Part 7: Amarah

3.5K 67 1
                                    

"Woi Safiq celaka! Kau keluar!" aku menjerit memanggil Safiq di luar pagar rumah teres murahnya. Sengaja aku memilih untuk ke rumahnya pada hari bekerja. Boleh saja aku serang rumahnya sehari selepas aku di kenduri, tapi aku perlukan masa untuk pulih dan menyusun langkah.

Hari2 sebegini, taman ini senyap sunyi tanpa penghuni yang sudah pun awal2 ke tempat kerja. Aku taknak timbulkan kekecohan lain pula. Sesekali aku melihat dan menekan2 butang fon tertera nama Safiq. 6 kali tidak dijawab, sepertinya sengaja dimatikan. Aku mengegar2kan pagar rumah untuk psiko Safiq keluar.

Tiba2 pintu kayu rumahnya dibuka. Aku dah siap sedia nak maki sumpah seranah. Tapi yang keluar bukan lah Safiq, sebaliknya seorang perempuan 30an kurus, berbaju kelawar.

"Makcik, Safiq ada tak, makcik?" aku bertanya. Masih ada sisa kemarahan yang aku cuba sembunyikan.

"Nggak ada kok orang nama Safiq di sini. Rumah ini sudah sebulan nggak ada orang" kata perempuan itu.

"Sebulan takde? Makcik biar betul. Saya baru je jumpa dia minggu lepas. Kalau dia pindah, habis dia duduk mana selama ni?" aku masih tak puas hati.

"Benar dong. Tuan rumah ini sudah kosongkan rumah ni sebulan lagi. Saya ni hanya diamanahkan saja jaga rumah ini sementara tunggu penyewa
baru" jelas perempuan itu lagi.

Penyewa? Tuan rumah? Aku dah mula pening. Takkanlah Safiq umur sejak sekolah menengah lagi dah pandai menyewa rumah. Perempuan ni siapa pulak?

"Kejap, saya pening ni. Apa tuan rumah penyewa semua ni, takkan Tuan Rumah percayakan sorang budak sekolah nak menyewa? Lagipun makcik ni siapa pulak?" aku tanya bertalu2.

"Begini, saya Buk Tini, bibik Tuan Rahman, pemilik rumah sewa ni. Saya hanya jaga2 bersih2 rumah ni sahaja pada waktu siang. Yang saya tau, bukan Safiq yang bayar sewa, tapi abangnya. Yang lain saya kurang mengerti kok," jelas Buk Tini.

Abang? Taktau pulak aku Safiq ada abang. In fact, aku tak pernah tau rupa family Safiq. Yang aku tau, dia sekadar akan bermain di padang flatku dan pulang melalui lorong2 belakang rumah. Itu pun, jarang betul Safiq pulang dulu, aku tau kedudukan rumah ni pun sebab terkantoi aku folo senyap2 dari belakang, dengan alasan nak pulangkan sesuatu. Safiq sepertinya tak selesa aku mengetahui di mana rumahnya.

"Abang? Hmm boleh saya tau kat mana mereka pindah?" tanyaku lagi.

"Nggak tau kok. Taunya mereka bayar duit sewa lalu terus keluar. Cuma ada waktunya pulang sebenar untuk ambil barang"

Aku termangu. Mungkin ketika waktu Safiq dan abangnya pulang mengambil barang Itulah, Safiq menemuiku. Tapi atas alasan apa pulak dia nak memperdajalkan aku? Apa puncanya? Aku ada buat apa2 kat dia ke?

"Takpela macam tu. Saya balik dulu ye" aku mula berjalan kaki pergi dari rumah itu. Buk Tini sekadar mengiyakan dan mengambil penyapu lidi mula menyapu di luar, mungkin sebab dah alang2 duduk di luar.

Fikiranku masih lagi aneh. Pindah? Abang? Sewa? Eh apa semua ni? Safiq ni siapa sebenarnya? Dia anak yatim ke duk sewa bagai? Kat mana parents dia kalau macamtu? Pening kepalaku memikirkannya sambil berjalan dari kawasan perumahan murah itu, melintasi sebuah jalan taman yang dilatari kedai2 makan papan penduduk taman. Aku memasuki kawasan flatku, melintasi parkir moto di bawah flat. Seorang pemandu motor Modenas Kriss memakai helmet tinted gelap memasuki ruang bawah flat. Ketika mana aku mula membuka pintu grill automatic yang mengasingkan ruang lobi Lif dan ruang parkir, lelaki itu menegurku.

"Amir?"

Aku menoleh. Dia membuka visor helmetnya yang gelap itu. Di muka lelaki itu seakan2 ada riak bersalah.

Tiba2 amarahku naik meluap2 melihat wajah lelaki itu.

Bersambung.....
.
.
.
Siapakah lelaki yang tiba2 menegur Amir di parkir motor flatnya? Nantikan dalam bahagian seterusnya. Terima kasih sudi baca. Jangan lupa vote dan follow. :)

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now