SAMPAI sahaja di hospital, aku dan Danial terus sahaja menerjah kaunter pertanyaan di hospital. Setelah menanyakan di mana wad ICU yang Farrel duduki, aku dan Danial bergegas berkejar ke sana.
Sejak tadi Danial tidak lepas menggenggam erat tanganku. Aku tahu dia mahu aku tenang dan tidak terlalu terkejut.
Sampai sahaja di hadapan wad ICU, Amber yang lengkap berpakaian pakaian khas hospital mendekatiku lalu memelukku erat. Tangisannya terhambur kuat. Aku dapat merasakan air matanya kian mencurah-curah kerana bahuku terasa hangat dengan titis airmatanya.
"Amber sabar sayang," pujukku seraya menggosok lembut belakangnya.
"Abang Farrel, dia kemalangan Ara. Kereta dia terperosok masuk bawah treler simen. Tempurung kepala dia pecah sebahagian. Dia... dia kehilangan banyak darah..."
Airmataku gugur buat kesekian kalinya apabila mendengar kemalangan yang menimpa rakanku itu. Ya Allah, kau kuatkanlah Farrel. Kau berikanlah kesembuhan kepada dia, doa hati kecilku.
Setelah pelukan dileraikan, aku mengesat sisa-sisa air mata di pipi Amber. Birai matanya teruk membengkak kerana terlalu banyak memerah air mata.
"Amber, jangan menangis lagi. Doa banyak-banyak supaya abang cepat sihat. Buat solat hajat," pujukku lembut.
Gadis itu mengangguk tanda faham. Sejurus itu, dia mengambil tanganku lalu dikucup erat.
"Ara, saya minta maaf bagi pihak abang saya. Saya tahu abang saya tak suka awak berkahwin dengan Mr. Danial. Tolong maafkan dia ya. I know him well. Bila dia marah dia memang akan cakap bukan-bukan. But trust me, dia tak ada niat pun nak rosakkan perkahwinan Zara," ucap gadis itu bersungguh-sungguh.
"Dah, saya tak ingat dah kejadian tu Amber. Saya tak simpan hati pun. Dah, jangan menangis lagi."
"Farrel macam mana Amber?"
Umi yang pada sewaktu itu baru sahaja tiba terus sahaja mendapatkan aku, Amber dan Danial. Mak Cik Esah yang merupakan rakan umi yang kulihat tempoh hari di masjlis pertunangan Aisyah turut berada di sini. Seperti biasa, wanita itu kelihatan anggun dan cantik sahaja meskipun umurnya sudah pun berada di peringkat pertengahan.
Tanpa kata, Amber terus sahaja meluru ke dalam pelukan umi. Tangisnya yang sudah reda sedikit tadi kini kembali lagi.
"Abang... abang koma mak cik. Saya... saya takut kalau ada sesuatu yang berlaku pada dia."
Mak Cik Esah sejak tadi memerhati wajah duka gadis berdarah keturunan British itu. Aku perasan airmatanya juga gugur setitis.
"Ayah Amber mana?" soal umi sejurus menyeka airmata pada pipi gadis itu.
"Daddy cakap dia dalam perjalanan. Dia baru je ambil flight ke Malaysia."
Mak Esah yang sejak tadi membisu kini sudah pun mendekati Amber. Wajah duka gadis itu dipegang lalu ditenung dalam-dalam.
"Sayang... what happen to your brother, please calm down. Ingat, Allah tu ada. Ingat DIA sayang. Kalau Amber nangis terus macam ni, ia takkan mengubah keadaan pun. Trust me."
"Are you sure that he will be fine?" soal Amber. Wajah tua itu ditatap dengan riak wajah yang penuh harapan.
"Ya makcik yakin dia kuat. Mama dia bertarung nyawa melahirkan dia, dia pun kena kuat bertarung dengan sakit dia."
Sejurus sahaja mendengar kata-kata harapan itu, lantas tubuh Mak Esah terus dipeluk erat olehnya.
"I'm totally sure he missing our mama badly. Abang such a strong man. Bertahun-tahun dia cari mama dia. Saya... saya kesiankan dia. He was not a happy child. Even mummy ada, rasanya mungkin tak sama macam mama dia sayangkan dia..."
Gadis itu meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini. Aku dapat mengesan getar suaranya. Dari gayanya, aku tahu betapa Farrel penting bagi seorang gadis bernama Taylor Amberly. Meskipun abangnya dilahirkan dari rahim wanita lain, dia tetap menyayangi lelaki itu.
Melihat kesedihan Amber, airmataku juga menitis sekali. Melihat kesungguhan Amber menyayangi Farrel, membuatkan aku teringat kepada Mak Zainab. Meskipun wanita itu bukan ibu kandungku, kasih-sayangnya tidak terhingga dicurahkan buatku. Yang menyedihkan, aku berada di sisinya sewaktu kejadian yang tidak sepatutnya. Sehingga kini, aku seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa aku gagal menyelamatkan Mak Zainab dan Amran dari kejadian kebakaran itu.
Tanpa sedar, airmata sudah pun menuruni pipi dengan senyap. Rasa hiba dan sayu menjeruk hati pada ketika ini.
Aku tersentak apabila jari-jemariku ditaut. Apabila mengkalihkan pandangan ke sebelah, automatik sepasang mata cantik suamiku bertembung dengan bebola mataku. Aku tahu, melalui pandangan itu, dia mahu aku supaya kuat dan tidak menangis.
Aku membalas tautan jemarinya itu dengan erat. Senyum kecil aku hadiahkan buatnya kerana tidak mahu membuat hati lelakinya risau.
"Bila kau nak ceritakan hal sebenar Izara Sofea?"
Soalan yang dilontarkan dalam suara yang separuh berbisik itu menyentuh cuping telinga. Lantas, aku mengkalihkan pandangan tepat ke wajah kacaknya.
"Hal sebenar apa?" soalku.
"You are a bad liar, Izara Sofea. Aku tahu kau menangis bukan disebabkan kejadian yang menimpa Farrel. Mesti sebab hal lain," ucap lelaki itu dengan nada yang tertahan-tahan. Urat merah sudah pun timbul pada wajah pucatnya.
Aku tersenyum kecil apabila telahan suamiku adalah benar. Aku berasa hairan bagaimana dia boleh membaca gelodak yang melanda di dalam sekeping hatiku ini lebih daripada diriku sendiri. Adakah dia mempunyai kuasa psikik yang membolehkan dia membaca fikiran orang lain?
"I just can't tell it now."
"You..."
"I'm sorry, Danial. Saya tak nak tambahkan kesedihan saya. Macam awak, bukan semua perkara kan awak nak kongsikan dengan saya. Kadang-kadang membuka pekung di dada mampu membuat luka lama berdarah kembali. Susah nak diubati kerana kuman akan hinggap di celah rekahan luka lama tersebut. So, let me keep it myself," ucapku penuh emosi.
Pada saat ini, dadaku seakan mahu pecah. Pelbagai rasa menyelinap masuk ke dalam jiwa saat ini. Mengingatkan rahsia yang disimpan oleh suamiku tempoh hari membuatkan aku teremosi sedikit. Oleh itu, kata-kata yang terluah dari mulutku sebentar tadi ada sipi-sipi bersangkut-paut dengan kejadian tersebut.
Sementelah aku mengucapkan kata-kata itu, Danial terus sahaja melangkah menjauhiku tanpa kata. Kelibatnya sudah pun hilang dari pandangan.
Apabila menyedari bayangan lelaki itu sudah tiada, hatiku menangis sepi. Dalam diam, aku terkilan kerana lelaki itu tidak membuka sedikit pun rahsia yang disimpan daripadaku selama ini. Berahsia daripadaku bererti dia tidak mempercayaiku.
Adakah lelaki itu sudah tawar hati denganku?
YOU ARE READING
Mr. VS Miss Designer (C)
RomanceAIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perfesyenan selama tiga tahun di universiti fesyen yang terkenal di kota New...