27

3.4K 233 17
                                    


"NAK sikit tak Ara?"

Huluran sepangsa durian daripada tangan Ayuni aku tolak lembut. Bukan apa, sebelum mereka ke sini akulah orang pertama yang meratah durian-durian yang ditanam di belakang rumah umi ini. Memang rezekiku agaknya, balik sahaja kali ini musim buah pula membuka tirai.

"Ayuni, kalau Ara tak nak, bagi saya sajalah."

Pangsa durian bertukar tangan. Amber mengambil pangsa durian tersebut dengan penuh berhati-hati. Maklumlah, baru pertama kali makan durian terus dari kulit.

"Sedapnya durian ni. Lain betul yang selalu saya beli dekat supermarket kat New York tu," terang Amber sambil tangannya laju menyuap durian ke dalam mulut. Hilang keayuannya sebagai wanita.

Hari ini Amber baru sahaja belajar memakai kain batik daripada umi. Pada mulanya, aku dan Ayuni tergelak apabila melihat kain yang dipakainya tidak terurus. Kelihatan beranak-anak kainnya. Mana taknya, ada patut dia menyelitkan baju yang dipakainya ke dalam kain batik.

"Memanglah durian ni lagi sedap dari durian kat New York tu Amber. Ni durian fresh punya, tak ada pengawet. Lagipun memang Malaysia terkenal dengan durian," terangku seraya memandang wajahnya yang penuh keterujaan itu. Berpeluh-peluh wajahnya yang putih kemerah-merahan itu. Mungkin disebabkan perubahan cuaca.

"Makan banyak-banyak Amber, balik New York nanti dah tak dapat rasa dah."

Umi sudah pun menghampiri pangkin yang diduduki oleh kami bertiga sambil menatang talam yang berisi satu jag air kopi O pekat dan beberapa biji cawan.

"Nanti kalau sakit perut nanti Amber tu macamana umi?" soalku sambil sepasang mataku masih lagi melekat pada wajah Amber.

"Apa susah, minumlah air dari pangsa durian tu, lekas sejuk."

Umi pun sudah membuka cerita bagaimana untuk menghilangkan angin dalam badan jika termakan banyak durian. Aku sudah sedia maklum mengenai petua tersebut. Selepas itu, aku meminta diri untuk berjalan-jalan di dusun yang terletak di belakang rumah umi.




ANAK mata dilinggaskan ke arah kawasan tapak rumah lama yang terletak tidak jauh dari belakang rumah umi. Entah mengapa, rasa ingin menghampiri kawasan tapak rumah itu menggaru hati. Sedar tak sedar, aku sudah pun berada di kawasan itu.

Nampaknya, kawasan ini dibiarkan sahaja. Tapak rumah masih ada lagi di sini meskipun sudah lapan tahun peristiwa menyayat hati itu berlaku.

Seketika, aku memejamkan mata. Automatik peristiwa itu mula bergentayangan di ruang mata. Lututku sudah pun lembik semacam. Entah mengapa, airmata sudah pun mencucuri membasahi pipi. Kakiku sudah pun lembik. Kepalaku sudah pun merasa melayang-layang.

Apabila terasa hendak jatuh, aku dapat berasakan ada satu tangan yang memegang erat lenganku. Apabila membuka mata, automatik wajah Farrel menjamah pandangan mata.

"Ara, awak okey ke?" soal Farrel dengan riak wajah yang kerisauan.

"Saya okey, Farrel," ucapku dengan nada yang serak.

"Awak nak pengsan tadi, jom saya bawa awak duduk dekat situ."

Belum sempat aku membuka mulut, Farrel sudah pun menarik lenganku yang berlapik baju menuju ke satu batang pokok besar yang sudah tumbang. Mahu tak mahu, aku melabuhkan duduk di situ memandangkan kepalaku sudah berasa pening semacam.

"Dah lama ke mereka biarkan tapak rumah ni kosong?" soal Farrel sambil matanya masih lagi melekat pada tapak lama rumah tersebut.

"Dah, almost eight years."

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now