EPILOG

8.3K 300 22
                                    

Cottesloe Beach, Perth, Western Australia.

Cottesloe Beach terletak hanya 15 minit dari pusat bandar. Pantai ini popular kerana keindahan sunsetnya. Bahkan ia popular kepada penduduk tempatan untuk aktiviti wind surfing, berenang dan juga snorkelling. Airnya sangat jernih dan biru. Kualiti airnya sangat bersih. Apabila melihat lautan tersebut, ianya seakan kaca jernih yang terdapat air di bawahnya. Kebiruannya memikat hati setiap orang yang memandangnya.

Sedar tak sedar, kini sudah setahun usia perkahwinan kami. Sehingga hari ini juga, pelbagai cabaran dan rintangan yang telah aku lalui bersama Danial. Nyawa kami juga hampir terkorban dek rasa cemburu dan rasa tidak puas hati pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kakiku sibuk menguis-nguis pasir pantai. Angin laut menyapa lembut wajah. Topi di kepala aku betulkan kedudukannya.  Sungguh, ini merupakan tempat yang sangat bagus untuk bercuti bersama insan yang aku cinta.

Klik!

Tanpa disedari, bunyi DSLR yang menampan telinga menandakan ada manusia yang curi-curi merakam gambarku.

"Abang ni, curi-curi eh tangkap gambar sayang!" Aku pura-pura marah.

Danial masih lagi sibuk memfokuskan pandangan ke arah skrin DSLR tersebut. Tidak terkesan dengan kata-kataku.

Dengan senyap dan perlahan, DSLR Canon di tangannya aku rampas lalu skrin tersebut aku perhatikan.

Automatik aksiku membetulkan topi disebabkan angin tadi terpampang di skrin kamera. Berlatarkan langit yang senja dan matahari yang kian terbenam, ternyata gambar tersebut penuh dengan unsur kesenian.

"Cantik kan gambar tu? Boleh cuci gantung dalam bilik," bisik Danial seraya memeluk erat pinggangku.

"Puji diri sendiri nampak," cebikku.

"Apa sayang cakap tadi?"

Sandal di kaki aku tanggalkan lalu dipegang di tangan. Aku sudah berura-ura untuk melarikan diri daripadanya.

"Hah, nak ke mana tu?"

Apabila melihat Danial mahu menangkapku, aku terus sahaja mengatur langkah seribu. Di persisiran pantai yang sudah bertukar warna kejinggaan, kami berdua saling kejar-mengejar satu sama lain. Kami bergurau senda bagaikan tiada halangan lagi yang akan terjadi.

Apabila sudah penat, langkah dihentikan sambil pandangan ditebarkan pada laut yang terbentang luas. Tawa berderai apabila Danial sudah pun menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Seketika, ciuman bertalu-talu dihadiahkan di seluruh wajah.

Setelah penat, akhirnya aku menjatuhkan duduk di atas pasir pantai. Skirt yang terpalit dengan pasir aku biarkan sahaja. Danial juga turut melabuhkan duduk di sebelahku. Kami berdua duduk menghadap laut menikmati lukisan yang diilhamkan oleh Yang Maha Esa.

"Abang, boleh Ara tanya sesuatu?"

"Apa dia sayang?"

Kepala aku labuhkan pada dada Danial. Bunyi degupan jantung yang sedikit laju menyentuh peluput telinga.

"Boleh Ara tahu apa yang jadi dekat Mak Zainab?"

Danial menyengap seketika. Riak wajahnya juga sudah bertukar mendung.

"Ara nak tahu tak, masa abang tarik mak daripada Ara masa time kebakaran tu, abang rasa sedih sangat sebab terpaksa berkasar dengan Ara. Abang nak Ara selamat masa tu," cerita Danial sambil tanganku digenggam erat olehnya.

"Mak..." Danial tidak menghabiskan cerita. Seketika, aku nampak dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan.

"Mak abang dah berjaya dah bawa dia keluar masa tu. Tetapi Allah lebih sayangkan dia. Selepas je abang berjaya selamatkan dia, dia dah tak ada, sayang. Abang rasa bersalah sangat. Salah abang sebab lambat selamatkan mak, tu emak dah..."

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now