Inspirasi Novel

997 25 2
                                    

OK, iklan jap. Fuhh dah sampai Episod 21. Jujur kata minggu ni sakit kepala jugak sebab selalu berimaginasi pasal sambungan cerita ni. Like who the hack sebenarnya Bang Joe, camna boleh jadi camtu, camna boleh kenal dengan Bang Adam. Dan siapa pulak si Safiq. Of course back story pasal watak sampingan lain.

Aku pernah terbaca kononnya ada 2 style penulisan, iaitu yang tulis siap2 rangka cerita, pemula dan penamat dan 1 lagi ialah yang biarkan story tu 'berjalan' dengan sendirinya,jadi aku anggap diri aku adalah penulis yg membiarkan jalan cerita bergerak sendiri. Aku lagi suka kalau watak dalam cerita tu mengejutkan aku sendiri, berbanding aku yang menentukan 'you should be this, you should be that'.

This is one of the reason novel Amir bergerak laju gila tapi Kisah Gelap Kolej agak slow sebab berdasarkan pengalaman sendiri (which is tak berapa dramatic compare to imaginasi) yang mana aku dah tau hujung pangkal cerita sebelum aku mula menulis lagi. But fret not, aku still akan sambung dua2 novel ni sebab aku merancang untuk sequel (K spoiler).

Basically cerita Amir ni adalah cara aku untuk berikan jiwa dan purify balik watak2 Zul, Zack, Man dan Khai yang asalnya hanyalah watak jahat tak penting dalam salah satu entry kat blog aku. Disebabkan Blogger dah makin sendu, aku tiba2 dapat idea untuk beralih ke Wattpad dan try to mix semua cerita2 tu jadi one big story.

Ni adalah 1st time aku menulis kat Wattpad, and I really enjoyed it. Thanx a lot kepada yang setia membaca novel ni.

---------------------------------------------------------

Tempat

Basically, ada beberapa tempat yang aku inspired dan masukkan dalam ni dalam bentuk direct dan indirect.

Space U8 

Semestinya tempat first dan only one yang aku letak nama terang2an, taktau kenapa rasa macam mall tu kena dengan mood berdebar waktu awal cerita.

Taman Ophir

Basically inspired daripada Taman Medan. Sebab aku pernah pergi situ dan aku rasa sosioekonomi kat situ kena dengan situasi kewangan keluarga Amir yang bapanya pemandu teksi dan maknya suri rumah yang suka berbual dengan jiran. Tambahan lagi, ada kawasan rumah teres yang luas, kena dengan cara Safiq menyembunyikan jejak ke rumahnya.

Flat Saujana Mentangau

Inspired daripada Flat PKNS di sekitar Shah Alam, tapi nama Saujana tu hint ke arah Saujana Utama berhampiran Puncak Alam sementara Mentangau adalah nama pokok yang dikaitkan dengan asal nama Selangor. Aku membayangkan flat ni ada di antara Shah Alam dan Puncak Perdana, dengan tambahan pintu tembok dan pondok jaga.

UTOJ

UTOJ atau Universiti Tunku Onn Jaafar just khayalan aku, takde kena mengena dengan mana2 UNIVERSITI walaupun aku berniat nak letak beberapa universiti lepas ni dengan nama samaran. Aku membayangkan universiti ni terletak somewhere antara Puncak Perdana, Subang dan Shah Alam, dengan reka bentuk tipikal universiti baru seperti UITM Puncak Alam dan Universiti Malaysia Pahang, dengan design sedikit islamik ala2 Universiti Sultan Azlan Shah untuk Bangunan Fakulti Agama Sheikh Abdullah Fahim.

Bangunan Lama Syed Alwi Alhadi

Diinspired daripada gabungan Mahkamah Lama Taiping dan Rumah Rehat Taiping. Aku membayangkan tingkap ditukar pada stained glass dan siling hallway ditukar kepada polycarbonate canopy berbanding kaca untuk menambah estatik dan rasa surreal macam bila korang masuk gereja Orthodox dalam game Call of Duty misi All Ghillied Up yang ada part salji/habuk turun dari siling tu.

Kondo D'Amansara

Tipikal kondo yang biasa dilihat di Lembah Klang.

---------------------------------------------------------
Watak

Disclaimer :Nama2 artis yang aku letak ni hanyalah bayangan aku yang aku rasakan sesuai untuk personaliti watak ni. I will remove this list kalau ada yang rasa tak selesa aku kaitkan dengan watak2 aku, memandangkan aksi dalam novel ni mostly 18PG dan crime-related.

Amir

Pada mulanya aku menginspirasikan mukanya dari artis yang aku samarkan nama jadi Anif Ifwat yang merupakan salah satu cast SMK sebab dia ada rupa someone yang ingin tahu, bijak dan rebel.

Tapi tak seperti drama budak sekolah macam Oh My English, Waktu Rehat dan Klik sebelum ni yang biasanya guna budak umur 17,18 untuk berlakon, somehow drama ni guna budak yang betul2 range budak sekolah menengah, maybe to make it real. So disebabkan pelakon tu underage dan aku taknak masuk penjara yang dipenuhi spesis Bang Joe, aku tukar kepada Ismail Izzani, which is really different, tapi aku rasa boleh bawak watak rebel, manja dan anak mak.

Zul

Someone who loves his friend,dia aku gambarkan sebagai seorang yang selfless, penyayang, mudah senyum dan mudah depress. Aku rasa watak Hafeez Mikail versi takde jambang macam kena. Dan yang paling kena adalah versi watak lakonannya Rayyan filem Cikgu Gengster yang nampak muda. Hafiz Roshdi is other candidate yang layak sebab ada mata besar dan mudah bawak watak depress.

Man

Man digambarkan sebagai seseorang yang berkulit cerah dan mudah di manipulate, suka menyampuk dan senget kadang2, namun mudah panas baran bila sampai tahapnya.  Agak susah nak digambarkan Man ni sebab aku tak sure artis yang ada rupa dan gaya sebegini.

Aku rasa Aren Yunus agak sesuai, sebab kalau dia gemuk pun, you'll bet Bang Joe still will be attracted. Dan dia boleh bawak watak Man yang naif dan ceria. Satu lagi yang aku tak berapa sure adalah Nafiz Muaz. Tak dinafi dia ada torso yang agak besar dan boleh dibayangkan jika dia pernah gemuk. Cuma dia lebih sesuai untuk watak Man ketika marah berbanding ketika naif.

Zack

The only 'kunyit' in the gang (setakat ini........ Hmmmm OK is this a hint? *wink wink) tapi still ada muka terjantan yang boleh membuatkan orang yakin 100% dia straight. Untuk watak sawo matang ni, bagi aku sesuai dengan Izzy Zulkhazreef atau Alif Irfan sebab diorang boleh bawak watak lelaki jantan menangis tanpa orang judge and still look jantan af.

Khai

The 'ostad' of the gang yang ada sejarah silam. Bijak, neutral dan sentiasa siasat sesuatu perkara. Satu2 ciri penting dia yang aku susah gila nak cari pada pelakon adalah dirinya yang kecik/pendek. Watak Khai entah kenapa aku selalu gambarkan seperti Atiq Azman , mungkin sebab pengaruh dia yang kuat dalam Nur 2 sebagai pelakon umur 20-ish watak agama,yang biasanya "watak2 ustaz/background agama" yang hensem diberi pada geng2 umur 30 atau 40. Haziq MacQuistan adalah salah satu calon lain, walaupun dia kelihatan lebih sesuai jadi Amir berbanding Khai.

Bang Joe

Watak terhanat yang horny setiap hari, dia digambarkan sebagai seorang yang dingin, selalu merancang dan manipulative. Ada sejarah silam. Aku rasa watak Mikael Daez (ceh watak jahat bagi orang Filipin pulak) yang ada wajah polo's yang boleh mengaburi orang ada kali pertama, tapi bila dah buat perangai, dia hensem pun kau rasa benci. Satu lagi watak yang sesuai untuk Bang Joe adalah Idzham Ismail yang pernah berlakon drama Juvana. Damn, kalau dia jadi Bang Joe, kinda understandable la orang takut kat dia.

Bang Adam

Partner Bang Joe. Basically playing angel bila dipairkan dengan watak Bang Joe yang memang setan. Aku letakkan Marc Abaya je sebagai pelakon yang membawakan watak dia sebab aku taktau apa pelakon lain sesuai bawak watak botak, tapi setia dan subversif kat Bang Joe.

Safiq

Pencetus semua masalah. Ada muncul beberapa kali dalam novel acah2 cameo Stan Lee gitu. Dia pada mulanya diinspirasikan daripada Idan Aedan namun sama macam Amir, aku tukar sebab underage. Watak yang misteri ni aku bagi pada Arill Fesol atau Chubb-E (versi rambut dia masih kaler hitam dalam Jomego dulu) yang aku rasa sesuai untuk plot Safiq akan datang.

Yvonne

Suka kat Zack. Aku rasa watak Joj Agpangan kena dengan dia yang bagi aku tergedik2 manja gitu.

OK itu saja untuk kali ni. Sambung di Part 22 pulak.

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now