Aku Amir, dibesarkan di dalam rumah burung (pangsapuri) sejak aku kecil lagi hinggalah aku 18 tahun. Rumah ini adalah antara puluhan rumah burung di Lembah Klang, dan kebetulan tempatku tinggal adalah "armpits of Lembah Klang", gelaran untuk pinggiran yang seakan2 ghetto.
Hidup di sini tak sebegitu mudah. Keluarga kami bergelut masalah hutang piutang. Abah hanyalah pemandu teksi yang bergelut dengan krisis saingan Grab manakala Umi adalah suri rumah sepenuh masa. Aku kini berusia 18 tahun. Aku memikirkan untuk terus mencari kerja dan tak terfikir nak sambung pelajaran. Lagipun SPMku tidaklah score sangat. Ingin aku sewa rumah teres di kawasan Bangi, atau Kajang, atau di mana2 saja asalkan boleh lari bawa family dari flat buruk ini.
Lif dibuka. Aku mula melangkah keluar lalu menapak ke padang kecil berhampiran flatku. Aku ternampak Safiq tersengih-sengih. Wajahnya mirap Iddan Aedin. Katanya, muka aku mirip Anif Ifwat. Entahla, aku sendiri pun tak kenal nama-nama yang disebutkan. Apa yang pasti, aku agak ternanti-nanti perancangan Safiq untukku.
Safiq bagiku seorang yang agak bergaya. Dibandingkan dengan keluargaku, dia beruntung sedikit kerana tinggal di rumah teres murah bersebelahan flatku. Namun, gayanya yang nampak loaded sejak habis sekolah ini membingungkanku. Kata orang, dia ada buat benda haram, sebab tulah selalu ada duit. Entahla, aku susah nak percaya benda yang aku tak nampak sendiri.
"Hey Mir, apa yang kau fikir sangat tu?" sapa Safiq sambil tersengih-sengih atas jongkang-jongkit.
"Takde la, Fiq. Tengah-tengah panas ni kau ajak jumpa. Kat padang pulak. Memang ada idea best ke?" aku membalas.
"Rilek Mir. Kita dah kawan lama. Lagipun aku tau kau perlu kerja"
Mataku sedikit terbuka. "Kau ada apa-apa kerja ke?"
"Mestilah ada. Tinggal sanggup tak sanggup je."
Aku berasa ragu-ragu, tapi dalam hati terfikir takkanlah Safiq nak pedajal aku.
"Kalau kau betul nak kerja, ni nombor brader tu, Abang Joe. Kau sms la dengan dia, pasal skop kerja kau" Safiq menunjukkan nombor di telefon bimbitnya. Tanpa banyak tanya, aku sekadar menyalin di telefonku.
Selepas itu, tak banyak kami berbicara. Ketika Azan Zuhur mula berkumandang, aku meminta diri untuk naik ke rumahku. Safiq hanya tersengih sambil berlalu pulang.
-------------------------------------------------------
Malam itu, aku hantar sms ke Abang Joe, bertanyakan soal kerja itu.
"Ya, Betul. BTW mana dapat nombor ye?"
"Saya dapat dari Safiq"
"Ohhh Pikk. Hehe pandai kau cari pekerja ye Pik" ngomel Abang Joe sendirian sebelum bertanya tentang umur, berat dan pengalaman. Kononnya kerja ni sakit sikit. Aku kurang mengerti."Oklah. Esok jumpa kat Mapley depan Xxxx. Kau pakai jersi atau baju putih. Senang aku cam nanti"
"OK, bang" aku menjawab pendek.Seronok kerana dapat kerja. Tapi masih ragu-ragu. Kerja sakit macamana? Kerja kilang? Kate ring? Entahla. Aku melelapkan mata, menunggu takdir hari esok.
Bersambung...
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
General FictionDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...