"WHY me? Why me huh? Apa dosa saya terhadap mereka Danial?" soalku lirih. Suaraku tersekat-sekat kerana terlalu banyak menangis.
"Aku tak tahu Zara. I'm really surprise about this situation too."
Tangisanku mati tiba-tiba. Perlahan-lahan aku mengalihkan wajah dari lutut. Wajah tenang lelaki itu aku tatap penuh berani. Segala amarah sudah berkumpul pada saat ini.
"Kau...kau siapa sebenarnya hah? Aku rasa... aku rasa kau punca kejadian ni berlaku. Kau kan Danial? Sejak aku jumpa kau, macam-macam jadi dekat aku. Kau siapa sebenarnya hah?!" soalku lantang. Mataku masih lagi melekat pada wajah pucatnya.
"Izara..." Terpancar riak kesal pada wajahnya. Dia mula mendekatiku.
"Stop, please stop at there, don't ever touch me," larangku keras. Mataku melilau ke sekeliling. Rasa takut memuncak pada ketika ini.
"Aku... aku bukan macam yang kau sangka Izara Sofea. I'm not a type of human that you think," ucapnya dengan nada yang mendatar.
"So, tell me who you are?" jerkahku.
Dia mula duduk semula di kerusi di sisi katilku. Dari ekor mata, aku perasan dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kuat. Sepasang mata coklatnya kini dipusatkan mata wajahku.
"Aku anak lelaki Datin Halina Lee. CEO. Sebuah syarikat perfesyenan bertaraf international di dunia. Do you know Datin Halina Lee? Mak aku salah satu lembaga pengarah bagi universiti kau. Aku pewaris tunggal. Aku juga pemegang saham terbesar dekat The Halina Lee CO. Ibu pejabat utamanya di Korea, tapi cawangan butik kami terletak merata-rata di seluruh dunia include Malaysia. And, ini memang tempat aku. Malaysia tempat lahir aku. Mama berkahwin dengan papa aku yang merupakan Malaysian. So tak salah kan aku datang sini?" tanyanya selepas memberi penerangan panjang lebar kepadaku.
Aku terpelongo. Yang selamatkan aku selama ni, yang berikan aku surat cuti untuk balik Malaysia, yang telah terjebak dengan masalah aku sekarang ni... anak Datin Halina Lee? Aku rasa seperti mahu mati sekarang juga.
"Err... errr... kenapa baru sekarang awak jelaskan semua ni?" soalku dengan nada yang terketar-ketar.
"Sebab aku tak suka ceritakan siapa aku sebenarnya. Pangkat, harta kekayaan, itu semua dunia. Aku suka kau kenal aku sebagai Danial, not Tuan Besar Danial, CEO or anything else," ucapnya senada.
"But, sebagai seorang student dekat universiti tu, saya wajib kena tahu siapa awak Danial. Datin Halina Lee bukan calang-calang orang. Beliau dah banyak bantu universiti saya tu. And the huge problem is... awak. Awak dah terlibat dengan masalah saya. Bukan kecil masalahnya, masalah yang melibatkan keselamatan diri awak," luahku.
Otakku seakan kosong pada ketika ini. Rasa takut, terkejut dan sakit menghentak diri pada ketika ini. Tapi aku tahankan jua kerana perhitungan antara aku dan lelaki ini masih belum selesai.
"Persetankan semua tu! Masalah ni takkan melibatkan kredibiliti aku. Sekarang di depan kau ni, Danial. Seorang lelaki biasa. Tetapkan fikiran kau macam tu dan aku akan rahsiakan identiti aku dekat sini. Please don't tell anyone who are me."
Aku masih lagi menatap wajah kosongnya. Alangkah mudahnya lelaki itu berkata-kata. Dia belum mengenal aku sepenuhnya tapi sudah membuat keputusan drastik sebegini.
"But, awak tak kenal siapa saya Danial. Kenapa awak buat keputusan macam ni?" soalku lirih. Airmata yang menuruni aliran pipi aku seka cepat. Wajahnya aku pandang dengan hati yang serba-salah. Hati aku terasa pedih seakan dicucuk oleh duri-duri tajam. Aku bukan orang ternama sepertinya, bahkan bukan golongan kerabat diraja, mengapa... mengapa dia menyusahkan diri dengan kehidupanku?
Dia menatap sepasang mataku yang sembap dalam-dalam. Aku tidak dapat menafsir apa maksud renungannya itu. tetapi renungan itu kelihatan lunak dan menawan. Pandangan yang dilemparkan olehnya tidak sinis seperti kebiasannya. Dan aku seakan disedut masuk ke dalam renungannya itu.
"Sebab, wajah kau yang sedih, kisah kau yang sedih, airmata kau yang mengalir, wajah kau yang polos seakan menarik aku untuk melindungi kau setiap masa. Everytime, every minute, every moment. I want to be your saviour, Izara Sofea. Tolong... tolong izinkan aku," ucapnya dengan nada yang mendatar. Matanya masih tidak lepas merenung ke dalam mataku.
Aku terpana dengan kata-kata yang meluncur dari ulas bibirnya. Segugus debaran mengulit hatiku pada ketika ini. "Tapi... kita tak boleh Danial. It impossible..." ucapku tanpa sedikit pun memandang ke arahnya.
"Why?" soalnya laju.
Aku menggigit bibir. Takkan dia lupa. Lupa kah dia?
"Kalau pasal pangkat aku atau taraf just forget it," ucapnya dengan nada yang berbalut ketegasan.
"Nope, but..."
"Apa Izara?" soalnya laju.
Mata dipejam rapat. Aku cuba mengumpul kekuatan yang bersisa. Mata dibuka semula. Wajahnya menyapa ruang mata. Dia masih lagi duduk di situ untuk menanti jawapanku.
"I'm a woman, you're a man. Kita dah dewasa, bukan budak-budak lagi. Can you see it Aiman Danial? Pada usia ni, kita bukan sedang bermain mainan pondok-pondok atau kahwin-kahwin yang boleh mengatakan kita boleh setia dan jaga antara satu sama lain. We are adult," terangku kepadanya.
"So?" soalnya tanpa riak.
"Awak cakap awak nak jadi penyelamat saya, nak lindungi saya. Okey, saya setuju takkan ambil kisah siapa awak. But, awak lupa ke? Saya dan awak bukan mahram. Kita tak ada ikatan pun. Haram jadinya Danial. Niat takkan menghalalkan cara, remember it!" ucapku beremosi.
Takkan dia tidak tahu mengenai halal dan haram. Takkan disebabkan duduk di persekitaran negara bukan Islam membuatkan dia lupa agama. Ya Allah, minta dijauhkan.
Dia menatap wajahku lagi. kemudian, bibirnya menguntum senyum kecil. "Pasal tu, aku dah jelas Izara Sofea. Aku faham apa yang kau cuba sampaikan."
"Then, why you pretending like an idiot?!" soalku kasar. Kesabaranku semakin menipis.
Dia yang padanya duduk di kerusi sudah pun berdiri tegak di hadapanku. Tangan dimasukkan ke poket seluar yang dipakainya. Dia menguntum senyum sinis seraya menapak keluar dari bilik yang didudukiku.
"Eh, awak faham tak saya cakap apa ni Danial?" soalku lantang apabila dia masih lagi menonong mengatur langkah.
Dia mematikan langkah. Kedudukannya membelakangkan aku.
Satu saat, dua saat, tiga saat.
Dia masih lagi statik di situ.
"Rehatlah Izara Sofea. You are too much tired. Maafkan aku sebab ganggu kau time kau macam ni. Aku ego kan Izara?" soalnya dengan nada yang perlahan. Dia seakan bercakap dengan dirinya sendiri. Bahunya kian mengendur. Lambat-lambat dia mengatur langkah dan dia hilang di sebalik pintu bilik.
Aku hilang kata melihat reaksinya. Aku masih diserang tanda tanya. Marahkah dia kepadaku?
Sebaik sahaja dia hilang dari pandangan, rasa lega perlahan-lahan memasuki jiwaku. Ya, aku tenang apabila mengetahui siapa dirinya. Memang ia kejutan yang agak besar, tetapi sekurang-kurangnya aku sudah tahu siapa dirinya.
Selimut aku tarik kembali ke paras dada. Kepala kembali dilabuhkan pada bantal. Pada saat itu, aku mahu lupakan masalahku sementara. Selepas sihat nanti, akan kufikirkan kembali cara untuk menyelesaikan kemelut ini.
Lelaki itu... dia sungguh pelik. Sanggup berkorban untukku. Mengapakah dia melakukan itu?
Persoalan itu berlegar di fikiran sehingga aku terlelap melupakan dunia buat sementara.
YOU ARE READING
Mr. VS Miss Designer (C)
RomanceAIMAN DANIAL | IZARA SOFEA Status : Completed ✅ Izara Sofea. Seorang gadis yang merupakan anak jati FELDA telah pun ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perfesyenan selama tiga tahun di universiti fesyen yang terkenal di kota New...