12

3.9K 241 4
                                    

SUSUNAN pinggan mangkuk berwarna putih yang bermotifkan bunga-bunga kecil aku perhatikan dengan penuh minat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUSUNAN pinggan mangkuk berwarna putih yang bermotifkan bunga-bunga kecil aku perhatikan dengan penuh minat. Meskipun dekorasi rumah lelaki ini serba mewah, aku seakan tidak percaya apabila kami sedang makan di bawah.

Ya, di lantai beralaskan tikar mengkuang. Lantainya aku yakin pasti bukan ratusan ringgit kerana pada mulanya aku teragak-agak untuk meletakkan kaki di situ. Kilauan marmar yang jernih itu seakan cermin yang mempunyai aliran air yang membiru di bawahnya. Aku pasti aku sedang bermimpi. Jika perkara ini aku ceritakan kepada orang lain, pasti ramai yang mempercayai aku sekadar mereka cerita.

"Kenapa tak makan? Tak sedap ke? Kalau tak sedap aku akan suruh Mak Teh masakkan makanan lain." Lelaki itu mula berura-ura untuk ke dapur.

"Eh, jangan. Saya nak makan lah ni," ucapku seraya memandang bebola mata coklat kehitamannya. Mentang-mentanglah dia tuan besar, suka hati dia sahaja hendak menyuruh Mak Teh yang sudah berusia itu bersusah payah memasak lauk yang lain.

Dia kembali melabuhkan duduk semula. Dengan tenang, dia mula menyuap makanan ke dalam mulut.

Meskipun kami kini di bumi asing, aku terasa seakan dekat sahaja dengan tanah air yang tercinta. Lauk gulai pisang yang dicampur dengan ikan masin, sambal belacan, ulam-ulaman dan tidak lupa juga ayam goreng kunyit yang dimasak oleh orang gaji lelaki itu sedikit sebanyak telah pun mengubat kerinduan aku terhadap kampung halaman.

Apa agaknya khabar umi. Sudah seminggu aku tidak menelefon dirinya. Disebabkan sejak akhir-akhir ini pelbagai kejadian pelik terjadi kepada diriku, aku tidak menelefon umi seperti selalu. Aku risau jika kejadian ini akan merebak kepada ahli keluargaku yang lain.

Nasi putih yang terhidang aku kuis sedikit demi sedikit. Aku mula menyuap nasi ke mulut. Aku lupa bahawa aku belum mencedok lauk ke nasi. Kerongkongku terasa perit apabila kepalan nasi tersebut mula menuruni tekak.

Aku tersentak apabila lelaki itu mula mencedokkan lauk gulai tersebut ke pingganku. Aku mengetap bibir. Akhirnya aku tertangkap jua. Asyik mengelamun sehingga boleh memakan nasi putih tanpa lauk.

"Fikirlah lagi Izara Sofea, manatahu lepasni masalah yang berselirat di fikiran kau tu boleh selesai serta-merta."

Nadanya kedengaran sinis dan sarkastik. Dari ekor mata, mata jelas menangkap bibirnya menyungging senyuman sinis. Hatiku seakan tersiat dengan senyuman itu. Ya, dia memerli.

"Macamana kalau tak fikir banyak kalau saya rasa harini hari terakhir saya hidup." Seusai menitip kata, aku tergelak halus. Gelak yang kedengaran sangat sumbang. Gelak tawa yang dibaluti dengan perasaan kekesalan dan kekecewaan.

"Then, you have survive for your life. Don't let the killer get your soul. Try find a good place to play hide and seek." Sungguh angkuh suara maskulin itu menyapa cuping telinga. Dia bercakap soal nyawa seakan bercakap mengenai permainan.

Tangkai hatiku seakan direntap. Gigi diketap rapat.

"Pardon. Kita becakap soal nyawa ye sekarang ye Tuan Danial. You know that, it's about my life. My life. Nyawa seorang manusia, bukan nyawa ikan!"

"Indeed. Ya kita sekarang bercakap mengenai nyawa manusia, aku tahu bukan nyawa ikan atau binatang lain."

"So, kenapa bila saya soal pasal nyawa awak perlekehkannya?" Suaraku mula mengendur. Apabila mengenangkan gaya percakapannya seakan menganggap kematian itu sebagai satu bahan gurauan, hati aku terasa sangat pedih.

Pedih tahap infiniti!

Disebabkan kami asyik bertekak, aku tidak sedar bahawa dia sudah pun menghabiskan makanan tengah harinya. Napkin yang berada di sisinya diambil lalu dikesat penuh cermat. Pinggan yang sudah licin ditolak ke hadapan.

"Agaknya kau lupa budak kecik, patutnya kau perlu yakin kepada Sang Pencipta bahawa segala aturan hidup kita di tangan DIA, bukan di tangan manusia yang durjana tu!" Nada suaranya sudah naik seoktaf. Dari hujung mata aku perasan bahawa urat merah sudah pun timbul pada wajahnya yang memucat itu.

Butiran patah-patah perkataan yang meluncur dari ulas bibirnya seakan sudah selamat menampar wajahku pada ketika ini. Aku tertampar dengan kata-katanya. Pijar seluruh wajah!

Ya, aku lupa. Aku lupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah di bawah penguasaan Yang Maha Esa. Ya Tuhan, ampunilah aku.

"And about nyawa... "

Bicaranya diberhentikan seketika. Aku perasan dia mula menarik senyum sinis. Amat kelat senyumannya. Senyuman yang sangat plastik. Penuh kepura-puraan.

"I'm sorry if you think aku tak ada hati perut sebab menganggap nyawa itu sebagai satu permainan."

Kini, sepasang anak matanya dipanahkan tepat ke dalam iris mataku. Aku memandang panahan matanya dengan wajah yang terkulat-kulat.

"Death is not the greatest loss in life. The greatest loss is what dies inside us while we live. Kau tahu Izara, kadangkala aku fikir kenapalah aku hidup."

Tangan kanan lelaki itu yang pada mulanya terletak di sisi dialihkan perlahan-lahan lalu diletakkan tepat pada dadanya.

"There are two types of pains, one it hurt you and the other it change you."

Aku terpempam. Adakah aku seperti lelaki itu? Alangkah pedihnya hidup jika hidup kita penuh kekosongan. Tiada warna-warna kegembiraan yang terisi.

"Tolong Izara, jangan biarkan perkara tu mengubah hidup kau. Sakit masih boleh ditanggung dan dirawat, tapi kalau berubah, ia tidak sama macam dulu lagi. I'm beggingfor you, kau baliklah Malaysia. Jangan tunjukkan muka lagi dekat sini. Kau dalam bahaya. Dia boleh aim kau bila-bila masa sahaja. kalau kau nak duit, cakap je berapa, aku boleh transfer ke akaun kau, or kalau nak cepat, I can give you cheque."

Rahang aku sudah terlurut jatuh. Dia... dia baru sahaja menghalau aku kan?

"Tuan Danial, saya rasa awak dah melampau. Ya melampau. Apa hak awak untuk menghalau saya balik Malaysia. Siapa awak? Kita kenal pun secara kebetulan, itu pun dalam keadaan darurat. Disebabkan awak dah selamatkan saya, awak fikir awak boleh aturkan hidup saya sesuka hati awak?!"

Aku sudah tidak dapat membendung kemarahan. Meskipun aku ini tidak berkuasa dan tidak sekaya dirinya, dia tiada hak untuk aturkan hidup aku. Ya, langsung tiada hak.

Aku tergemap apabila dia kini sudah pun berdiri setentang denganku. Sepasang mata beningnya aku tentang dengan penuh berani.

"Izara, in this case aku bukan halau kau. Aku cuma tak nak kau jadi mangsa keadaan. Kau tak kenal siapa aku sebenarnya. One day, I'll tell you every single thing about me. Sini amat bahaya Izara, don't harm yourself. Kalau kau tak fikirkan diri kau, kau fikirkanlah orang tua kau kat Malaysia tu," ucapnya dengan nada yang mendatar. Kedengaran seakan memujuk. Dia seakan tahu bahawa dengan menyebut nama kedua orang tuaku merupakan titik kelemahan diri aku.

Allah, aku buntu. Bantulah aku Ya Allah.

Nafas berat ditarik lalu dihembus.

"Baik, I will follow your order. Tapi apa yang saya nak cakap bila umi tanya kenapa saya balik sana tiba-tiba?"

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now