatan padan digayakan bersama warna tuksedo tersebut. Tanpa dia mengetahui, itu merupakan salah satu hasil tanganku.

Ketika dia menyuruhku memilihkan pakaian yang bersesuaian dengannya, aku terus sahaja menyediakan tuksedo itu buatnya. Mujurlah Danial tidak banyak soal.

Dia di situ memberi ucapan dengan penuh gaya dan berkarisma. Muka hanya beriak biasa. Senyum hanya sesekali diukirkan apabila dia menyentuh hal kejayaan syarikat. Meskipun dia jarang tersenyum, nilai karisma meluap-luap di sekelilingnya. Maka, tidak hairanlah dia menjadi tarikan mata-mata para wanita di sini.

Sejak tadi juga, aku perasan sepasang mata dark browm miliknya melinggas ke sana ke mari. Mencari diriku barangkali. Mana tidaknya, sejak permulaan majlis tadi, aku terus sahaja melesapkan diri bersama Bella di bilik persalinan.

"Sudah-sudahlah tu puan, nasib baik Tuan Danial tu sejenis objek yang legap yang tidak boleh ditembusi oleh cahaya, kalau lut sinar atau lut cahaya, comfirm dah tembus dah tu."

Aku tertawa kecil apabila kata-kata tersebut menyentuh cuping telinga. Siapa lagi yang mahu mengusikku jika bukan Bella. Bella kini bukan sahaja PA kepada suamiku, malah telah pun secara rasminya menjadi BFF aku.

"Saya sebenarnya tak senang hati ni Bella..." aduku sambil mata masih melekat kepada wajah sang suami yang masih berdiri dengan gaya penuh karisma di pentas menyampaikan ucapan.

"Tak senang hati sebab apa puan?" soal gadis yang bergaun panjang berwarna peach dan berselendang bermotif bunga ini.

"Tu, nampak sangat perempuan-perempuan dekat sana tu dah terkena virus A.T.S."

"Virus A.T.S?" soal Bella dengan kening yang berkerut.

"Virus Angau Tak Sudah," semburku laju.

"Ada juga ya puan virus macam tu?" Bella sudah pun menghamburkan tawa di sebelahku.

"Ada Bella. Zaman sekarang ni tak mustahil. Suami orang pun boleh dikebas tau," luahku geram.

"Sabarlah puan. Tuan Danial takkan pandang lain punya. Datanglah sejuta gadis cantik macam Neelofa ke, Myra Filzah ke, Izara Sofea tetap nombor satu dalam hati Tuan Danial punya."

Dalam diam aku tersenyum kecil. Ya, mana mungkin Danial menduakan aku. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, hanya aku sahaja yang mampu membuatkan jantungnya tak tentu arah. Aku juga yang mampu membuatkan dia mabuk dalam gelora cintaku. Aku juga yang mampu meredakan gelodak jiwanya andai dia punya masalah.

Setelah penat bercakap, gelas jernih yang berisi air putih yang disediakan sejak tadi di hadapannya sejak tadi dicapai. Penuh cermat dia meneguk air tersebut. Setelah selesai, sapu tangan yang aku selitkan di tuksedonya pagi tadi dicapai lalu dikesat pada birai bibir.

Setelah selesai, Danial menyambung semula ucapannya. Entah mengapa, getar suaranya tidak lagi seperti tadi. Dia kelihatan seperti tidak selesa sahaja. Tangannya dikipaskan juga pada wajah. Mukanya yang memucat sudah pun merah-kemerahan.

Bunyi riuh orang ramai menyapa gegendang telinga. Mata tercari-cari figura suami kesayangan. Keadaan pentas yang sebentar tadi lengang kini sudah pun diserbu oleh beberapa orang tetamu VVIP dan ahli lembaga pengarah The Halina Lee CO. Dan...

Hampir luruh jantungku apabila Danial sudah pun terbaring di atas pentas tersebut. Dengan pantas, langkah diatur segera naik ke atas pentas. Pada ketika itu juga, kelihatan ramai ahli lembaga pengarah dan tetamu VVIP sedang mengerumuni suamiku.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now