BUNYI tembakan kedengaran dekat sahaja menyentuh cuping telinga. Rasa pelik membelenggu diri apabila tiada kesakitan yang menjalar di tubuh. Mata dibuka perlahan-lahan. Aku terkejut apabila Danial sudah pun memeluk erat tubuhku.
"Sayang... kenapa berani sangat ni?" soal Danial seraya tersenyum ke arahku. Bibir merahnya juga kelihatan bergetar sewaktu menuturkan kata.
Belum sempat aku membuka mulut, hatiku tersentuh apabila dia menyeka sisa air mata yang telah kering di pipiku. Sejurus itu, dia mendaratkan ciuman di dahiku.
"Can you see it Ara, how much I love you? Abang ada sebab abang yang tersendiri mengapa abang tak ceritakan hal sebenar kepada Ara."
"Abang..." Airmataku sudah pun merembes laju.
"Syhhhh... don't cry sayang. Sayang tahu kan, your tears can stabbed my heart."
Tanganku yang memegang dada Danial aku tarik perlahan. Cecair likat kemerahan sudah pun membasahi tapak tanganku.
"Tutup mata, sayang. Sayang alah dengan darah," pesan Danial lagi.
"Abang, bertahan sekejap ya," pujukku lembut. Wajah Danial aku usap penuh kasih.
Bang
Aku terkejut apabila bunyi tembakan kedengaran buat kali kedua. Mata terbuntang luas apabila menyaksikan tubuh Ayuni sudah pun rebah menyembah lantai. Darah membuak-buak mengalir dari mulutnya kerana peluru sudah pun menembusi perutnya.
"Jangan pandang Izara Sofea, just... just look into my eyes..." Kedua-dua tangannya sudah pun memegang erat wajahku.
"Aku dah cakap, jangan sesekali usik kau tapi dia degil." Hakimi yang berdiri tidak jauh dariku tersenyum sinis sambil tangannya ligat memusingkan pistol.
"Ya Allah, sakitnya..." Aku menjerit kesakitan apabila rasa sakit mencucuk-cucuk bahagian bawahku. Pegangan tanganku pada tubuh Danial aku ketatkan.
"Hakimi, to... tolong call ambulans. Isteri aku sakit ni, dah tiba masanya." Danial merayu kepada lelaki itu supaya menolong aku pada ketika ini.
Dalam hati, aku berdoa agar sedikit sifat kemanusiaan masih menapak di dalam hatinya walaupun selama ini dia berdendam denganku.
Dalam hati, ucapan syukur diangkat ke hadrat Illahi kerana Hakimi sudah pun mengeluarkan telefon dan menelefon ambulans.
"Fea, maafkan aku..." Dengan keadaan separuh sedar, aku dapat mendengar ucapan maaf yang sipi-sipi menyentuh cuping telinga. Wajah Hakimi yang penuh penyesalan kini menyapa ruangan mata.
"Terima kasih sebab sudi tolong aku dan Danial. Dan terima kasih sebab sudi kawan dengan aku dan main dengan aku sewaktu zaman kanak-kanak. Maafkan aku sebab tak dapat tunaikan hasrat kau untuk jadikan aku isteri kau..." Di kesempatan yang ada, aku mengucapkan kata-kataku kepadanya. Jika Allah mengambil nyawaku pada waktu ini, ini juga merupakan pesanan akhirku buat dirinya.
"Selamat tinggal Fea..." Sejurus mengucapkan itu, aku memejamkan mata erat-erat apabila bunyi tembakan melangsi buat kesekian kalinya. Tubuh Danial aku peluk erat. Tanpa membuka mata, aku tahu Hakimi sudah pun menembak dirinya sendiri.
AIRMATA sejak tadi tidak henti-henti mengalir dari pelupuk mata. Cadar katil hospital aku genggam erat. Nafas terasa seakan berada di penghujungnya. Perut sudah pun memulas-mulas. Tekanan di bawah perut mengatasi segalanya. Aku menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan-lahan.
Kepala dikalihkan ke katil sebelah. Figura lelaki itu aku tatap dengan mata yang berkaca. Aku di sini sedang bertarung nyawa dengan melahirkan anak, dia di sebelah pula sedang menahan sakit dek pertumpahan darah yang banyak.
YOU ARE READING
Mr. VS Miss Designer (C)
RomanceAIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perfesyenan selama tiga tahun di universiti fesyen yang terkenal di kota New...