KLIK!
Dia sudah pun mengunci pintu bilik. Kemudian, dia kini sedang memandang wajahku yang terkulat-kulat pada waktu ini.
Kini, tiada kata-kata yang terluah dari mulutnya. Hanya renungan matanya sahaja yang kini menjadi perantaraan antara kami.
Melihat dia dalam keadaan sebegitu sudah cukup membuatkan aku kecut perut. Sudahlah kali ini hanya ada kami berdua sahaja.
Setapak dia melangkah, setapak aku ke belakang. Melihat dia tidak bersuara sejak tadi sudah cukup membuatkan jantungku seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.
Pap!
Sudah, tubuhku sudah pun dikepung oleh almari pakaian. Tiada ruang lagi untuk meloloskan diri.
Kini, figuranya sudah pun terpacak tegak di hadapanku. Bau tubuhnya yang maskulin membuatkan jantungku berkocak hebat.
Aku memejamkan mata seerat-eratnya.
"Kau. Kenapa?" soalnya sepatah-sepatah.
"Huh?" soalku.
"Aku nak ambik tuala dalam almari tu nak lap peluh, yang kau kepung almari ni kenapa ya?" soal Danial seraya mengerutkan dahi. Alisnya kelihatan seakan mahu bertaut.
"Oh nak ambil tuala, cakaplah awal-awal."
Almari yang berpintu dua itu aku buka. Beg pakaian Danial yang masih berisi pakaiannya masih belum lagi disusun. Sehelai tuala aku capai lalu pintu almari aku tutup semula.
"Nah," ucapku lalu menghulurkan tuala kepadanya.
Tuala di tanganku masih belum lagi diambil olehnya. Sebaliknya, dia masih lagi statik di situ sambil menyungging senyuman ke arahku. Entah mengapa, senyuman itu mempunyai unsur yang nakal sahaja.
"Awak kenapa?" soalku apabila dia merenungku dengan pandangan sebegitu.
"Kau sebenarnya ingat aku nak buat apa tadi?" soalnya sambil berpeluk tubuh.
"Err... tak ada apa-apa."
"Sure tak ada apa-apa?"
"Yes, sure," ucapku dengan yakin. Tetapi dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa cemasnya aku tadi. Automatik peristiwa di dalam kereta sebentar tadi bergentayangan di ruang fikiran.
"Okey, kau nampak yakin dengan jawapan kau."
Dia kini sudah berdiri terpacak di hadapanku semula.
"Ambil tuala tu lapkan peluh aku." Arahan dijatuhkan.
Apabila mendengar arahan itu, aku sudah pun cemas semacam. Mahu tak mahu, aku mendekatinya dengan tuala di tangan. Dengan jarak sebegini, aroma Georgio Amani dipakainya dapat dihidu olehku.
Dengan pergerakan penuh perlahan dan berhati-hati, aku menjengketkan sedikit kaki untuk mengelapkan tuala pada wajahnya. Disebabkan tinggiku hanya separas dengan dadanya, aku terpaksa berbuat demikian.
Dengan lembut, aku mengelap wajah tampannya. Dari jarak ini, aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Ternyata tiada langsung cela dan jerawat kelihatan pada wajah kacaknya.
Mujurlah dia memejamkan mata saat ini, tidaklah aku berasa tidak selesa dengan panahan mata helangnya.
Disebabkan renik peluh sudah pun mengalir menuruni lehernya, aku sudah pun mengkalihkan tuala perlahan-lahan menuruni batang lehernya. Disebabkan sukar untuk mengelap peluh tersebut, tanganku laju sahaja membuka butang kurtanya yang terkancing kemas itu.
YOU ARE READING
Mr. VS Miss Designer (C)
RomanceAIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perfesyenan selama tiga tahun di universiti fesyen yang terkenal di kota New...