16

3.3K 219 5
                                    

"OKEY kita dah sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"OKEY kita dah sampai."

Kami sama-sama memboloskan diri dari perut kereta. Aku menghadiahkan senyuman segaris apabila ada penduduk kampung di sini yang tersenyum ke arahku.

Aku tersentak apabila menyedari bahawa Hakimi sudah pun berjalan di sebelahku. Patutlah, ramai orang memandangku dengan senyuman yang tersirat. Rupanya, malaun ni berjalan beriringan denganku.

"Assalamualaikum Abang Ijol, sihat ke?" sapaku apabila tiba sahaja di hadapan kaunter kedai tersebut. Mataku berpusat di seluruh kedai yang sudah diubah suai ini.

"Waalaikumusalam Zara, Ya Allah dah lama kamu tak datang kedai abang kan?" soal Abang Ijol yang merupakan pemilik kedai burger leleh ini.

Dalam diam, aku memuji kejayaannya. Kalau dahulu, dia hanya membuka sebuah warung kecil untuk berniaga burger leleh, tapi sekarang sudah pun dijadikan kedai yang lebih besar.

"Maklumlah bang, orang dah sibuk belajar."

"Owh, abang ingatkan sibuk menguruskan rumah tangga," seloroh Abang Ijol seraya mengenyitkan mata kepada Hakimi di sebelahku. Aduhai, memang parahlah bila berjalan dengan lelaki ni, keluhku dalam hati.

"Insya Allah abang, tak lama lagi, doakan kami ye."

Aku seakan mahu pengsan pada ketika ini. Dengan pantas, aku menjeling tajam pada Hakimi, tetapi lelaki itu berpura-pura tidak nampak akan ketidakpuasan hatiku.

"Baguslah, nanti makan nasi minyak jangan lupa jemput." Abang Ijol sudah pun tersenyum-senyum ke arahku.

"Abang sebenarnya..."

"Abang, saya nak order burger arnab double extra cheese ye. Nak dua," potong Hakimi.

"Okey baik." Abang Ijol terus sahaja masuk ke dalam untuk menghantar pesanan.

"Abang ni dah kenapa?" soalku dengan nada yang tertahan-tahan.

"Tak ada apa. Kenapa dengan abang?" soal Hakimi dengan muka yang tidak bersalah.

"Kenapa ye abang putuskan keputusan untuk Ara sesuka hati abang?"

"Putuskan apanya... dah memang betul kan kita akan disatukan tak lama lagi?" Hakimi sudah pun berjalan ke arah deretan kerusi dan meja yang kosong. Punggung dilabuhkan di salah satu kerusi yang berada di situ.

"Siapa cakap hah?Who says? Kalau betul pun ada rancangan nak satukan kita, kenapa tiba-tiba? Ada ke tanya minta persetujuan Ara?" soalku dengan nada yang bergetar. Rasa marah, geram, meluat menghimpit jiwa pada saat ini. Tanpa sedar, penumbuk sudah pun dikepal.

"Kalau abang minta izin Fea pun, abang tak rasa jawapannya adalah ya, so abang terpaksa buat keputusan macam ni," ujarnya tanpa memandang wajahku. Sebaliknya, dia mencapai telefon pintar kepunyaannya dan mula menggesek-gesek skrin tersebut.

"Dan abang rasa dengan buat keputusan macam ni akan menggubah keputusan Ara kepada ya? Huh, Ara bukan jenis perempuan lemah dan tunduk sahaja kepada apa sahaja keputusan," ucapku dengan angkuh. Mataku dicerun tajam ke wajahnya.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now