19

3.4K 202 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ARA, makan nak."

Buka sahaja mata, aku terus sahaja memeluk tubuh umi. "Umi, Ara rindu umi," ucapku perlahan. Airmata yang bertakung sejak tadi mula menitis mambasahi baju umi.

"Umi pun rindu kamu nak. Kamu... kamu berani sangat Ara. Umi dah cakap dah sejak dulu jangan... jangan lalu jalan kebun tu, kamu ni degil." Sambil memelukku umi membebel kepadaku.

Aku tersenyum. Tak sah jika satu hari tidak dengar bebelan umi. Walaupun aku sakit sekalipun.

"Ara kan kuat umi..." balasku.

Pelukan dileraikan. Pipi umi yang sudah dimamah kedut aku usap lembut. Airmata yang mengalir lesu yang menuruni aliran pipinya aku seka perlahan.

"Walau sekuat mana pun Ara, Ara tetap seorang perempuan. Jiwa kita lembut Ara. Jadi, tolonglah jangan pura-pura kuat sayang. Jadilah macam Ara yang umi kenal masa berumur dua belas tahun dulu. Menangis je, luahkan apa yang kamu rasa. Selagi kamu berpura-pura kuat, kamu senyum, kamu buat umi risau. Umi kandungkan kamu sembilan bulan Ara, segala perlakuan kamu, apa kamu rasa umi tahu walau kamu sembunyikan," tutur umi lirih. Kedua-kedua pipiku dipegang olehnya. Dia merenung anak mataku dalam-dalam.

Aku terkedu degam kata-kata umi. Sekilas air di sungai, sudah ditahu jantan betinanya, ini pula hati anaknya?

Wajah umi aku tatap. Ya Allah berdosanya aku kerana menumpahkan air matanya.

Airmataku mula bertakung. Lama-kelamaan semakin lebat air mata luruh. Sedu-sedan yang halus kini semakin kuat kedengaran apabila umi memelukku erat. Belakangku umi usap penuh kasih.

"Umi... umi... umi Ara... Ara takut umi. Jujur Ara tak kuat," luahku sambil mengongoi kuat. Terhinggut-hinggut bahuku menahan tangis.

"Ya sayang... umi akan selalu ada tetap dengan Ara. Ingat sayang, Allah tu ada. Dia tu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Bukan manusia yang menentukan ajal maut kita. Allah sayang... Allah." Berkali-kali umi tekankan kepadaku. Aku dapat merasakan getar dalam suaranya. Bahuku juga terasa basah dengan airmatanya.

"Umi... Ara lupa Allah tu berkuasa atas ajal dan maut umi. Ara terlalu fikirkan apa yang orang tu nak dari Ara sampai Ara takut dia akan bunuh Ara," luahku lagi.

"Kita doa sama-sama ye sayang. Jangan risau, Dia akan tunjukkan pada kita jalan kepada penyelesaian masalah kita ni," pujuk umi lembut.

Pada petang itu, wad yang diduduki oleh kami dibanjiri oleh airmata seorang ibu dan anak. Sudah lama aku tidak meluahkan masalahku kepada umi. Jujur aku rindu saat ini.

Akhirnya, benteng keegoaanku musnah jua. Airmata yang aku cuba tahan akhirnya jatuh juga di depan umi. Selalunya aku akan memendam perasaan dan menangis seorang diri. Aku tidak mahu menangis kerana tidak mahu menunjukkan diriku ini wanita lemah. Tetapi aku lupa, airmata yang gugur dari mata seorang wanita menandakan permulaan untuk dia terus bangkit dari kesusahan.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now