Aku meluahkan rasa lega. Rasanya tiada apa2 yang tertinggal. Aku hampir2 menarik flush sebelum suara di luar melarang.
"Jangan flush dulu. Bagi aku masuk!" arah Bang Joe. Satu dialog yang agak paradoks. Kebiasaannya kita akan marah kalau orang sebelum kita menggunakan tandas tak flush, tapi Bang Joe dan Bang Adam mendesakku untuk cuba buang air besar untuk mencari bukti.
Abang Joe membawa masuk hanger plastic yang dipatahkan. Dia menolak2 'ikan keli' sambil mengawal rasa jijiknya. Kemudian, dia keluar dari tandas Petronas itu dan dibuangnya hanger itu ke tong sampah. Dia berasa loya, lalu muntah angin (mengeluarkan bunyi muntah tapi tak keluar apa2).
"Camna,Joe?"tanya Adam yang bersandar di tepi kereta. Joe hanya menunjukkan isyarat 'tiada' dengan tangannya. Dia agak loya untuk membuka mulut. Aku keluar dengan rasa malu dan bersalah.
" Betul ke ni? Man berdiri situ jap. Biar Abang check,"arah Bang Adam.
Dia menghampiriku, lalu tangannya memegang punggungku." Sakit? " aku menggeleng. Dia letakkan pula antara 2 kelangkang." Sakit? "" Tak, bang, geli. Dahla jom gerak. Kang apa orang kata kang, "kataku.
Tapi sejujurnya memang tak sakit. Aku merasa heran, kerana Zul juga pernah diperiksa sebegitu dan dia terasa sakit. Tapi tidaklah pula dia menceritakan puncanya.
" OK kot ni Joe. Steady je mamat ni. Dahla jom gerak. Nak senja ni, "ajak Bang Adam. Bang Joe pun menurut, lalu masuk ke dalam kereta dan meneruskan pemanduan.
Cahaya di langit mula kemerah-merahan, sambil awan berbalam-balam. Kelibat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dapat dilihat dari jauh. Tak lama selepas melintasi masjid itu, bunyi azan kedengaran. Aku meminta Bang Joe menghantarku pulang kerana mahu menunaikan solat maghrib dan berehat. Kemudian, barulah bergerak cari baju kat mall. Bang Joe menurut. Kami bergerak pulang ke Flat Saujana Mentangau.
Teruja pula aku bila coach aku mengikutku pulang ke rumah. Pintu dibuka. Zul dan Zack yang berada di meja Jepun, menghadap laptop, sedikit hairan dengan ketibaan Bang Adam.
"Kawan aku, Adam, coach si Man ni," Bang Joe memperkenalkan. Zul dan Zack bangun untuk bersalam.
"Hish takpe, tak payah salam cium tangan bagai. Umur kita tak jauh pun," kata Bang Adam ketika Zul dan Zack salam cium tangan. "Uuuu, Joe, nice fish children you got, eh?" katanya lagi sebelum disiku Bang Joe.Bang Adam memasuki bilik Bang Joe dan berbaring2 atas katilnya. Aku disuruh mandi dahulu. Baju dan boxer yang basah di gim tadi aku masukkan ke dalam mesin basuh mini. Bergegar2 benda alah tu atas kabinet sinki. Aku masuk ke dalam bilik air. Sesekali aku menyentuh 'bibir'. "Tak sakit, maksudnya betullah aku bermimpi," aku bermonolog. Malah aku tidak sakit2 belakang sepertimana Zul. What a joke, Man. Sampai risau dua mamat tu disebabkan kau. Pelik2 je kau ni, aku bercakap dengan diri sendiri di dalam hati.
Mandi pun sudah, tukar baju pun sudah,solat pun sudah. Aku melihat Bang Adam dan Bang Joe di bilik sebelah juga sedang melipat sejadah.
"Dah solat? Jom kita gerak," kata Bang Joe, mengelap mukanya yang basah dengan wudhu. Dia keluar dari biliknya dan mengajar Zul dan Zack sekali. Zack kelihatan excited seperti biasa, tapi Zul kali ini kelihatan sugul. Pada mulanya dia malas keluar, tapi entah macamana Bang Joe berjaya memujuknya.
Kereta Bang Joe kembali dipandu, kali ini menuju ke mall. Pertama kali kereta itu terasa sungguh meriah kerana penuh dengan 5 orang. Kami asyik berbual sesama sendiri sampai ke mall. Setelah sampai ke mall, butik menjadi destinasi pertama. Bukan 1,2 tapi 5 aku sebat, lepas geram punya pasal. Macam biasa, lepas tu window shopping, berjalan2 dalam mall.
Aku terperasan Zack adakala matanya terarah kepada beberapa remaja lelaki yang melintasinya. Tapi tidaklah aku bertanyakan kenapa. Boleh jadi dia berminat dengan fesyen mereka. Atau mungkin juga dia seseorang yang suka melihat orang sekeliling, aku berhusnuzon. Apa yang pasti, hajat aku nak beli baju saiz L dah tercapai. Tak sabarnya nak cuba satu2.
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
Ficção GeralDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...