Part 10: Kisah Zul

2.7K 46 1
                                    

Universiti Onn Jaafar, setahun sebelum, somewhere between Shah Alam, Puncak Perdana dan Skypark Subang....

Aku menggaru dahi yang tidak gatal melihat memo yang baru di terima dari WhatsApp.

"Kenapa Zul? OK ka? Awek lari ka?" tegur Man bergurau dalam dialek Utara.

"Awek mana pulakkk..... Ni haa memo kat Group 1st Year ni. Kau dah baca?" kataku, sambil menongkat pipi.

"Ohh tu...." Man menjawab pendek sebelum menjamah nasi yang dipesan. Waktu2 lunch ni la nak jamah nasi sebelum bermulanya sesi kelas petang. "Tak patut doh uni bagi satu sem je duduk hostel untuk budak 1st year. Bukan semua biasa area KL Selangor ni."

"What do you expect from capitalist system? " sampuk seseorang yang meletakkan makanannya di meja mereka. Ianya Zack, dengan rambut macam serabai tak sikat.

Aku adalah pelajar Tahun Pertama Diploma Pendidikan (Geografi) . Dengan result SPMku yang A-nya biasa2 , agak mustahil sebenarnya nak ambik kos ni. Tapi parents mencadangkan aku mengambil biasiswa dan mengambil uni ini. Lagipun uni ini boleh dikira "separuh kerajaan" dan hampir2 dengan kos IPTA. Zack pula pelajar dari kos Sains Politik. Kalau duduk dengan dia, memang bahasa geopolitik semua keluar. Man pun sama dengan Zack.

Man basically kawan satu sekolahku. Sapa sangka dapat pergi sama2 universiti. Zack pulak roommate si Man. Asrama kolej ni agak eksklusif. Satu bilik ada 2 orang, lengkap meja belajar dengan loker semua. Katil jenis double deck di mana atas katil manakala bawah adalah meja belajar,memang nampak mewah. Tapi mewah itu ada harganya. Di UTOJ (singkatan uni), hanya pelajar Sem pertama dan pelajar2 CGPA 3 dengan merit aktif kelab dan sukan yang tinggi layak mendapat hostel.

"Kawan2 korang takde yang ada rumah sewa kosong?" Tanya Khai yang datang tiba2. Khai, budak kemetot saiz sekolah menengah ni budak Sains Agama di uni ni.

"Takde Khai. Kau senangla merit tinggi, sebab selalu ikut senior2 kau join pertandingan Tilawah semua" kataku. Khai hanya tersengih.

Satu benda aku suka pasal dia, dia bukan jenis holier than thou. Dia tak pernah menganjing kami bab agama. Style dia halus ja. Dia bangun solat, solat kat ruang tamu, pastu mengaji suara perlahan. Kalau kat ruang tamu ramai orang, dia akan solat dan mengaji kat bilik. Kalau dijadikan cerita ada orang tido pulak dalam bilik, dia maybe solat je. Nak mengaji dia turun surau. Atau alang2 dia terus turun surau. Tapi ayat wajib dia, "aku nak turun ni. Nak join tak?" Kadang2 kami folo dia, kadang2 sorang dua je folo, kadang2 solat masing2 dalam bilik. Khai pun faham. Kadang ada yang baru balik penat2 dari kelas. Baginya asal solat dah bagus. Lama2 nanti akan berubah jugak. Kalau orthodox sangat kang, orang menjauh, dia jugak berdosa.

"Haih, waktu2 camni pulak,manala ada rumah sewa dah. Kalau ada pun mahal gila, tak pun jauh dari sini. Klang la, Rawang la, Bangi la. Apa jadah nak duduk jauh2."Zack pula merungut. Nasi yang dimakannya sudah habis. Dia skrol telefon mencari rumah sewa kosong dengan tangan kirinya.

Tiba2 hendak dijadikan keajaiban.

Ting! Nada WhatsApp di group Pelajar Tahun Satu berbunyi.

~Rumah Sewa Kosong~
Flat Saujana Mentangau

Aku,Man dan Zack seakan tidak percaya. Harga sewanya agak rendah.

"Sambar, Zul, sambar! Kang bebudak lain jumpa kang tak merasa kita duk rumah sewa ni !" jerit Zack.

Aku yang kelam kabut cepat2 menelefon nombor itu.

"Hello, ni nombor rumah sewa ke?" aku bertanya. Nafas turun naik.

"Ya, student ke?" suara di corong telefon bertanya.

"Ya, bang . Rumah tu kosong lagi ke?"

"Ya, masih kosong. Abang nak tanya ni berapa ramai yang nak masuk?"

Aku menutup telefon dengan tangan. "Berapa ramai weh?" aku bertanya.

"Kita tiga je" jawab Zack.

"Kau tak masuk ke, Khai?" tanyaku kepadanya.

"Tak, tak. Aku stay kat sini je." Khai menjawab, lembut.

"Kawan2 korang takde nak masuk ke?" aku bertanya lagi untuk kepastian.

"Mana ada lagi gila. Kita je budak 1st year yang takde rumah. Aku taknak nanti kita menyempit kat rumah senior mana ntah" kata Zack pula.

Setelah aku mendapst kepastian, aku kembali membuka fon dengan tapak tangan.

"Hello?" aku bertanya.

"Ya, ya, hello." suara tu menjawab.

"3 orang je, bang."

"3 orang je?" suara tu berasa aneh.

"Ya, 3 orang je. Nanti kalau ada kawan2 kami nak masuk nanti, kami bagitau."

"Haa ye ye." suara tu bertukar ceria. "So bila korang free? Boleh Abang jumpa nak bincang pasal rumah" tanyanya lagi.

Sekali lagi fon ditutup dengan tangan. "Wei dia tanya bila korang free?"

"Aku Rabu takleh. Full class dari 9 sampai 5"jawab Zack.

" Aku pulak hari Selasa free 8-12. Khamis lepas pukul 1. Jumaat lepas semayang free"kata Man pula.

Aku mula meghitung waktu2 free dalam jadualku. Ternyata hanya pagi Isnin dan Selasa, serta Rabu petang dan Jumaat lepas semayang.

" So, guys, lepas semayang Jumaat OK?" aku bertanya.

"OK!" semua jawab hampir serentak.

Aku buka kembali fon.

"Hello bang?"

"Haa dah confirm dengan kawan2?" tanyanya.

"Dah. Jumaat lepas semayang Abang free tak?"

"Oh, Jumaat lepas semayang eh? Free je. Even kalau tak free pun, Abang free kan. Hehehe" katanya lagi.

"Hehehe" aku ketawa awkward.

"So, Jumaat, kol 4. Restoran Xxx, OK?"dia menetapkan tempat.

" OK je" aku terus setuju tanpa bertanya yang lain.

"Jangan risau. Kalau ada apa2 perubahan, bagitau je. Benda boleh adjust" katanya lagi.

"Baik, bang. Err ni saya nak save nama Abang ni guna nama apa?" aku bertanya.

"Tulis je....Abang Joe" kata suara itu, ringkas.

.
Bersambung....

Kisah bagaimana Zul, Zack dan Man bertemu Bang Joe mula diketahui. Tapi bagaimana pula dengan Khai? Bagaimana Bang Joe menarik mereka sehingga ke tahap hari ini? Nantikan dalam episode seterusnya....


Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now