56

6K 240 0
                                    



AMRAN DANISH BIN AIMAN DANIAL.

Itulah nama putera kami. Nama tersebut diambil bersempena nama panggilan Danial semasa kecil. Ternyata aku lupa satu perkara. Nama Amran tersebut bukanlah nama yang didaftarkan di dalam sijil kelahiran suamiku. Nama Amran wujud apabila sewaktu kecil nama Aiman Danial itu tidak sesuai dengan dirinya. Mengikut kepercayaan orang Melayu, nama tersebut agak berat dan agak panjang. Pada waktu kecil, Danial juga selalu sakit kerana pembawakan namanya.

Kini, aku berada di rumah umi. Di sini, makan minumku bukan sahaja dijaga oleh umi, malah ibu mentuaku juga. Aku berasa terharu apabila dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh dua wanita yang aku sayangi itu.

Jenazah Ayuni dan Hakimi telah pun dikebumikan di kampungku. Atas permintaan aku dan Danial, pihak polis telah pun merahsiakan punca kematian mereka berdua dari orang kampung. Aku tidak mahu aib mereka berdua dibahas dan dijaja dari mulut ke mulut.

"Sayang, masa untuk makan."

Aku tersenyum memerhatikan gelagat Danial yang kelihatan ceria itu. Ditambah lagi dengan apron berwarna pink yang tersarung di tubuhnya. Kata umi, sejak aku melahirkan Danish, Danial rajin masuk ke dapur membantu apa yang patut.

"Sekejap, sayang baru lepas mandi tadi kan. Mari abang sapukan ubat." Danial sudah pun mengambil sebotol ubat kuning di atas meja sisi katil. Kapas diambi lalu ubat tersebut dituang perlahan-lahan di atas kapas.

"Abang, sayang boleh buat sendiri," tegahku.

"Nope, abang nak buatkan juga untuk sayang."

Akhirnya, aku membiarkan saja Danial melonggarkan ikatan kain batik yang dipakaiku. Sejurus itu, kapas yang telah pun dituangkan ubat ditekap perlahan-lahan pada bahagian bawahku yang dijahit. Aku cuba mengetap bibir menahan rasa pedih yang menjalar.

Setelah selesai meletakkan ubat, dengan gerakan penuh perlahan Danial mengetatkan pula bengkung pada perutku. Sejurus itu, stoking kaki disarung pada kedua belah kaki.

"Okey dah siap!"

Selepas itu, aku memerhatikan pinggan yang berisi nasi dan beberapa ulas bawang putih bakar dan beberapa potongan kecil ikan masin. Makanan rutin bagi orang berpantang.

Dia sudah pun menggaulkan nasi dengan lauk tersebut menggunakan sudu. Kemudian, sudu tersebut disua ke mulutku.

Dengan hati yang berbunga hangat, aku membuka mulut lalu makanan tersebut disorong masuk ke dalam mulut.

"Abang dah makan ke?" soalku.

"Belum, sekejap lagi abang makanlah."

Mulut sudah pun memuncung,

"Kalau abang tak makan, sayang tak nak lah makan," rajukku.

Dari ekor mata, aku perasan sekali lagi Danial berkongsi makanan denganku. Dengan hati yang separa rela, akhirnya makanan tersebut sudah pun memasuki mulutnya.

"Sedap tak?" soalku.

"Sedap sangat, sayang," ucap Danial seraya tersenyum. Tawaku hampir sahaja meletus melihat wajahnya berkerut menelan makanan tersebut.

"Abang... sayang gurau je. Tak apa, lepas abang suapkan sayang, abang makan ya." Aku bersuara lembut.

Seketika, pandangan aku dan Danial bersatu. Pada saat ini, tiada apa yang boleh menghalang rasa cintaku kepadanya. Sungguh, lelaki ini amat aku cintai. Selagi redha Allah masih bersama perkahwinan kami, selagi itu aku akan menjadi isteri yang terbaik buatnya.



HARI ini merupakan majlis pelancaran koleksi pakaian bayi di The Halina Lee CO. Acara ini julung-julung kali diadakan. Jika sebelum ini, The Halina Lee CO hanya mengeluarkan baju untuk golongan dewasa sahaja. Tetapi sejak kelahiran Danish, ibu mentuaku telah pun mencetuskan idea baharu untuk menghasilkan rekaan pakaian bayi.

Tuksedo yang diperbuat daripada fabrik cotton seratus peratus tersebut aku usap lembut. Comel sungguh rekaan ini. Disebabkan bayi mudah terkena ruam akibat cuaca panas, fabrik cotton telah pun dipilih.

Sejurus itu, mata dikalihkan ke arah kemeja lengan pendek yang disertakan sekali vest. Tali leher juga dijahit sekali bersama kemeja tersebut.

Danish Junior.

Itulah nama koleksi pakaian bayi tersebut.

Danish yang berada di dalam dukunganku mula merengek halus. Aduhai, pasti dia mahu menyusu pada ketika ini. Oleh itu, langkah diatur naik ke pejabat suamiku. Di situ, agak terlindung sikit dan sedikit nyaman.





DANISH sudah pun sendawa kekenyangan apabila aku menepuk lembut belakang tubuhnya. Sejurus itu, elok sahaja dia lena dalam rangkulanku. Rambut lebatnya aku usap lembut. Keningnya juga agak lebat dan bulu matanya agak panjang dan lentik. Bebola matanya ternyata mewarisi gen suamiku iaitu berwarna dark brown.

"Dekat sini rupanya, sayang."

Figura yang kemas bertuksedo itu sudah pun tersembul di muka pintu. Langkah diatur mendekati aku dan Danish di sofa. Sejurus itu, ciuman didaratkan di pipi Danish.

"Abang ni, kacau je Danish nak tidur," bisikku apabila Danish mengeliat kecil kerana tidurnya diganggu oleh papanya.

"Ganggu sikit je," ujar Danial seraya tersenyum kecil.

Sofa yang sedikit tenggelam menandakan bahawa Danial sudah pun mengambil tempat di sebelahku. Aku menjeling tajam apabila selamba sahaja dia mencium pipiku.

"Apa? Tak salah kan? Abang rindukan sayang..." Danial masih menayang riak bersahaja.

"Parah ni. Danish pun tak rindukan Ara teruk macam tu."

Danial sudah pun tersenyum kecil apabila mendengar kata-kata yang meluncur dari bibirku.

"Sayang, sayang tahu tak hari ni hari yang omma tunggu selama ni?"

"Kenapa abang? Ada apa-apa yang terjadi ke?"

Suamiku menggali nafas dalam-dalam.

"Daler dah balik. Omma gembira sangat bila anak kandung dia dah balik," luah Danial. Nadanya seakan kedengaran jauh sahaja.

Tangan Danial aku raih lalu diusap lembut.

"Omma sayangkan abang dan Daler sama sahaja. Tak lebih tak kurang," pujukku.

"Kadang-kadang kan, abang sedih bila kenangkan diri abang. Ada mak, Allah dah ambil. Ada ayah, entah hilang ke mana."

"Abang... Allah ambil mak sebab Allah sayangkan mak. Lagipun, Ara kan ada di sisi abang. Walau apa pun terjadi, Ara akan tetap bersama abang. Kecuali kalau Allah sayangkan Ara. Kalau tiba masanya nanti, abang jangan salahkan takdir. Terima semua ketentuan Illahi dengan lapang dada," ucapku lembut.

"Ara, terima kasih sebab lahirkan Danish untuk abang." Ucapan dari Danial lembut menerpa cuping telinga.

"Sama-sama, abang."

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now