34

3.8K 253 2
                                    




AIRMATA yang sejak tadi menakungi birai mata lantas turun mencurah-curah. Tangan kasar suamiku aku capai dah kucup erat.

"Awak... please jangan terlalu baik dengan saya. Saya... saya takut saya tak boleh hidup tanpa awak. I had fallen in love with you, Danial. Please Danial, kalau ada apa-apa masalah kongsilah dengan saya. Saya sanggup dengar. Jangan simpan sendiri. It will hurt you silently..."

"What are you saying just now Izara Sofea?"

Mendengar soalan itu, automatik tangisanku terhenti. Dengan pandangan mata yang agak kabur kerana diselaputi air mata, aku menatap sepasang mata cantiknya.

"Please jangan terlalu baik dengan saya..."

"No, no. Bukan tu..."

Aku kembali memikirkan kata-kata yang terluah dari mulutku sebentar tadi. Apabila otakku dapat mencerna kembali, sudahnya aku mengetap bibir. Automatik darah merah menyerbu pada wajah.

"Say it again Izara Sofea..." Lelaki itu kulihat sudah pun mengukir senyum yang penuh makna tersirat.

"I had falling in love with you, Danial?"

Sejurus mengucapkan kata itu, lantas bibirnya mendarat pada pipiku. Ciuman pantas dihadiahkan di situ.

"I had falling on you already. Since our first meet," ucap lelaki itu dengan nada yang perlahan dan romantik.

Jantung sudah pun selamat tergolek-golek keluar. Selama ini lelaki ini tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut kepadaku. Hanya dengan tindakannya, aku tahu dia sayangkan aku. Tetapi apabila aku mendengar sendiri ucapan itu, aku terasa sangat dihargai dan disayangi. Ia suatu perasaan yang sukar digambarkan.

Aku tersentak apabila mangkuk bubur di tanganku sudah pun diambil olehnya.

"Open your mouth." Arahan dijatuhkan.

"Huh?" soalku kehairanan.

"No more excuse. Haritu ya aku tak boleh suapkan kau. But today, I'm your husband right? Bukan setakat suapkan bubur, lebih dari tu pun aku boleh buat."

Mahu tak mahu, aku menadah sahaja mulut untuk disuap olehnya. Aku pura-pura tidak mengerti apakah makna tersirat yang mahu disampaikan olehnya.

Aku terharu apabila sudu yang telah masuk ke dalam mulutku diguna juga olehnya. Setelah menyuapkan aku, dia juga turut berkongsi bubur itu bersamaku. Hatiku berasa berbunga dan hangat.

"I think they put some sugar in this porridge." Danial bersuara setelah mangkuk bubur tersebut sudah licin dihabiskan oleh kami berdua.

"Why?" soalku polos. Pelik juga apabila lidahku tidak dapat mengesan rasa manis apabila makan bubur tersebut.

"Because, while eating this porridge, it feel like I kissing you. Kita berkongsi sudu yang sama kan?" soal Danial sambil menayangkan sudu besi yang digunakan olehnya tadi untuk menyuapku dan dirinya.

"Shall we use the same spoon at home? I want to kiss you forever..." Sejurus menuturkan ayat berani mati itu, aku terus sahaja memandang ke tempat lain. Sukar untuk mengawal rasa malu yang menebal pada saat ini.

"Budak kecik..."

"Emm..."

Selepas menyahut panggilannya itu, rasa terkejut menghentak dada apabila dia sudah pun merapatkan wajahku ke wajahnya.

"It was not a true way to kiss. It should be like this..."

Belum sempat membalas katanya, dia sudah pun memagut bibirku dengan erat. Jantung tidak usah dipersoalkan, sudah tergolek-golek keluar.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now