"Kau!!" muka aku mula merah padam.
"Amir," perlahan lelaki itu menyebut namaku dengan nada bersalah dan ingin menenangkanku.
"Kau celaka! Anak haram! Kau punca aku jadi macam ni!" aku mula menuju ke lelaki itu. Lelaki yang masih berhelmet dan memakai jacket jogging itu memegang bahuku, tak pasti samada nak menenangkanku atau nak elak dipukul.
Aku terus menumbuk pipinya. Langkahnya terkebelakang sikit, namun tidak terjatuh. Dia menyeka air liur yang keluar. Apa gila aku pukul orang pakai helmet. Tapi entah kenapa aku dah terlalu marah. Aku cuba memberi tumbukan kedua, tapi tanganku ditahan. Lalu aku cuba memberikan tumbukan pada dada dan bahunya dalam keadaan tanganku dipegang,disulami maki hamun. Dia sekadar membiarkan badannya ditumbuk, tak keluar pun kata2 carut membalas maki hamun.
"Kau memang babi. Sial. Apa aku dah buat kat korang sampai korang buat aku jadi macamni?!" aku mula melontar lagi amarahku.
Air mata mula berkumpul di tepi mata. Tumbukanku mula perlahan dan kakiku terasa lemah,lalu terduduk. Pegangan tangan lelaki itu berubah kepada pelukan untuk memapahku. Dia hanya terdiam. Aku terasa lemah. Terasa bapok sekali kerana tak dapat menumbuk lelaki ini, lalu aku mula menangis.
Dia melepaskan pelukan, lalu memegang bahuku.
"Amir, dengar! Aku tau kau marah kat aku. Aku tak kisah kau nak tumbuk aku pun. Cuma ada benda yang kau perlu tau", dia mengelap mataku dengan ibu jarinya.
"All that things happen, semua benda jadah tu,di luar kawalan aku. In fact, di luar kawalan kami sebenarnya," jelas lelaki itu.
"Apa butuh di luar kawalan kau? Aku sendiri nampakla marjerin dan sarung tangan yang kau letak dalam plastik tu. Aku duduk sebelah kau dalam van tu. Kau dengan Zack siap bersembang dengan aku, gelak tawa bagai. Kau ingat aku bodoh ke, Zul?" aku mula memaki Zul.
Zul terdiam. Dihelanya nafas yang berat. Seperti ada sesuatu yang susah diluahkan.
" Aku tau kau marah kat kami. Tapi percayalah Amir. Ni semua bukan kemahuan kami. In fact, kami semua terkunci pergerakan,"jelas Zul, masih memegang bahuku.
Aku, mula diam, cuba menghadam maklumat yang diterima. "Terkunci pergerakan?" suaraku terpacul halus.
Zul memandang ke sisi, tak mau bertentang mata denganku.
"Pukau".
"Haa?"
"Joe pukau kami. Macamana caranya dia pukau ketika kami mula2 masuk ke rumah sewanya," Zul bersuara, kali ini seakan ada nada dendam.
Aku terdiam. Suasana hening flat menambah debaran, sambil diselangi bunyi2 burung murai yang bersahutan.
"Untuk apa dia pukau?"
"Untuk seks, Amir."perlahan Zul menjawab.
" Seks? "
" Ya, seks." Zul memegang tiang dan memandang tempat lain dengan mata yang merah." Kalau ada sesapa yang masih virgin dalam van tu selepas kejadian hari tu, mungkin Joe sorang je. "
" Kau pun... "aku terputus ayat. Zul mengangguk.
" Kenapa dia target kita? Boleh je dia cari gigolo gay semua. Ni KL kot, yang normal pun sanggup tadah bontot sebab duit, "aku bertanya dengan rasa geram.
"Entah,Mir. Aku pun tak tau."
Suasana diam kembali.
"Sebenarnya, macamana kau tau aku kat sini?" aku memecah kesunyian.
"Aku jejak kau"
"Camna?"
"Hari sebelum kau jumpa kami, Safiq ada hantar gambar dan nama penuh kau kat Joe. Lagipun, kau sendiri dah dedahkan maklumat kau duduk area Xxx ikut prosedur palsu konon2 pasal nak masuk kerja tu la."
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
Fiksi UmumDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...