Part 25: Ke Utara

965 29 5
                                    

Aku menyanyi2 riang. Zul dan Khai sekadar memerhatikanku.

"Seronok semacam adik angkat kau harini, Zul," kata Khai.

"Baru first time berjalan, Khai. Tak semua orang ada experience keluar negeri dia," kata Zul.

Aku sekadar memekakkan telinga di bahagian kerusi belakang. Aku dibesarkan dengan melihat terlalu banyak 'rumah burung' dan 'hutan batu' yang membahang dan membosankan.

" Kau masuk Guthrie?" Khai bertanya kepada Zul.
" Yup, saja, boleh terus tembus Rawang. Lagipun, saja nak mengimbau detik2 sebelum aku, Man dan Zack terperangkap dalam rumah tu."
"Zack ada cerita, pasal korang kat Space U8."
"Yup, rindu betul masa tu."

Aku masih lagi terpegun melihat suasana mula bergunung-ganang dan berhutan sebaik memasuki daerah Hulu Selangor. Nama tempat2 di sini tak pernah aku dengar like Lembah Beringin, Bernam, Sg.Buaya.... Like apa tu?

Papan tanda sempadan Selangor - Perak dilepasi. Aku semakin 'perak' jadinya melihat sekeliling lebih bergunung-ganang.

"Ini kalau Zack nampak ni, mesti sedap kena bahan ni," usik Zul.
"Ala biarlah. Tak pernah kot sampai Perak. Keluar Selangor pun tak pernah," balasku.
"Kampung pun kat Selangor jugak?" tanya Khai.
"Aku mengangguk. Satu kat Tanjung Karang, kampung Abah. Tapi Tok dengan Opah takde dah, ada Pak Uda je. Satu lagi kat Hulu Langat."
"Memang original Selangor kau ni," kata Zul.

Kami berehat sebentar di RnR Tapah untuk makan dan solat. Jujur kata, aku tak pernah berhenti di hentian sebesar ini. Nasi ayam dipesan bersama Teh O ais. Selesai makan, kami bersolat di surau bertema taman itu. Ramai juga orang yang dari selatan ke utara turut bersolat di dalam surau itu.

"Wei, aku nak gi toilet jap," kata Zul.
Kami sedang duduk di bangku batu di luar surau, sambil memakai kasut.

"Pergilah," kata Khai. Tak lama selepas Zul pergi , aku pun turut ke tandas. Aku memilih tandas duduk. Tiba2 terlihat pantulan orang sebelah melalui lantai yang basah. Aku kenal kasut ni. Aku pun memerhati lebih teliti. Ternampak Zul sedang memerut di tandas cangkung, hanya memakai baju sahaja sambil muka berkerut. Aku terus tersipu2 dan mengalihkan pandangan. Cepat2 aku selesaikan urusan dan keluar dari tandas. Adoii boleh tumbuh ketumbit aku macam ni. Aku pun menuju ke Khai, yang kini ditemani bag plastik.

"Ayy Mir, aku beli jagung cawan kat korang waktu korang dalam tandas tadi. Nanti bolehla kudap2," katanya.

Melihatkan Khai membeli jagung cawan, aku pun tiba2 rasa nak beli ayam popcorn dan onion ring.

Zul datang dengan muka tak selesa. Pedih memerut la tu. Kami pergi ke kedai snek untuk membeli keropok udang, air sejuk dan keropok2 lain sebelum bergerak meninggalkan RnR Tapah. Gunung Bubu di Gopeng menambahkan suasana diapit gunung-ganang sebelum semuanya rata sebentar sebelum memasuki lebuhraya di kawasan Ipoh.

Di Ipoh, yang mencakar langit hanyalah bukit2 batu kapur yang berselerak berhampiran lebuhraya. Kononnya di Ipoh, bangunan tak boleh dibina terlalu tinggi kerana terdapat lapangan terbang di tengah bandar Ipoh. Terdapat cadangan untuk membina airport baru di Sri Iskandar, kemudian ke Changkat Melintang, sebelum semakin lama menjadi kelakar kerana semakin ke selatan iaitu Bidor, Tapah atau Tanjung Malim. Melihat suasana Ipoh, seakan2 kembali ke Lembah Klang era 80, 90an.

Zul buat2 manja mintak orang suap onion ring, jagung cawan dan keropok. Aku pun buat layan je suap onion ring sambil mencebik melihat dia tersenyum. Lama-kelamaan kami mula sampai area mendaki bukit yang agak mencabar di Lebuhraya Utara-Selatan. Zul bercerita tentang dahulunya tol Ipoh Utara diletak tak berapa jauh dari sudut menurun dari bukit, sebelum dihentam lori suatu hari. Kemalangan itu membuatkan tol dialihkan jauh ke depan, zon perlanggaran untuk kenderaan hilang kawalan diwujudkan dan laluan berasingan untuk pengguna Ipoh dan pengguna ke arah yang lebih selatan atau utara.

Amir (BxB) [COMPLETED] Where stories live. Discover now