Pukul 8 pagi keesokannya...
"Erghh, aduh sakitnya leher aku," Zack merungut awal2 pagi. Man pula memegang bahunya dan belakang badan. Sengal2 badannya kerana tidur beralas lantai di ruang tamu. Aku yang turut terganggu dengan bunyi menggeliat mereka, terjaga. Seperti mereka, aku juga sakit badan, malah pinggang dan pinggul.
"Jap, bukan semalam aku tidur kat bilik Abang Joe ke?" aku bermonolog sambil garu kepala. Aku segera bangun ke dapur. Dua gelas yang digunakan semalam, masih ada di rak pinggan. Aku memerhatikan dalamnya. Berdebu dan ada sawang putih, seakan2 lama tak dibasuh.
" Kenapa tu, Zul? Pagi2 dah tengok gelas, "tanya Zack, hairan. Aku tak menjawab, hanya terpinga.
Kedengaran bunyi shower di dalam bilik air. Abang Joe barangkali. Aku masuk ke dalam biliknya. Ada gulungan tisu, tapi masih baru! Takde kesan koyak pun! Aku semakin aneh. Dalam aku terpinga di situ, seseorang menegur dari belakang.
"Kenapa Zul masuk bilik Abang ni?" tanyanya , dengan bertuala.
Aku hanya terdiam. Mimpi ke semalam? Apa aku nak jawab ni? Nak kata semalam Bang Joe ajak aku tengok blue? Siap telek2 konek masing2?
"Oh, saya rasa saya ada tertinggal barang kat sini," aku beri alasan.
"Hah?! Mengarutlah. Bila masa Zul masuk bilik Abang?" katanya dengan muka yang berkerut. Aku tersentak. Takkanlah mimpi kot. Aku boleh accept lagi mimpi tengok blue tu, tapi kenapa dengan Abang Joe? Siap main belek2 lagi? Aku ada tersuka dengan dia ke sampai masuk mimpi aku?
" Aaa... Err, takde apalah. Saya mengigau kot," kataku malu2. Zack dan Man terkebil2 melihat kelakuanku.
"Ishh ishh, baru tengok erotik sikit sampai dah mengigau.,"Bang Joe mengklik lidahnya.
Dalam perjalanan aku keluar dari biliknya, tiba2 sensasi sakit menyerang di belakang dan pinggul hingga aku terbongkok lalu sebelah tangan memegang pinggang.
" Hah tu dah kenapa pulak tu? "kata Bang Joe, tergelak kecil.
" Tak taula bang. Tiba2 sakit. belakang. "
" Tula, dah bagi tilam,nak jugak tidur atas lantai, "bebel Bang Joe sambil memakai baju dan menyikat rambutnya. Aku sekadar membisu.
" Dahla, aku nak gerak dulu. Dah pukul 8 dah ni. Nanti kalau ada masa, aku datang lagi. Kalau tak, minggu depan baru aku datang, "kata Bang Joe sambil mengundi pintu biliknya dan meluru keluar pintu rumah.
Pintu ditutup. Aku dan yang lain masih menggosok mata dan menggeliat.
"Jap tadi dia kata pukul berapa?" Zack tanya sambil menguap. "Pukul 8 eh". Sambil membuat bunyi 'chap chap' dari mulutnya. Tiba2 matanya terbeliak!
"Wei bangun, pukul 8! Kita ada kelas Ko-ku Kelana Darat weii. Bangun!!" Zack menggelabah. Aku dan Man yang mamai terus terbukak mata.
"Hah kol 8?! Ya Allah kelas start kol 8.45,sempat ke syiel" aku dah mula gelabah beruk sambil berlari cari tuala. Sakit belakang terus tak dipeduli.
"Tak sempat gila. Mandi sama2. Boleh terus gerak!" kata Man pulak.
"Takmau aku mandi sama2, gila!" bantah Zack.
"Alah bukan bogel pun, pakai boxer la!!" balas Man. Kami bertiga gelabah masuk dalam bilik air sama2 dan terus mandi. Ada yang capai shower, ada yang cebok dari kolah. Kemudian mereka bergegas ke bilik masing2, menyarung pakaian Kelana Darat (pengakap versi universiti).
Nasib baik, hari itu, pengelola program iaitu En. Hisham sedikit lewat.
---------------------------------------------------------
Bilik Kuliah 6,UTOJ
YOU ARE READING
Amir (BxB) [COMPLETED]
Ficción GeneralDi kota yang mana dosa pahala bercampur, tersirat 1001 kisah homo yang tak disangka2. Amir yang ditipu rakannya, kisah rumah sewa murah yang menyasarkan pelajar2 lelaki di Lembah Klang, kisah Ryan yang bermula di kem askar, Danang yang hidup dalam a...