"Burppp," Man melepaskan sendawa T-Rex berdehem.
Aku bersandar di dinding, kekenyangan.
"Hah, camna? Sedap Zul masak? Sampai tersandar kau ye?" Zack mengusikku.
"Sedap! Terasa betul Tom Yam-nya. Kedai makan pun kalah," aku memuji.
"Takdelah sampai macam tu. Aku ikut cara mak aku masak je. Dia lagi pandai masak. Nanti kalau kau ikut aku balik Taiping, bolehlah rasa," kata Zul.Kami kemudiannya mencuci pinggan masing2. Zack offer nak sental kuali.
Yang lain buat hal masing2."Mir, kau malam ni tidur mana?" Zul tiba2 bertanya.
"Hmm entahla. Ikut je," aku membalas.
"Ala tidur je sekatil dengan Zul. Man dulu boleh je," usik Zack. Zul dan Man merenung Zack dengan mata kecik.Khai hanya memerhatikan kami saling memberi pendapat sebelum akhirnya, "Macam mana kalau kita bentang semua tilam kita kat depan? Tidur sama2 kat ruang tamu? Bawak kipas keluar kalau panas," dia mencadangkan. Yang lain pantas bersetuju.
"Dah lama kita tak tidur sama2," kata Man. Zack hanya termenung satu arah, sayu.Tilam dibawa keluar dan disusun rapat antara satu sama lain. Man dan Khai membawa keluar kipas meja dan disusun untuk menyejukkannmereka yang tidur di bahagian tepi.
"Yeay, sleepover. Best la kau datang sini, Mir. Rasa meriah terus rumah ni," kata Man sambil meramas rambutku. Kami berbual2, kemudian bermain Werewolf sehingga tengah malam. Masing2 kelihatan gembira malam ini.
---------------------------------------------------------
12 tengah malam..." Eh Mir, tidurla! Asyik main phone je," tegur Zack. Ini kali pertama dia menyebut namaku. Zul baru saja melelapkan matanya, Man pula dah berdengkur siap pakej nganga Snorlax, cuma Man versi Snorlax yang berjaya kuruskan badan. Khai pula baru selesai solat sunat witir di biliknya. Dia keluar dari bilik, menutup suis dan mengelap kesan wudhu di muka.
"Tak boleh tidur lagi, bang,"
"Panggil aku Zack je," kata remaja berpakaian Tshirt, seluar pendek dan gelang koka itu.
"OK, er.. Zack. Err, Zack, boleh saya... err aku tanya soalan?"
Zack sekadar tersenyum melihat aku yang gementar dengan dirinya. Entah kenapa tadi petang aku membencinya, namun setelah aku mendengar cerita dari sisi ya, aku berasa kesian yang amat."Kau, betul gay?" spontan aku tanya.
Dia tergelak.
"Apahal, nak try ke?"
"Err... Bukan. Cuma bagi aku, muka kau paling jantan kat sini," kataku.Muka Zul dan Man tiba2 berkerut marah dalam tidur. Hanat, berlakon tidur ke diorang ni? Zack tergelak mendengar kataku.
"Asal kalau muka aku jantan? Hahaha. Berlambak je aku jumpa jantan kat luar sana, main futsal, main ragbi, merempit macam laki biasa tapi gay jugak.
Masyarakat kita ni takleh bezakan gay dengan trans. Trans ni yang orang kita duk kata maknyah semua tu la. Diorang identify gender diorang berbeza dari gender waktu diorang lahir, sebab tu style dressing dan percakapan diorang lain. Ada yang sampai bedah jantina.
Gay pulak nafsu sejenis. Macam aku, aku takde rasa nak pakai gaun, buang burung ke apa, tapi aku suka geng seburung. Hah camtu. Trans usually gay la, tapi gay tak semestinya trans. Lagi satu, aku perasan orang kita ni kalau gay je mesti cop orang lembut, sado dan gemuk. Padahal silap2 kawan diorang yang badan twink, main futsal sama2 pun bernafsu dengan diorang."terang Zack panjang lebar. Aku sekadar mendengar. Khai yang kelihatan tak selesa pergi ke dapur.
" Satu lagi soalan? "pintaku. Zack mempersilakan.
"Lepas kejadian tu, macamana korang berbaik semula? Sebab nampak korang macam rapat. Sori kalau aku salah cakap."aku meluahkan rasa.
Zack sekadar tersenyum kosong." Sebab dia, "dia menoleh ke Khai yang baru mahu berjalan ke arah kami selepas meneguk air di dapur." Kalau bukan sebab dia, aku masih kena dibuang kawan sampai hari ni, " katanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/245007332-288-k344143.jpg)
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
Narrativa generaleDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...