Part 11: Kisah Zul 2 (Space U8)

3.1K 41 3
                                        


Bukit Jelutong, Selangor, 1 tahun sebelum...

"Betul ke dia suruh datang sini Zul?" Zack yang memandu berasa pelik. Mereka memasuki kawasan perindustrian.

"Betul la ni. Dia sendiri bagi koordinat kat sini. Kat U8 katanya," aku menjawab.

"Restoran hapoo celah2 kilang ni? Haih" Zack merungut.

"Haa tu ada satu kompleks besar tu. Situ kot. Sama tak Zul koordinat dia?" sampuk Man.

"Haa, sama la ni. Sini la tu" aku mengiyakan.

Kami bertiga keluar dari kereta Zack yang diparkir di petak selari. Tak berani kami parkir di bawah tanah kawasan yang kurang familiar begini. Aku mendongak dan memerhati sekeliling, sambil mencekak pinggang.

"Mall hape camni? Kosong betul. The Store kat rumah aku ramai orang waktu2 camni", kata Zack.

"Entahla."jawabku ringkas. Dalam hati sebenarnya ada rasa takut2. Boleh je orang tu ajak jumpa kat mall2 lain yang tak berapa orang atau kedai2 biasa. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.

" Aku rasa aku pernah baca pasal mall ni kat Twitter . Orang kata mall ni abandoned. Ada la sikit2 kedai bukak. Tapi orang kata surau kat sini cantik" Man mencelah.

"Abandoned mall? Apa punya paradoks ni. Ni first time aku dengar mall kosong."rungut Zack.

Uitttt... Seseorang bersiul kepada kami. Lelaki dalam usia samada lewat 20an atau awal 30an, memakai jeans skinny, baju putih, rayban hitam dan gelang koka di tangan itu keluar dari kereta Toyota Corolla-nya.

" Zul kan? "dia melaung kepada kami.

Aku sekadar terdiam.

" OK ke ni Zul? "Man bertanya, risau, lagi2 dengan penampilan Bang Joe macam samseng yang biasa ditemui di pasar malam.

" OK kot. Lagipun kita bertiga. Kalau rasa fishy, kita boleh batalkan benda ni nanti, "kataku, cuba menenangkan
mereka.

Aku kembali mengangkat tangan." Bang Joe ke? "laungku kembali.

" Ya, ya. Jom kita masuk dalam. Bincang apa2 patut"ajak Bang Joe.

Aku, Man dan Zack mengekori. Kami menikus sepanjang menapak mengikuti Bang Joe. Kedai yang dimaksudkan Bang Joe rupanya hanya di tepi mall, tak perlu masuk pun. Jadi kami berasa lega. Kebetulan di situ pun ada beberapa pelanggan. Tidaklah berapa ramai, sebab harini Jumaat. Besar kemungkinan orang sudah datang lebih awal sekitar pukul 3 tadi.

Bang Joe memilih meja di bahagian tepi, boleh berbual panjang sikit. Kami menyertainya di meja itu.

"Haa, nak order apa2 boleh order dulu. Dah kenyang baru best nak bincang apa2 pun. " pelawa Bang Joe.

"Takpelah, bang. Kami dah makan dah lepas semayang Jumaat tadi" tolakku, sopan.

"Hish, tak best pulak Abang kalau Abang makan, korang tak makan. Tadi lunch Abang tak makan, Abang tertido" kata Bang Joe.

Aku terangkat kening. Seriously? Mamat ni tak semayang Jumaat ke?

"Camnila, atleast korang order roti ka chapati ka air ka, OK?" pelawa Bang Joe lagi. "Mamak, order!" laung Bang Joe dengan suara lantang.

Seorang Mamak datang terkocoh-kacah ke meja kami.

"Bagi nasi kandar, kuah campur dengan teh tarik satu. OK, Zul?" Bang Joe memandangku. Rasa serba salah pulak kalau tak order.

"Roti bom 1,teh o ais satu," tiba2 Man menyampuk. Aku pulak terkejut.

"Roti telur 1 dengan air suam je" Zack pulak order.

Amir (BxB) [COMPLETED] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang