"Amir, tak tidur lagi?" tegur Umi, menjenguk dari pintu. Jam sudah menunjukkan 12 malam.
"Belum lagi Ummi. Nanti Amir tutup lampu,"kataku di atas katil.
" Ok, jangan tidur lambat, "pesan Ummi. Ummi menutup pintu. Aku kembali mengeluarkan fon. Aku cuba menaip sesuatu di Google.
'lelaki ditangkap berbogel selangor perak'
Beberapa carian yang keluar tak menarik perhatianku. Antaranya group nudist yang ditangkap sebab buat nudist camp kat Teluk Bahang, dan juga satu couple Chinese yang separuh bogel kat Ipoh. Semuanya Chinese, takde satu pun carian yang menyentuh tentang Melayu , Orang Asli, Dayak atau apa2 kaum yang berkulit coklat. Tiba2 satu entri di Twitter dan Facebook menarik perhatianku.
FB Anak Pantai Selangor:
"Ada satu mamat ni, saya perasan dia mandi bogel kat pantai Sekinchan. Tak ramai berani dekat sebab ingat orang gila. Last2 polis datang tegur, dia pun faham, terus pakai baju berjalan pergi," kata admin page itu.
"Orang apa tu?" tanya akaun Bedah Gorjes.
"Kaum tak pasti. Coklat2 kulit. Muka macam Melayu, tapi tak sunat. Mungkin orang asli, mungkin cina Sekinchan yang kerja nelayan, mungkin juga pelancong backpackers dari Amerika Selatan," jawab admin page itu lagi.
Twitter PinkyLala:
"Gaiss, thank you sangat untuk yang tolong retweet viral pasal motor kawan I. Motor tu pencuri tu tinggal kat surau area Kuala Selangor. Orang kampung sana dah report lepas Subuh tadi. Motor semua ok takde part hilang, cuma motor tu minyak dah habis. Tayar pulak dah pancit sikit."
@CheekyBubu :" motor kawan you hilang kat mana, honey? "
@PinkyLala:" Hilang kat area rumah sewa kami, dekat2 je dgn uni kami, Uni Pesaka Bangsa."
@RizzuOne:" Fishynya. Dia macam guna motor kawan you tu untuk gerak je. Lepastu bila dah habis minyak, tayar pancit, dia tinggal kat tempat ramai orang. Budak sekolah ke yang curi ni? "
@PinkyLala:" Entahlah you. Takpelah syukur alhamdulillah dah jumpa balik. I dengan kawan I akan gerak dari Shah Alam ke Kuala Selangor lepas kelas. Thanx kat penduduk kampung sebab tolong jagakan. Saksi pun kata dia heran mamat tu naik motor park waktu Subuh, lepastu blah macam tu je. Dia ingat mamat tu tinggal dekat2 je. Last2 3 hari motor tersadai. Orang kampung report sebab syak motor curi."
.
" Ada kemungkinan mamat Danang tu bergerak ke Teluk Batik ikut pesisir Selangor. Mamat yang kena tegur kat pantai Sekinchan ni mungkin dia. Motor yang ni pun mungkin dia curi.
Tapi still pelik, takkanlah start dari Kuala Selangor, dia pilih untuk jalan kaki?! Kalau betul, kenapa takde sebarang berita area Teluk Intan dan Sabak Bernam pasal dia? Ke sebab area tu tak ramai orang, so berita pasal dia tak masuk internet,"aku bermonolog sendiri, pening.
Buku dibuka. Di dalamnya ada satu peta Selangor dan Perak yang aku tampal. Sengaja aku letak dalam buku, kang kalau aku letak kat dinding macam crime story, Ummi tanya pulak.
Sticker merah diletak pada Teluk Batik, Sekinchan, Kuala Selangor dan Shah Alam. Selain daripada aku masih pening cara dia bergerak dari Kuala Selangor ke Teluk Batik, aku masih hilang punca bagaimana dia bergerak dari 2 tempat yang aku syak, iaitu Hulu Langat atau Hulu Selangor, tanpa menimbulkan syak di konurbasi metro terbesar di Malaysia? Dia datang dari pedalaman kot, come on, mesti pakaian dia lain, cara berjalan dia lain. And theres 5 million in Klang Valley, mustahil takde sapa kepochi pasal ni!
Aku membuka pula dua peta lain. Peta Hulu Selangor dan Hulu Langat. 4 sungai mengalir dari daerah ini.
Sungai Bernam.
Sungai Selangor.
Sungai Klang.
Dan Sungai Langat.
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
Ficción GeneralDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...