Part 26: Tatu

1K 31 5
                                    

Azan Subuh bergema. Aku terjaga dan terasa berat. Apa benda ni? Zul yang tidur di katilnya tiba2 ada atas katil aku, siap pakej peluk lagi.

"Aduhh apa gila kau ni Zul? Sekali mak kau bukak pintu, terkejut dia," fikirku.

Aku mengalih tangannya dan cepat2 bangun. Serentak itulah pintu diketuk,Mama dia kejut bangun Subuh, just as expected. Nasib baik dia tak meluru masuk.

Pagi itu seperti pagi2 biasa. Seusai Subuh, lelap mata kejap, sebelum bangun sarapan. Zul meminta kebenaran Mama dan Ayahnya untuk membawa aku berjalan2. Selepas sarapan, dia bersiap sedia dengan beg bajunya.

"Eh, kenapa ada beg baju bagai? Kita nak pergi berapa lama?" tanyaku.
"Ala, saja nak prepare. Kang kalau kau lama sangat, at least kita boleh mandi dan tukar baju kat mana2," balasnya.
"Hah tu ada duit tak tu?," tanya Mama yang tersembul di muka pintu.
"Ada, Ma. Tadi Ayah dah bagi,"balas Zul, tersenyum.
"Haa eloklah. Tu jaga Amir tu elok2. Jaga solat," pesan Mama. Zul mengangguk.
"Haa, nanti jangan lupa singgah Karai," kata Ayah Zul berseloroh. Zul tersengih. Aku keliru.

---------------------------------------------------------

Aku memasukkan beg baju ke dalam bonet sebelum masuk ke badan kereta. Zul menghidupkan enjin kereta dan bergerak pergi. Aku tertanya2 mana arah yang ingin dia pergi. Perasaanku itu mula membuak2 bila keretanya mula meninggalkan Taiping dan memasuki area kampung.

"Kita nak pergi mana ni? Aku ingatkan just pergi Zoo Taiping atau Bukit Larut je?" aku bertanya hairan.
"Alah, tempat tu bila kau balik nanti pun boleh pergi. Aku nak ajak kau gi Lumut," katanya.

"Haa, Lumut?" aku semakin keliru. Tadi Karai, sekarang Lumut pulak. Aneh2 nama tempat kat Perak ni.

---------------------------------------------------------
Manjung, Perak

"Oii tido je. Temanlah aku memandu," sergah Zul. Aku tersentak lalu bangun dari tidur dengan pakej air liur basi. Aku mula memandang kiri kanan.

"Kita kat mana ni?" aku bertanya, mamai sambil mengelap mulut.
"Tu lah tau berdengkur je. Dah nak sampai dah. Tu haa nampak jambatan tinggi tu," kata Zul, menjuih mulutnya.

Sebaik melintasi jambatan itu, maka ternampaklah sungai yang luas membiru dihiasi pelabuhan berkumpul segala kapal2. Walaupun aku pernah melihat kapal2 berlabuh di Port Klang, tapi suasana di sini terasa aneh kerana sungainya membiru, lari dari imej stereotaip pelabuhan yang biasanya kotor. Tak lama kemudian, kami tiba di simpang empat tajam yang menjadi gerbang kepada Manjung. Bandarnya boleh dikatakan sederhana maju juga, dengan hypermarket dan rumah2 kedai yang kelihatan masih baru.

"Dulu ni semua pokok bakau, tau, Mir. Bila aku turun Manjung, aku dah faham kenapa Sultan terdahulu mintak British pulangkan balik daerah ni. Kalau tak, daerah secantik ni free2 je jatuh kat Penang. Thanks God, daerah ni pun tak menguntungkan British, so Perak dapat balik. Dalam keadaan 'tak menguntungkan' pun, laju je Manjung potong Teluk Intan jadi bandar ketiga terbesar Perak, "Zul bercerita sambil tersenyum. Memang betul2 sama dengan style ayahnya. Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Dalam sibuk berbual, kami tiba di simpang empat yang ada tugu siput.

"Dah maju dah sini. Dulu mana ada kedai2 ni. Hutan semua ni dulu. Silap2 one day Taiping pun kena potong," Zul masih bercerita.

"Err Zul. Kau nak gi Lumut kan? Kenapa kau menghala ke Teluk Batik?" aku hairan.

"Oh. Laa Lumut nanti kita boleh pergi. Kalau nak mandi, kena waktu sekarang, tak panas sangat," jawabnya.

"Hah, mandi?!"

---------------------------------------------------------
Teluk Batik, Manjung, Perak...

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now