48

3.5K 209 10
                                    





DULANG yang berisi seteko air kopi dan sepiring jemput-jemput aku tatang dengan berhati-hati. Langkah diatur ke arah pangkin yang terletak di belakang rumah umi. Aku terkejut apabila melihat suamiku sedang menjolok buah mangga. Bukan menjolok buah mangga mengundang rasa terkejutku. Tetapi... dengan tubuh yang terdedah tanpa baju, tubuh berotot dan berlekuk dibasahi renik peluh. Tidak mustahil ramai perempuan berusaha melekatkan mata di situ dan menikmati tayangan percuma itu.

Mata diliarkan sekeliling. Mujurlah tiada perempuan yang menghendap suamiku pada ketika ini. Kalau ada, itu memang sengaja mencari penyakit!

"Izara Sofea..." sapa suamiku ceria. Batang kayu yang digunakan untuk menjolok buah mangga sudah pun disandarkan di batang pokok.

"Emm..." sahutku malas. Aku sudah pun melabuhkan punggung di pangkin. Tangan lincah menuangkan air kopi ke dalam cawan. Hatiku sudah pun mendongkol geram kerana dengan selambanya Danial menayang wajah tidak bersalah. Meskipun tubuhnya bukan aurat, tetapi aku tidak suka dia menayangkan tubuhnya sebegitu.

"Ni buah mangga muda Izara nak tu. Abang dapatlah jolok beberapa biji." Beberapa biji mangga muda sudah pun selamat diletakkan ke atas pangkin. Dia juga turut melabuhkan punggung di atas pangkin bersamaku.

Aku hanya diam tidak berkutik. Sebiji jemput-jemput aku ambil lalu dikunyah kasar. Geram ni!

"Izara Sofea... kenapa ni..." Melihat aku yang membisu sejak tadi, Danial sudah pun meraih tanganku lalu dikucup lembut.

"Abang ada buat salah apa kali ni?" soalnya.

"Abang memang suka sakitkan hati saya kan? Ni apa ni? Sengaja nak tayang body dekat orang lain dah kenapa? Kalau ada mak cik bawang ke, anak dara merenyam ke intai abang, abang perasan ke?" soalku bertalu-talu. T-shirt polo berwarna biru gelap yang tersadai di atas pangkin aku capai lalu dicampak ke arah Danial.

Sakit pula hatiku apabila suamiku tersenyum sendirian sambil menyarungkan baju tersebut ke tubuhnya.

"Dah Izara. Insya Allah lepas ni dah tak ada mak cik bawang atau anak dara merenyam pandang lagi," ujar Danial seraya tertawa kecil.

Pap!

Danial mengaduh kesakitan apabila tanganku sudah pun selamat menampar lengannya yang berotot itu.

"Awak ni kan, sengaja kan buat saya marah. Saya cakap betul-betul ni, bukan main-main," marahku.

"Ya Izara... abang tahu," balas Danial. Entah mengapa murah betul dia tersenyum pada hari ini. Malangnya, pada situasi begini senyuman itu tidak dapat mencairkan hatiku. Sudahnya, aku seakan terbakar melihat seulas senyuman diselitkan di celah bibirnya.

"Malaslah nak cakap dengan abang!" Aku terus sahaja menyarung selipar untuk mengatur langkah ke dalam rumah. Airmataku gugur setitis pada ketika ini. Entah mengapa, aku tidak suka Danial menganggap teguranku itu sebagai satu gurauan.

"Izara, tunggulah..." laung Danial di belakang.

Sungguh aku berasa sebal pada ketika ini. Aku hanya meneruskan langkah tanpa memandang ke belakang lagi.



ALAT kawalan jauh di tangan aku tekan kasar. Pada hari ini entah mengapa semua siaran TV tiada satu pun menarik minatku. Hati sudah membengkak pada ketika ini, nampaknya siaran TV juga mahu mencari pasal denganku.

Aku tersentak apabila bunyi berdecap-decip orang mengunyah makanan menyapa cuping telinga. Automatik pandanganku tertoleh ke belakang.

"Astaghfirullahalazim..." Aku beristighfar panjang. Siapa sangka lelaki yang beku dan dingin ini dengan selambanya memakan mangga muda bercicahkan kicap, gula dan cili potong. Lelahan kicap di bibirnya membuatkan wajah kacaknya agak comot dan keanakan.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now