Zaman Amir (masa kini), Flat Saujana Mentangau....
"Dan lepas2 tu kitorang pun jumpa budak2 yang mamat ni pernah lenjan dan tunjuk rakaman audio sebenar sambil Zack cuba jelaskan satu2.
So far Zuki dan Daniel asalnya geram sebab takleh tangguh sewa je. Tapi bila Zack explain pasal dia dah delete and syarat2 dia tu, mamat2 tu dah ok. Budak 7E tu agak take time sikit, Zack memang merayu2 mintak maaf kat dia. Sampai satu tahap Zack suruh mamat tu balas balik apa yang dia pernah buat baru mamat 7E tu ok. Kau bayangkan sewel tak sewel mamat ni nak mintak kena lenjan dalam 7E,siap penuh cctv semua. " terang Khai panjang lebar.
Zack hanya tersengih, garu kepala.
" Malam tu macam biasa dia buat tacing apa ntah taknak masuk bilik tidur sekali. Man siap mintak maaf dan nak tidur balik bilik lama pun dia buat drama pukul 7 dia. Last2, kitorang ramai2 tidur depan, bentang tilam, sama macam malam ni," Khai menamatkan cerita.
" Habisss, k jom tido, "kata Zack lalu masuk ke dalam selimut.
Aku masih termenung panjang selepas mendengar kisah Khai.
" Apa lagi yang kau menungkan tu, Mir? Taknak tido ke? "tegur Khai.
Aku memandang Khai dan Zack.
" Kau..... Jumpa Safiq? "
Khai dan Zack berpandangan.
" Camna rupanya?"
" Dia kurus2, muka cengkung camtu," kata Zack.
Betul! Memang tu Safiq! Jadi dia duduk serumah dengan Bang Joe kat Damansara? Memang betullah dia tak duduk Taman Ophir lagi?
"Kau pun jumpa, Zack?" aku terkejut.
"Yup. Dia takde dalam video pun. Budak2 ni kata dia minion Joe. Tapi bila aku tengok muka dia yang budak2 ni bagi, aku rasa dia kiut dan tak berbahaya macam minion Joe yang lain. Diorang kata dia anak ikan Bang Joe," kata Zack.
"Anak ikan?", aku berfikir. "Habis kenapa dia gadaikan aku? Aku bukan nak masuk mana2 rumah sewa pun," tanyaku.
"Entahla Mir. Mungkin Joe tu sangap sangat sampai suruh Safiq jerat kau, maybe?" balas Zack, menepuk2 bantal, semakin kuyu. .
Aku nak bertanya lebih, lagi2 pasal kampung yang dikatakan Zack, tapi Khai dan Zack sudah mengantuk. Dah hampir pukul 2. Cerita Zack dan Khai membuahkan pelbagai persoalan.
Siapa sebenarnya Safiq? Apa spesial sangat dia tu sampai serumah dengan Bang Joe? Kampung? Kampung apa pulak yang ada kaitan dengan Safiq?
Huargghh! Aku menguap. Baik aku lelapkan mata dulu.
---------------------------------------------------------
Matahari terbit. Warga kota mula berpusu2 ke tempat kerja. Bunyi hon dan pergerakan kenderaan menjadi pengganti bunyi ayam berkokok yang mengejutkan warganya dari tidur yang tak seberapa lena.
Aku bangun, selepas tidur semula seusai solat Subuh pagi tadi. Bunyi heater dan bunyi sandwich maker di dapur mengejutkanku.
Aku keluar dari pintu.
"Morning!" Zul menyapaku. Dia sedang mengacau secawan kopi pekat sambil menunggu sandwichnya siap.
"Morning! Sedapnya bau. Nak sikit," kataku.
"Jangan nak mengada. Gi cuci gigi tu dulu,"katanya.
"Hello, datang sini tak rancang kan? Baju pun tak bawak, ni kan berus gigi," balasku.
"Oh, lupa. Kau nak aku turun kedai bawah belikan?"
"Depends, pukul berapa free nak hantar balik?"
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
Ficción GeneralDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...